KEJUJURAN PEGAWAI KERAJAAN
[Cebisan buku biografi Tan Sri Ishak Tadin telah menjadi bahan bagi orang ramai yang tidak puas hati dengan isu Sultan Perak, Sultan Azlan Shah mengenepikan Dato Seri Ir. Mohamed Nizar Jamaluddin dari kedudukannya sebagai Menteri Besar Perak.
Buku tersebut akan terbit tidak lama lagi sebagai buku biografi dalam kumpulan buku – buku biografi para pegawai tinggi kerajaan di negara ini.
Berikut ini adalah catatan 'pengenalan' dalam buku tersebut untuk dihayati oleh peminat tulisan Mokhtar Petah. -Editor, Petah Shahrir Aidid.]
“Cita-cita pengganas komunis untuk merampas kuasa dari kerajaan dengan menggunakan muncung senapang tidak sekali - kali mendapat kerelaan dari rakyat.
“Kita akan mempertahankan kerajaan yang ada sekarang hingga berhabis-habisan seperti yang diamanahkan oleh rakyat.
“Kita masih ingat keganasan dan kekejaman pemerintahan komunia di Tanah Melayu selama 14 hari dulu.
“Dalama masa 14 hari mereka memerintah dulu, ramai orang yang tidak berdosa menjadi mangsa yang berlaku tidak mengikut undang-undang dan perikemanusiaan.
“Dengan ingatan itu juga, rakyat tidak akan menyokong segala kegiatan pengganas komunis yang hendak merosakkan kesenangan, kemewahan dan nilai-nilai untuk manusia.”1
Dialog di atas ini adalah dari kandungan ucapan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri, Tan Sri Ishak bin Tadin – tekenal dengan nama Ishak Tadin - , dalam majlis penubuhan 30 unit anggota rela, di Bandar kecil Lenggong, Hulu Perak, pada 9 Mei 1975.
Pada tahun itu – sebelum dan selepasnya – kawasan Hulu Perak masih menjadi medan bagi ahli-ahli Parti Komunis Malaya (PKM)2 – sebut pengganas - untuk melakukan penentangan terhadap Penjajah Inggeris dan kemudian kepada Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Malaysia dengan tujuan untuk memerintah Tanah Melayu, di bawah pemerintah komunis Cina yang dipimpin oleh Mao Tze Tong.3
Kira-kira seminggu kemudian, iaitu pada 17 Mei tahun yang sama, jam 2.30 – 5.00 petang - , saya telah bertemu secara sulit dengan Wakil Terbuka Parti Komunis Malaya dan orang kanan Gerela Rejimen Ke – 10, Rashid Maidin, di sebuah rumah, di Bandar kecil, Betong, Yalla, selatan Thailand.
PARTI KOMUNIS
Rashid Maidin bekas anggota Parti kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) adalah orang kanan kepada Setiausaha Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng.4
Dalam percakapan saya dengan Rashid Maidin itu, beliau telah bercakap mengenai Ishak Tadin. Katanya, “ … kami telah perhatikan dia sejak dia jadiu Penolong Pegawai Daerah di Temerloh lagi …,orang-orang kami tidak akan bunuh dia …, dia seorang pembela rakyat miskin, jujur …, amanah …, tidak makan suap.”
“Kami menentang penjajah dan kapitalis …, orang macam Ishak Tadin kami sanjung, dia pegawai yang menjadi harapan rakyat,l harapan kami,”katanya lagi.
“Kalau ada sepuluh pegawai tinggi kerajaan yangn dedikasi, jujur dan tak rasuah macam Ishak Tadin rakyat di negara kita tak derita kerana miskin,” tambah Rashid Maidin.
KEBENCIAN RAKYAT
Di negeri telah diwujudkan dua projek besar oleh Kerajaan Pusat, iaitu Lebuh Raya timur-Bara yang menghubungan pantai barat dengan pantai timur yang terentang dari Grik ke Jeli, Kelantan dan projek empanganTemenggor yang merentangi sungai Perak dekat Grik.
Pengganas komunis sering mengancam dua projek tersebut, terutama projek lebuh raya Timur Barat. Pada ketika berucap dalam kurus sivik para pegawai dan kaki tangan Jabatan Perhutanan Negeri Perak, bilik mesyuarat Jabatan Penerangan negeri, Ishak Tadin telah berkata, bahawa tindakan pengganas komunis itu telah menimbulkan kebencian rakyat terhadap mereka.
“Rakyat yang mahukan pembangunan untuk kebahagian mereka mengutuk perfbuatan pengkhianatan yang mengganggu klancaran projek pembangunan di negeri ini,”katanya.
“Perbuatan khianat penggans komunis itu bukan sahaja melukakan hati rakyat, tetapi menimbulkan perasaan benci kepada komunis secara mendalam,”katanya lagi.
Ujar Ishak Tadin, “ Komunis sedar, bahawa projek Lebuh Raya Timur –Barat itu menjadi ancaman yang paling hebat kepada mereka, maka merekatelah berusha bukan sahaja mengganggukan pelancarannya, bahkan menaburkan fitnah melalui risalahb yang ditaburkan.”
“Pegawai dan kaki tangan Jabatan Perhuatan yang selalu masuk ke dalam hutan rimba, supaya mengesan kegiatan komunis di sana dan memberi maklumat segera kepada pasukan keselamatan,”ujarnya lagi.
MENENTANG PENYELEWENGAN
Sebelum itu pengganaskomunis telah memusnahkan – membakar berbagai alat jentera milik syarIkat kontrektor Malaysia –Thailand, seperti boldozer, trektor dan sebagianya berniloai kira-kira RM 10juta di Lebuh Raya Timur Barat dekat Grik
Ishak Tadin telah berucap dalam majlis-majlis rakyat di seluruh Negeri Perak menekankan Rancangan Pembangunan Negara Luar Bandar, membasmi kemiskinan, menentang penyelewengan dan amalan rasuah di kalangan pegawai dan kaki tangan kerajaan dan penentangan terhadap pengganas komunis.
Beliau telah disanjung oleh rakyat yang yang terdiri dari berbagai keturunan di Negeri Perak dan di benci oleh mereka yang tidak jujur dan pegawai dan kaki tangan kerajaan yang menjadi penagih amalan rasuah.
AGAMA ISLAM
“Nawaitu saya sejak saya memegang jawatan kerajaan ialah untuk menjalankan tanggungjawab dengan jujur, kerana itu maruah saya dan ajaran agama Islam yang saya terima sejak kecil di kampung saya,”katanya.
“Kalau kita tidak jujur, corrupted, walaupunn kita senang, tetapi kita akan jadi tak selamat kerana Tuhan tak suka, tak reda …,” katanya lagi.
Dari percakapan Ishak Tadin pada tahun 1973, saya sebagai seorang wartawan dan penulis, sering melakukan penyelidikan dan kadan-kasang gmenyiasat, maka saya mengakui, bahawa kerana negara kita bekas tanah jajahan – dijajah oleh Inggeris - , maka kebanyakan pegawai dan kaki tangan kerajaan dan para politikus bermoral rendah dan tidak jujur atau tidak beramanah.
Disebabkan bermoral rendah dan tidak jujur atau tidak amanah, maka penduduk asalnya yang terdiri dari orang Melayu telah menjadi dua golongan yang besar, iaitu golongan elit, iaitu yang berpendidikan barat dan menyanjung kapitalisme dan golongan bawahan yang kebanyakan dari mereka berpegang teguh kepada agama Islam yang terpaksa hidup dalam keadaan laksana ayam; kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.
PERINTAH PENJAJAH
Berlakunya keadaan demikian di kalangan penduduk asal Tanah Melayu adalah akibat dari polisi pecat dan perintah penjajah Inggeris. Selian dari itu, kerana kerajaan Inggeris hanya menumpukan pada political power (kekuasaan politik) manakala orang-orang Yahudi, Cina memegang kuasa ekonomi.
Penjajah Inggeri bersifat penajajah politik dan kuasa manakala Yahudi dan Cina bergerak serentak sebagai penjajah ekonomi. Mereka bekerjasama untuk menguasai orang Melayu dan menindas mereka secara halus yang ibarat menarik rambut dalam tepun.
Kebanyakan pegawai tinggi Melayu memandang rendah kepada bangsa mereka sendiri yang duduk dalam golongan yang kedua. Mereka juga sama ada secara langsung atau tidak langsung dibiasakan oleh Yahudi dan Cina mengamalkan makan suap atau tumbuk rusuk dan pada masa ini terkenal dengan rasuah.
SIKAP MEMONOPOLI
Pegawai-pegawai Melayu yang rasuah dapat menguntungkan orang-orang Yahudi danh Cina yang menjalankan perrniagaan dalam semua bidang. Terdapat banyak peluang perniagaan dan perdagangan yang sepatutnya masuk ke tangan orang Melayu, tetapi kerana rasuah, maka semuanya terpelas ke dalam tangan orang Yahudi dan Cina.
Tindak tanduk atau sikap memonopoli dan menjajah orang Yahudi dan Cina itu memberi keuntungan kepada penjajah Inggeris yang mahu mengekalkan kekuasa atau political power di Tanah Melayu.
Akibat dari keadaan demikian, semenjak negera Persekutuan Tanah Melayu (sebut Malaysia) mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 hingga pada masa ini, amat sukar mendapatkan lima dari sepuluh orang pegawai tinggi kerajaan dan tiga dari sepuluh politikus berkuasa yang dedikasi, jujur, amanah dan tidak melakukan amalan rasuah.
LAMPU ALADIN
Tidak mustahil, amat mudah mendapat tujuh dari sepuluh orang pegawai keraajaan dan lapan dari sepuluh politikus berkuasa yang curang, tidak dedikasi, tidak jujur, tidak beramanah dan melakukan amalan rasuah.
Disebabkan ketidakjujuran dan menjadi sebagai ‘lampu Aladin’ untuk mencapai kekayaan di kalangan sebilangan pegawai kerajaan dan politikus yang berkuasa, maka negara kita yang makmur ini, kita mendapati kebanyakan rakyat peringkat bawahan sentiasa menjerit dan melolong kerana dibelit. dihempas dan dipulas oleh kesusahan dan penderitaan.
Pada umumnya rakyat peringkata bawahan, sama ada dalam Bandar, pinggir Bandar dan luar Bandar hidup dalam keadaan berselimutkan kain panjang lima; tgurut kaki kepala terdedah, tutup kepada kaki telanjang.
MAKAN SAMBAL
Setiap kali mereka menghadapi makanan tengahari dan malam bersama keluarga, mereka sentiasa berkedaan ‘makan sambal telunjuk berdiri’, iaitu mereka terpakasa berdikit-dikit memakan makanan yang sedikit untuk menyamnbung hidup pada hari esok.
Salah seorang dalam lima dari sepuluh orang pegawai tinggi kerajaan yang dedikasi, jujur, amanah dan tidak mengamalkan rasuah, ialah Tan Sri Ishak bin Tadin. Saya mengakui akan kebenaran ini kerana saya sebagai wartawan yang mengikuti jejak langkahnya. Beliua berpijak atas bumi nyata. Pandai bebudi dan mengenang budi. Ilmu pengetahuan yang ada pada dirinya menjadi lampu suluh kehidupannya. Pendeknya jujur dan amanah menjadi pakaiannya pada waktu siang dan malam.
Tun Abdul Razak yang melihat dayakerja dan kegigihan Ishak Tadin alam menjayakan Rancangan pembangunan Negera dan Luar Bandar, telah menyerahkan amanh berat kepada beliau, iaitu memikulkan tanggukngjawab sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Bank Pertanian Malaysia.
HASRAT KERAJAAN
Bank Pertanian Malaysia di bawah pimpinan Ishak Tadin telah menjadi seperti orang yang telah betah semula. Dapat bejalan untuk menunaikan hasrat kerajaan dan rakyat yang terdiri dari para petani.
Mungkin para penguasa dalam Jabatan Perkhidmatan Awang amat mengetahui tentang rekod Ishak Tadin dalam sepenjang perkhidamatannya tidak ada cacat cela dan pendeknya sentiasa cemerlang.
Tetapi kerana ada tangan yang berkuasa tidak menyukainya. Mungkin sebab jujur dan amanahnya, atau sebab-sebab birokrasi, maka, malaupun beliau memiliki kelayakan untuk naik ke atas sehingga mejmegang jawatan Ketua Setiausaha Negara, tetapi beliau tidak diberi peluang meniki anak tangga ke tahap tersebut.
PERKHIDMATAN AWAM
Daya kerja dan jasa Ishak Tadin dalam membangunkan negara bersama Perdana Menteri yang kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak seolah-olah dipandang ringgan oleh orang-orang berkuasa dalam Perkhimatan Awan dan yang berkuasa.
Ishak Tadin dibebankan dengan tugas yang berat dan seolah-olah dicampak ke dalam timbunan besi-besi buruk Keretapi Tanah Melayu.
Di sanalah beliau berhempas pulas untuk membetulkan mana yang bengkok dan menggilat-sinarkan mana yang berkarat sehingga keretapi Tanah Melayu bengun semula sebagia sebuah agensi kerajaan yang maju.
Pada masa sebelum Ishak Tadin memikul tanggungjawab memulihkan semula Keretapi Tanah Melayu, agensi kerajaan itu dikuasai oleh orang-orang India dan beberapa orang Melayu dan Cina.
BADAN BERKANUN
Akhir sekali, Ishak Tadin dicampakkan ke dalam gedung beribu-ribu fail yang bersisi kertas-kertas yang tercatat berjuta-juta angka wang kerajaan yang telah dibelanjakan dengan betul dan sebaliknya, iaitu memegang jawatan Ketua Audit Negara Malaysia.
Di Jabatan itu beliau telah mendapat bukti-bukti dengan catantan hitam atas putih; kebanyakan pegawai tinggi kerajaan di jabatan-jabatan kerjaan, kerajan-kerajaan negeri, badan berkanun dan sebagainya tidak jujur dan tidak beramanah kepada kerajaan.
Banyak kenyataan akhbar dibuat oleh Ishak Tadin mengenai kira-kira kewangan jabatan-jabatan kerjaan, kerajaan-kerjaan negeri dan badan- badan berkanun.
NAIK KE PUNCAK
Walaupun beliau tahu, bahawa ‘menghampu’ orang atas itu sebagai satu passport bagi seseorang pegawai untuk naik ke puncak dalam bidang Perkhidmatan Awam, tetapi kerana beliau mengutamakan kejujuran dan keamanahan, maka beliau tidak melakukan demikian.
Pada masa Perdana Menteri, Tun Abdul Razak, Ishak Tadin adalah satu-satunya pegawai kerajaan yang membantu negarawan itu untuk merancang, mengatur dan melaksana program pembangunan Negara.
Tun Abdul Razak sendiri pada ketika bercakap dengan saya dalam lawatan rasminya ke utara Negeri Perak, telah menyifatkan Ishak Tadin seperti tangannya yang ketiga dalam melaksanakan rancangan pembangunan Negara. Ishak Tadin disifatkan sebagai urat nadi pembangunan dan perpduan negara.
MEMBERI PENILAIAN
Sultan Perak, Almarhun Sultan Idris Shah ibni Sultan alang Iskandar Shah, pada 1 Oktober 1974 bertitah kepada saya, “ … I belum penah jumpa pegawai kerajaan macam Ishak Tadin, kerja tak cukup siang tak cukup malam, dedikasi, jujur, berani, tak corupted …”.
Allahyarham Hussein Onn pada waktu bercakap dengan saya di pejabatnya, di Jalan Dato’ Onn, Kuala Lumpur, telah menyifatkan Ishak Tadin seorang pegawai tinggi kerajaan yang dedikasi, jujur dan amanah. Tetapi beliau kesal sedikit, kerana Ishak Tadin telah menulis dalam tesisnya, pada masa menuntut di Universiti Malaya, Singapura telah menilia bapanya (Dato’ Onn) berbeza daripada yang dia dan keluaganya memberi penilaian.
Saya mula bertemu dengan Ishak Tadin pada tahun 1974, iaitu pada bulan pertama bulan pertama beliau memegang jawatan Setisuaha Kerajaan Negeri Peran merangkap Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri.
KABINET MALAYSIA
Pada tahun itu, Allahyarham Dato’ Sri Haji Kamaruddin bin Mat Isa – ahli Dewan Undangan Negeri Perak bagi kawasan Batu Kurau, tlah menjadi Menteri Besar yang keempat.
Pertemuan saya dengan Ishak Tadin adalah bersifat pertemuan seorang wartawan dengan seorang pegawai tinggi kerajaan yang namanya telah menjulang ke ‘langit zaman’.
Pada pertemuan itu saya mendapati Ishak Tadin seorang pegawai tinggi kerajaan yang memahami tugas wartawan. Beliau mesra dengan saya.
SULTAN PERAK
Tetapi dari cahaya dua biji matanya, beliau mencurigai saya atau harap-harap percaya tidak. Mungkin sebelum kami bertemua, beliau telah mengetahui sedikit sebanyak tentang diri saya.
Pada masa itu saya dikenali umum sebagai seorang wartawan yang ‘rapat dengan Sultan Perak, Almarhum Sultan Idris Shah ibni Sultan Alang Iskandar Shah, sebilangan Orang-Orang Besar Negeri Perak dan menteri-menteri Kabinet Malaysia.
Pada zaman itu juga ramai yang menganggp tulisan saya sebagai ‘api membakar lalang’ dan ‘ air memadamkan api’. Kemudiannya, Perdana Menteri yang ke- tiga, Tun Hussein Onn telah menggelar saya cockroach journalist. Gelaran itu diberi kepada saya pada ketika saya bertemu dengannya di pejabat Perdana Menteri Malaysia, di Jalan Dato’ Onn, Kuala Lumpur pada tahun 1977, iaitu sehari sebelum Tan Sri Ghazali Jawi dilepaskan dari jawatan Menteri Besar Perak.
MENDAPAT NASIHAT
Semenjak pertemuan itu, hubungan saya dengan Ishak Tadin menjadi rapat. Beberapa bulan kemudian, saya telah dijemput oleh Menteri Besar Perak, Allahyarham Haji Kamaruddin bin Haji Mat Islam ke pejabat beliau.Dalam pertemuan itu, Allahyarham meminta saya memegang jawatan Setiausaha kepada Menteri Besar Perak (Allahyarham). Menurut Haji Kamaruddin, dia telah mendapat nasihat dari Ishak Tadin.
Permintaan Haji Kamaruddin itu saya telah menolak dengan alasan, bahawa saya seperti ikan hidup yang hendak hidup dalam tsik dan dalam sungai, kalau saya memegang jawatan itu, saya akan menjadi ikan dalam peti sejuk.
SURAT KHABAR
Pada satu hari Ishak Tadin, Timbalan setiasuaha Kerajaan Negeri Perak, Encik Nasir Taha dan Pegawai Penerangan Negeri Perak, Encik Ismail Shah telah menjemput saya ke satu perjumpaan dengan Haji Kamaruddin bin Haji Mat Isa di pejabat Menteri Besar.
Dalam pertemuan itu mereka telah meminta saya membangtu Kerajaan Negeri Perak, iaitu menerbitkan sebuah surat khabar rasmi kerajaan negeri yang akan diterbitkan pada tiap-tiap bulan.
Saya telah menerima permintaan itu dan saya telah memberi nama kepada surat khabar itu dengan nama ‘Berita Perak’.5 Saya sendiri memegang banyak jawatran bagi mengendalaikan surat khabar itu, iaitu, penerbit, editor, pemberita dan juru gambar.
FAIL PENTING
Kerajaan Perak telah mengadakan peruntukan yang banyak bagi menerbitkan surat khabar tersebut.
Pada masa mengendalikan surat khabar Berita Perak, saya telah diberi peluang oleh Ishak Tadin untuk membaca beberapa buah fail penting kerajaan, di antaranya, fail berkenaan pembangunan negeri dan fail Jawatankuasa Keselamatan Negeri.
Perita Perak diberhentikan setelah Tan Sri Ghazali Jawi memegang jawatan Menteri Besar Perak, kali yang kedua, pada tahun 1974. Allahyarham telah dilantik sebagai Menteri Besar Perak yang pertama selepat negara mencapai kemerdekaaan pada tahun 1957. Kerana sebab-sebab tertenut, Allahyarham diberhentikan dari jawatan tersebut dilantik sebagai duta Malaysia ke Republik Arab Bersatu, Masir.
GERABAK KERETAPI
Ishak Tadin telah dipindahkan dari Negeri Perak dan diberi tanggungjawab sebagai Pengurus Besar Keretapi Tanah Melayu. Beberapa minggu setelah Ishak Tadin memegang jawatan Pengurus Besar Keretapi Tanah Melayu, beliau telah menjemput saya menaiki keretapi dari Setesyen dan pergi bersamannya ke stesyen Perai dan pulang semula ke Ipoh. Dalam keretapi itu Ishak Tadin mengadakan meyuarat dengan ketua-ketua semua stesyen keretapi dari Kuala Lumpur ke stesyen Perai.
Tujuan beliau mengadakan mesyuarat dalam gerabak keretapi yang ditarik oleh lokomotif khas itu untuk menjimatkan wang Keretapi Tanah Melayu dan wang kerajaan Malaysia.
Sepanjang masa menjawat jawatan Pengurus Besar keretapi Tanah Melayu,beliau telah membongkar banyak kecurangan dan tidak amanah yang telah belaku dalam Jabatan Keretapi Tanah Melayu. Di antara kecurangan-kecurangan yang dibongkar itu, ialaha kisah sebatang paku selipar keretapi dibuat oleh empat orang buruh orang Indis selama tiga bulan dan penyelewengan bahagian tender setelah beliau menyama ke sebuah kedai jahit pakaian yang menjahit pakaian-pakaian seragam pekerja-pekerja keretapi, di Petaling Jaya.
LAKSANA DUKUN
Ishak Tadin telah berjaya memulihkan semula Keretapi Tanah Melayu, sama ada di segi pentadbiran, daya kerja dan kewangan sebelum beliau ditukar untuk memegang jawatan Ketua Setiausaha Kementerian Pengankutan Malaysia.
Di Kementerian Pengangkutan Ishak Tadin laksana dukun mengubat orang yang sakit. Banyak perkara di kementerian itu telah diperbetul. Dibaik - pulih. Mengadakan hubungan mesra dengan pihak-pihak yang ada kepentingan dengan kementerian tersebut.
Sebelum bersara, Ishak Tadin ditukarkan ke Jabatan Audit Negara. Beliau memegang jawatan sebagai Ketua Audit Negara. Di jabatan tersebut, beliau telah berdepan dengan berbagai karenah di kaklangan kakitangan dan sebagainya.
Beliau telah membongkar banyak perkara yang tidak betul berhubungan dengan wang Kerajaan Pusat, kerajaan-kerajaan negeri dan badan-badan berkanun.
Saya telah melawat Ishak Tadin di Pejabat Audit Negara, di Jalan Tugu, Kuala Lumpur.
Setelah beliau bersara, saya tidak pernah bertemu dengannya. Pada minggu keempat bulan Julai 2008, saya terbaca dalam email saya, iaitu dari Rizal Ishak, ‘Ishak Tadin kirim salam.’
Usia Ishak Tadin lebih dua tahun dari usia saya. Pada hari-hari meniti usianya dalam maya ini, beliau masih sihat. Kuat ingatan. Suka membaca. Meneliti peristiwa di alam maya menerusi internet. Tetapi tidak menjenguk ke padang golf lagi untuk memukul bola yang laksana global kecil, di padang berudara nyaman dan menyegarkan.
Apabila badan meniti ke hujung usia,
Hati mengenang jalan hidup beribu liku,
Denai dan lurah berduri dura,
Jerih perit menyumbang bakti,
Berbalut jujur peraga setia,
Untuk pertiwi dan bangsa mulia.
Insan ikhalas mengenang jasa,
Allah menilai mengurnia reda.
No comments:
Post a Comment