Mokhtar Petah
Pada 27 Mei 1961, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra telah membuat ucapan penting, iaitu mengumumkan pembentukan Malaysia, dalam majlis jamuan makan tengah hari yang diadakan oleh para wartawa Asia Tenggara, di sebuah hotel, di Singapura.
Pengumumkan Tunku itu kemudiannya ditentang oleh kalangan dalam UMNO dan parti - parti pembangkang. Mereka menganggap Tunku melaksanakan projek Inggeris - menjaga kepentingan dagang Inggeris di Sabah, Sarawah dan Brunei - , dan Tunku tidak berunding lebih dahulu dengan kalangan UMNO.
Presiden Republik Indonesia, Ir. Soekarno, pemerintah dan rakyat Indonesia telah menentang gagasan yang mereka anggap projek imprialis. Penentangan itu hingga berlaku konfrantsi Republik Indonedia terhadap kerajaan Persekutuan Tanah Melayu - Malaysia.
Sebagai membalas penentangan Presiden Ir.Soekarno itu, maka semua ahli Pemuda UMNO di seluruh Semenanjung ini telah mengadakan demontrasi mengutuk Ir. Soekarno dan Menteri Luar, Soebandrio.
Dalam semua demonstarasi dari Johor hingga ke Perlis dan dari Pulau Pinang hingga ke Pantai Timur, pemuda - pemuda UMNO melaungkan kata - kata kesat, di antaranya , " Rakyat Indonesia makan jagung" dan mereka telah memijak - mijak dan membakar gambar Ir. Soekarni dan Subandrio.
Pada masa itu, hati saya berkata: " jika kita beradap sopan, tidak terjadi demikian, kerana Ir. Soekarno dan Subandrio dari orang Melayu Nusantara dan beragama Islam."
Saya bercakap dengan dua tiga orang ulama dalam UMNO. Mereka berpendapat, " Tidak menjadi kesalahan pemuda UMNO melakukan begitu, kerana Soekarno dan Subandrio menentang bangsa Melayu dan orang Islam."
No comments:
Post a Comment