Nazri sokong tindakan SPRM
Nazri Aziz
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, tindakan itu juga bukanlah bertujuan menakutkan Dr Pornthip dan membantutkan usaha untuk mencari kebenaran punca kematian sebenar Beng Hock. SPRM berhak membuat laporan. DAP atau pihak lain tidak boleh mempertikaikan tindakan itu, katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.
Katanya, sesiapa pun tidak boleh mengeluarkan kenyataan berhubung kes melibatkan Beng Hock kerana inkues mengenai punca kematiannya masih berlangsung. Mengeluarkan kenyataan seperti itu adalah subjudis dan melampaui kuasa inkues yang masih lagi berjalan.
“Mereka boleh didakwa kerana mendahului keputusan yang belum dikeluarkan," katanya.
Kelmarin, DAP menyelar SPRM kerana membuat laporan polis terhadap Dr Pornthip, berkaitan artikel bertajuk ‘Pornthip sahkan Beng Hock dibunuh’.
“Ini adalah cara DAP memburukkan nama dan imej SPRM. Mereka ingin menjatuhkan SPRM dan ini tidak adil,” katanya.
Beliau berkata, artikel berkaitan laporan forensik yang dibuat oleh Dr Pornthip terhadap kematian Beng Hock yang mati dibunuh tidak berasas.
(Berita ini diambil dari Sinar Harian Online, 5 Januari 2010)
Kelmarin, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata tindakan SPRM akan dilihat sebagai usaha memberi tekanan terhadap pakar patologi itu.
No comments:
Post a Comment