BATIN TUA
(Oleh: Mokhtar Petah)
“ …emak bunuh dia … sebab emak sayangkan dia …, emak suruh kamu bunuh dia …, sebab dia tak mengaku kamu anak dia …”
Rimba Tembeling pada tahun 1001.
Pada petang itu, udara nyaman bertiup dari arah gunung, lalu menerpa ke permukaan tasik di tengah rimba raya Hulu Tembeling. Air tasik itu riak berlenggang laksana penari - penarni sedang menari tarian sewang.Udara nyaman itu menyegarkan tubuh Batin Purba yang sedang didera duka lara di situ..
Bunyi siamang, ungka, beruk, lotong kakah, tupai kerawak, gagak dan murai gila berekor panjang menambahkan duka lara Batin Purba yang sedang meniti ke hujung usianya itu.Bunyi gagsakdan katak menambahkan para dukanya.
Batin Purba, bekas penghulu Orang Asli. Dia sedang dimamah usianya yang lanjut. Sepuluh tahun lagi lagi usianya menlengkau satu abad. Tubuhnya telanjangb sekadar bercawat kain secebis, berbungakan panau dan kurap. Di pinggir Tasik Kelubi itu, dia mengenang untung nasiab dirinya. dulu hidup di tengah kaumnya. Kini hidup membujang. Isteri tiada anak pun tiada juga,
Wajah tua Batin Purba muram. Kedua belah pipinya begerak - gerak dan berrdenyut - denyut kerana ditolak - tolak oleh batang - batang giginya yang bergoyang bagaikan tunggul - tunggul di tengaha tasik.
Sepasang matayna terpelanting kepada beberapa orang remaja kaumnya yang sedang mengusung seekor kijang yang masih hidup. Mereka memburu dalam rimab. Mencari makanan untuk menyambung hidup. Tidak ada orang lain yang mereka harapkan untuk menolong mereka.
Mereka itu seperti diajar; ’ ...sama ada kamu mahu atau terpaksa lahir ke alam jagat ini, kamu tidak boleh mengharapkan orang lain menolong kamu. Kamu tahu dalam diri kamu ada nyawa.Kamu hidup. Kamu ikhtiar sendiri. Cari sendiri makanan. Buru sendiri haiwan dan unggas. Tetapi jangan lelai; kerana kamu memburu, kamu juga diburu.
Kamu tahu, semua manusia diluar sana pemburu. Mereka juga diburu.’
Seketul hati tua dalam dalam gua dada Batin Purba mendera dirinya yang di mamah resah. Gelisah. Duka. Lara. Menyesal akan segala perbuatannya sendiri pada masa dia menjadi batin kaumnya dalam rimba Tembeling pada beberapa tahun lalu.
Dia terlah meninggalkan kaumnya kerana dia arif benar akan kamunya tidak sukakannya lagi. Mereka tidak suka kepadanya kerana perangai dan tindak tanduknya sendiri.Dulu dia memagang kuasa antara mereka.Mednjadi penghulu dalam rimba raya. Kuasa di tangannya. Menggunakan kuasa untuk dirinya. Suku sakatnya.
Semua gadis sunti jadi miliknya. Kesucian mereka tidak untuk orang lain. Untuknya. Kerana dia tok Batin berkuasa. Siapa sahaja yang menentangnya, kalau tidak mati kena sumpit oleh orang - orangnya, tentu akan di halau dari rimba itu dengan sumpahnya.
Sumpahnya, ’siapa derhaka menerima padah. Kata dan kehendak penghulu satu kepastian. Menolak, binasa. Mengikut, selamat. Men entang Batin sama dengan menentang penunggu rimba.’
Ramai yang tidak mengikut kehendaknya, menerima akibat. di antara mereka itu, Retam dihalau ke Bukit Bayu. Paku dihalau ke Gelinggi. Salak dibuang ke Jerantot. Kulim dihalau ke Temerloh. Saga membawa nasib ke Dungun. Reba mati kelaparan dalam pelarian ke Batu Ring.
Batin Purba mabuk kuasa dalam rimba raya.
Bunyi semua haiwan dan unggas dalam rimba yang menyumbagt ke dalam lubang telinganya, diterjemah ke dalam bahasa kaumnya. Dafahami dan dihayatinya. . Semua bunyi itu menginsafkan dirinya pada petang itu.
’ ... dulu kamu penghulu, tapi kejam, zalim ...,” leung siamang.
’Kamu, kasar, hina kaum sendiri,’ pekek ungka.
’Kamu beraja di hati ..., nafsu besar ...,’ jekah lotong kakah.
’.. tak sedar diri, bunuh anak - anak sendiri’ beruk tunggal menahan suara.
’Kaum kamu, benci kamu, sebab kamu …,’ tupai kerawak tepekik galak sawat terpaku di pelepah nibung.
’Apa nak kata, kamu dah tua..., dulu sumpit orang’ nyanyi muarai gila panjang ekor.
‘ Sedarlah orang tua, masa muda kamu bekuasa, kini kamu di hina …,’ bunyi helang hindit.
‘ …gila kuasa, macam anak jantan Nabi Adam, bunuh orang ..., ’ gagak bersuara.
‘Sesal tak sudah,’ nyanyi tiung galak.
‘Udahlah tu …, manusia begitu …,’ bunyi katak di tepi tasik.
Batin Purba marahkan pemuda bawahannya, anak Batin Piol yang mengambil alih kuasanya dalam kaum Orang Asli. Dulu Batin Piol penolongnya. Penolong setianya. Tidak pernah membantahnya. Lurus bagaikan buluh cegar.
Kerana baik Batin Piol, kaumnya mengangkat dia menjadi penghulu Orang Asli dalam rimba Tembeling.Penghulu berkuasa seperti Raja. Kononnya, Raja berdaulat negeri Kuala Tahan sekarang, berasal usul dari kaum Orang Asli di sana jua.
Seperti sekali air bah sekali pantai berubah, tak selama pelepah sulung kukuh di atas, kerana badan telah tua dan zalimnya, Batin Purba disingkir dan terssingkir. Membawa diri brsama puntung - puntung giginya yang bergoyang. Fikirannya kusut dan berhati walang.
Pemergian Batin Purba tidak dihantar dengan air mata oleh kaumnya. Tidak ada seorang belia pun yang meratap kerana sayangkannya. Mereka menjauhkan diri masing - masing dari bain tua itu seperti orang menjauhkan dari dari orang berpenyakit kusta.
Kira - kira tiga tahun Batin Purba luruh dari kuasanya, pada satu petang isterinya, Jambu Merah, telah mati dibaham harimau belang, di tepi sungai Kelubi. Sebulan kemudian, anak tunggalnya, lelaki, Perah namanya, telah mati di belakang jambaunhya. Dia mati kerana disumpit dengan bilah sumpit beracun oleh orang yang tidak diketahui.
Tidak ada seorang pun dari gadis - gadis yang pernah tidur bersama Batin Purba dan menyerahkan kesucian tubuh masiang - masing kepadanya, rela mengikutinya. Mereka tidak mencintainya. Penyerahan mererka kepdanya seperti rela dalam paksaan cuma.
Dulu, pada masa dia berkuasa, dia sering mendengar suara bisikan gadis - gadis sunti yang tidur dicelah ketiaknya.Mereka yang kehilangan mahkota diri kerana adat turun temurun kaumnya; setiap dara sunti, akan mendapat berkat jika menyerah diri kepada tok batin sebelum tubuh mereka dijamah lelaki atau pemuda yang menajdi suami mereka.
Kalau tak mengikut adat, kononya, sepanjang hidup dibelit sial. dimarah dan dikutuk penunggu. Hidup tidak selamat atau akan mati meragan.
Pagi tadi telah tiba khabar ke telinga Batin Purba, kaumnya akan mengadakan perayaan dalam rimba. Perayaan itu dengan kehendak Batin Piol yang akan meninggalkan kaumnyan kerana dia tidak mahu lama memegang kuasa. Biar orang lain dapat merasa. Biar kawannya menggantikan tempatnya.
Batin Piol tidak melupakan pesanan moyangnya, Batin Halban, ” Jangan lama berendam dalam tasik, kalau tak di makan lintah, ketam batu menyepit juga. Jangan lama panjang jering, kalauj tak digigit kerengga,semu hitam gasrang juga.”
Di tepi tasik itu, Batin meratapi dirinya yang terasing. Hidup sebatang karah. Terbuang dari kaumnya sendiri.Laaksana sebatang giginya tercabut dari gusi, Tiada siapa yang peduli.
” ...aku nak pergi, orang tak jemput ..., aku nak pergi ...,”suara hati Batin Purba.
Sambil membetulkan cawat buruknya, dia bangun dari pinggir tasik itu. Langkahnya sumbang mengikuti denai dalam rimba menuju ke jambaunya dia bawah pokok berangan babi. Sambil berjalan dia menyanyi - nyanyi kecil. Mengenang masa silamnya yang manis.
Langkah Batin Purba terhenti. Berdiri terpacak dia di situ. Di hadapannya berdiri perempuan bersama seorang pemuda. Perempuan itu bernama Bunga. Di tangan sebilah lembing dari batang ijuk tajam lunit hujungnya.
“Tok ingat saya …, saya Bunga …?” tanya perempuan itu.
”Bunga ..., eh tak ingat …,”sahut Batin Purba.
“Tak inga, sungguh tok tak tak ingat?” Bunga bertanya.
‘Ia, Tok tak ingat …,”sahut Batin Purba sambil matanya merenung lembing nibung di tangan Bunga.
“ …tok tak ingat, tok tidur dengan Bunga, tok punah dara Bunga …, tok janji nak kawin dengan Bunga …, tok mengaku anak dalam perut bunga, anak tok …” kata bunga sambil mengundurkan dirinya ke belakang.
Batin Purba menggigil. Menjerit tidak berguna lagi pada ketika itu. Dia tahu, jika perempuan marahtak berguna lagi. Macam hantu. macam pelesit.
“Sungguh, tok tak ingat …, itu anak tok, anak kita …, dia Meranti Samak, tok beri nama dia ..., anak kita ...,”kata Bunga.
”Bukan ..., aku tak kenal kamu ..., dia bukan anak aku ...,” kata Batin Purba.
Putih menyuruh anaknya melompar ke pinggir tebing sedepa dari denai itu. Pemuda itu melompat ke situ. Di pinggir tebing itu dia menghalakan muncung sumpitannya ke arah Batin Purba. Pada ketika itu dia tidk peduli siapa. Bapanya sendiri atau orang lain akan dibunuhnya. Tidak berguna menjadi anak kalau bapa sendiri tidak mengakuinya.
Bunga memberi isyarat kepada anaknya; Lelaki yang telah menjadi suaminya itu mesti dibunuh. Ibu bunuh, Anak bunuh.
Pada ketika Batin Purba menggigil ketakutan dan melutut meminta nyawa, Bunga menghunjamkan bujung lembing tajam lunit dari batang nibung ke dadanya. Sepantas kilat hujung panah beripoh dalam pembuluh sumpitan itu diuhembus oleh anak haramnya. Bila itu meluru keluar dan hjungnya yang beripoh itu terbenam ke dalam kulit dan daging lehernya.
Tubuh Batin Purba luruh atas denai di situ. Bunga meninggalkan mangsa menuju ke dakam gelap rimba. Hatinya bersuara, ” aku rela menyerah daraku kerana kamu mengaku, aku rela bunuh kamu kerana kamu tak kenal aku ..., tak mengaku anak kita ....”
Meranti Samak berdiri di sini bapak haramnya. Direnung wajah bapanya yang pucat itu dengan perasaan marah. Sambil merenung ibunya yang berjalan ke dalam gelap rimba, dia berkata, “ …aku sumpah, seratus tahun akan datang orang - orang di kuala Trembeling, akan jadi macam kami, zalim, paksa betina …, mabuk kuasa …, anak haram di mana - mana.”
Pada ketika Meranti Samak tiba dalam gelap rimba,dia melihat tubuh ibunya rebah atas bumi. Perutnya ditembusi lembing nibung. Darahnya membuak - buak keluar.Dia menikam dirinya sendiri.
No comments:
Post a Comment