Wednesday, January 13, 2010

PETUA DAN LAIN


JUJUR DAN AMANAH

Pada hari ini anda keluar untuk bekerja, sama ada kerja sendiri, dengan kerajaan atau dalam sewasta, hendaklah anda berniat kerana Allah, jujur dan amanah. Tidak melakukan rasuah, tidak khianat, tidak hasad atau dengki, tidak curi tulang, tidak menekan kawan bawahan sepajabat atau setempat kerja, kerana Allah sentiasa melihat anda. Perbuatan anda itu salah (dosa), Allah tidak reda. Anda akan dihumban ke dalam neraka di akhirat kelak atau dibalas tunai di dunia ini.



TAHUKAH?

KARI KEDAI MAMAK

Jika anda pengemar nasi kanada atau kari restoran mamak (Orang India Muslim) dan anda memakannya pada setiap hari, maka setiap hari itulah anda makan candu (tidak hisap candu), kerana kaskas (biji halus) yang banyak dalam kari itu adalah biji dari pokok poppy atau candu.

NOKTAH HIDUP


ILMU SALAH

Lelaki kenamaan, pada dia hampir nazah, dua matanya terbeliak dan kemujdian tegak selama seminggu, seluruh tubuhnya sejuk bedi macam mayat. Datang orang alim dari luar dan merenungnya, lalu berkata,”Dia banyak mengamalkan ilmu salah, ilmu syaitan, beri air sejeluk (satu jar) kepada saya.” Setelah air itu dibaca dan dihembus dengan ayat suci – Quran – dan sapu ke seluruh tubuhnya dan di tuang sedikit ke dalam mulutnya, matanya tertutup dan dia menjadi mayat.

No comments: