Monday, January 11, 2010

IBU KITA


MENGENANG TOKOK WANAITA MALAYSIA

DARI RUMAH SETINGGAN KE PARLIMEN


Oleh: Mokhtar Petah



frames




Tun Fatimah Hj Hashim

Saya sebagai wartawan, mulai mendampingi Allahyarhamha Tun Fatimah Haji Hashim, ialah pada masa beliau memegang jawatan Menteri Kebajikan "am - dalam kebinet Perdana Tunku Abdul Rahman mulai Mei 1969.
Allahyarhamha, adalah satu - satunya wanita Melayu - Malaysia -, yang tinggal di rumah setinggan yangf didirikan sendiri dan berjaya menjadi wakil rakyat serta melangkah ke dewan Parlimen.
Pada masa itu beliau terkenal sebagai wanita Parlimen dan kenamaan berkonde (sanggul besar dan bulat).
Tunku Abdul Rahman memberitahu saya, " saya suka sanggul macam tu ..."
PEGUAM NEGARA
Apabila saya dipilih untuk menulis buku biografi suami beliau, Tan Sri Abdul Kadir Yusuf, oleh Tabung Kebajikan Ronjald Mc Donal, untuk kanak - kanak Malaysia, dalam (rangkaian makanan ringan) Mc Donal, iaitu dibawah puteranya, Encik Mohamed Shah Abdul Kadir, saya sering bertemu dengan beliau di kediamnya. Kami berbincang mengenai kandungan buku yang akan saya tulis itu.
Beliau telah memberi berbagai kemudahan kepada saya untuk menyempurnakan kerja menulis buku tersebut selama dua bula.
Pada masa itu, beliau menceritakan latar belakang awal kehidupannya; beliau mendirikan sendiri rumah setinggan, di bandar Johor Bharu dan tinggal bersama anak-anaknya yang masih kecil.
Pada masa itu, suaminya, pegawai kerajaan, sedang menuntut di London.
Buku biografi Tan Seri Abdul Kadir, bnekas Peguam Negara itu bernama, Abdul Kadir Peguam Rakyat' (1998), dilancarkan oleh Dato' Seri Najib Tun Razak, di Perpustakaan Negara, Kuala Lumpur.
Saya menerima khabar Tun Fatimah meninggal dunia pada pagi semalam, dada saya sebak. Sedih. Saya melafazkan Al Fatihan untuk Allah anugerahkan syurga kepada ibu dan tokoh wanita Malaysia itu. Sekali lagi, al fatihah.

******



Najib Tun Razak dan Rosmah Mansor (kiri) mengaminkan doa yang dibacakan Jamil Khir (dua dari kanan) di pengebumian Tun Fatimah Hashim di Makam Pahlawan Masjid Negara, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 10 Jan. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Tun Fatimah Hashim sebagai seorang tokoh pejuang yang begitu banyak berjasa kepada negara dan UMNO.

Pemergian srikandi negara itu juga disifatkan Najib sebagai tokoh wanita unggul yang telah meletakkan asas dalam perjuangan wanita dan telah menganggotai Kabinet pada peringkat awal selepas kemerdekaan.

"Allahyarham telah memberi sumbangan yang amat besar nilainya kepada kerajaan dan negara, justeru saya menganggap beliau sebagai seorang tokoh pejuang, tokoh wanita dan tokoh dalam kerajaan yang begitu besar jasanya.

"Oleh itu, kita akan merakamkan detik-detik yang dilalui Allahyarham semasa beliau menjadi pemimpin negara," katanya selepas menghadiri pengebumian jenazah Allahyarham di Makam Pahlawan, Masjid Negara di sini hari ini.

Antara yang hadir ke majlis pengebumian itu ialah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom.

Bekas Menteri Kebajikan, Tun Fatimah Hashim meninggal dunia akibat sakit tua di kediamannya di Bukit Pantai pada usia 85 tahun.

Allahyarham yang juga bekas Ketua Kaum Ibu (kini Wanita UMNO) menghembuskan nafas terakhir pada pukul 11.35 malam.

Allahyarham merupakan isteri kepada bekas Menteri Undang-Undang, Allahyarham Tan Sri Abdul Kadir Yusuf yang kembali ke rahmatullah pada 18 April 1992 akibat kanser paru-paru.

Beliau meninggalkan enam anak iaitu Mariam, Mohamed Shah, Khalid, Ali, Abdul Karim dan Faridah selain 18 orang cucu serta 13 orang cicit.

Jenazah Allahyarham dimandi dan dikafankan di kediamannya kira-kira pada pukul 10 pagi sebelum dibawa ke Masjid Negara pada pukul 12.10 tengah hari.

Dalam pada itu, Perdana Menteri dan isteri tiba di pekarangan Masjid Negara pada pukul 1.25 petang sebelum jenazah Allahyarham disembahyangkan sejurus selepas solat zohor yang dipimpin oleh Jamil Khir.

Jenazah Allahyarham yang dikebumikan mengikut istiadat pengebumian negara selesai pada pukul 2.10 petang diikuti oleh bacaan talkin yang juga dipimpin Jamil Khir.

Terdahulu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad turut menziarah jenazah Tun Fatimah di kediaman Allahyarham bersama isteri, Datin Seri Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.

Dr. Mahathir kelihatan sebak dan tidak memberi sebarang ulasan kepada pemberita.

(Utusan Malaysia)


******

Tun Fatimah Bt Haji Hashim

Dilahirkan pada 25 Disember 1924 di Kampung Parit Keroma, Muar, Johor dan telah mendapat pendidikan formal di Sekolah Melayu Lelaki Kampung Parit Keroma dan kemudian menyambung pelajaran ke Sekolah Melayu Perempuan Mersing. Beliau pernah menerima latihan perguruan yang dihadirinya pada tiap-tiap hari Sabtu di Sekolah Perempuan Mersing selama dua tahun, tetapi beliau tidak mendapat peluang menjadi guru kerana tercetusnya Perang Dunia Kedua. Walaupun begitu, beliau pernah mengajar di Sekolah Perempuan Mersing bagi menggantikan guru-guru yang bercuti atau sakit.

Tun Fatimah mula menceburkan diri dalam arena politik pada tahun 1947 sebagai seorang ahli dalam UMNO dengan memakai nombor 315. Pada tahun 1948 beliau dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Cawangan Kaum Ibu Kampung Nong Chik Johor Bahru yang ditugaskan mengutip yuran dan mencari ahli. Di samping itu beliau pernah memegang jawatan Penolong Setiausaha UMNO Cawangan Johor Bahru (Ketika itu Y.Bhg. Datin Suhaila sebagai Setiausaha) dan pernah menjadi wakil Kaum Ibu UMNO. Beliau kemudiannya telah berpindah ke Kota Tinggi kerana mengikut suami beliau sebagai Majistret dan semasa di sana beliau mendapat kepercayaan menjadi Naib Ketua Kaum Ibu UMNO Kota Tinggi. Di sana beliau sempat membuka kelas dewasa yang diadakan di rumah beliau sendiri untuk membantu penduduk-penduduk yang buta huruf. Di antara tahun 1951-1953, beliau telah memegang jawatan Setiausaha Pergerakan Kaum Ibu UMNO Johor.

Usaha-usaha beliau ini terpaksa diberhentikan kerana mengikut suami beliau melanjutkan pelajaran ke England. Setelah pulang dari luar negara pada bulan Jun 1955, beliau aktif semula dalam politik (kali ini di Negeri Perak) dan sama-sama terlibat dalam kempen pilihanraya dan menjadi wakil Parti Perikatan untuk menjaga pengundi-pengundi dalam piliharaya yang diadakan pada bulan Julai 1955. Sekali lagi selepas itu pemimpin-pemimpin UMNO negeri datang menemui beliau dan meminta jasa baik beliau supaya menyusun semula Pergerakan Kaum Ibu UMNO kawasan Ipoh dan beliau telah dipilih menjadi ketua. Beliau kemudiannya dipilih pula untuk memimpin pergerakan UMNO Negeri Perak dalam mesyuarat perhimpunan Agong pada bulan April 1956.

Pada penghujung tahun 1958, beliau telah mengikut suami beliau bertugas di Kedah Beliau telah bertanding dalam pilihanraya bagi Kawasan Jitra/Padang Terap dan menjadi ahli parlimen kawasan tersebut sehingga 20 Mei 1969. Beliau juga telah dilantik menjadi menteri wanita yang pertama dalam Kerajaan Malaysia dengan memegang portfolio Menteri Kebajikan Am.

(Arkib Negara Malaysia)














No comments: