Friday, October 24, 2008

UMNO DENGAN MASA MENDATANGNYA

YANG TUA BERUNDUR YANG MUDA MARA KEDEPAN

Oleh: Mokhtar Petah

Sama ada politikus, penulis dan pemerhati politii dan siapa sahaja rakyat Malaysia, sedang menanti dengan penuh debar akan Perhimpunan Agung UMNO Malaysia, pada Mac tahun depan yang pada masa itu sebilangan ahli UMNO gembira dan sebilangan lagi berduka - kerana Najib datang dan Abdullah pergi.
Suka dan duka yang wujud dalam hati ahli-ahli UMNO tidak boleh dipandang mudah oleh individu-individu yang akan meneruskan perjalanan UMNO yang belum tentu panjang atau patah kandar dipertengahan jalan itu.
Sebelum saya melanjutkan tulisan ini, elok diperhatikan dengan mata hati, bahawa yang menyebabkan Abdullah Ahmad Badawi terpaksa melepaskan jawatan Perdana Menteri pada Mac nanti, adalah disebabkan sebilangan orang-orang tua UMNO yang cenderung kepada fikiran dan leteran Tun Dr. Mahathir Mohamad dan terasa tidak terjamin kemewahan hidu mereka. Maka boleh diakui ada dua sebab utama, iaitu:
(1) Dipaksa turun kerana ada golongan yang manhu menduduki kerusi itu
dengan segera.
Di negara ini telah berlaku ke atas Tunku Abdul Rahman dan Dr.
Mahathir Mohamad, iaitu perucbaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan
para pengikutnya untuk memerosotkan pengaruh tokoh penentang
Tungku Abdul Rahman itu dan dengan harapan beliau akan kehilangan
kedudukan setelah Perhimpunan Agung UMNO pada masa itu. Tetapi
rancangan gagal kerana Dr. Mahathir Mohamad lebih bijaksana dari
Anwar Ibrahim an bekiau arif menggunakan kuasa di tanganya.
(2) Golongan tertentu dalam parti politik pemimpin itu menggunakan
media untuk memburuk-buruk pemimpin tersebut.
(3) Pemimpin itu sendiri terasa dirinya gagal meneruskan kepimpinan
atau kerana sebab-sebab dia telah melakukakan sekndal - rasuah,
perempuan dan sebagainya.
Abdullah Badawi tidak gagal dalam perjuangan dan tanggungjawabnya sebagai pemimpin parti dan kerajaan dan tidak pula ada skendal atas dirinya - beliau bersih dari segala macam keburukan di segi Islam dan kemanusiaan -, tetapi beliau tiba-tiba memgeistiharkan peralihan kuasa dengan tidak berunding lebih dahulu dengan UMNO cawaangan dan bahagiannya, semua bahagian UMNO dan Majlis Tertinggi UMNO, tiba-tiba meletus peristiharan yang mengejutkan semua.
Abdullah Ahmad Badawi memberitahu para wartawan," Saya tetap pergi, tidak akan patah ke belakang, apa nak jadi, jadilah, terserah kepda Najib Tun Razak." Kata-kata itu, jika mengikut ilmu balghah dan maani, ada sesuatu yang boleh difikir,ditafsir, dijangka dan dikhuatiri oleh orang ramai.
Kita tidak dapat berbuat apa-apa kepada Abdullah yang telah mengambil keputusan mahu pergi. Tetapi yang menjadi perhatian semua, iaitu mampukah Najib Tun Razak memimpin UMNO dalam keadaan gelombang politik menentang parti itu?
Gelobang politik yang akan menjadikan UMNO akan tenggelam, ialah gelombang politik Islam (yang mahukan Malaysia menjuadi Negara Islam yang sejati)oleh PAS dan sbilangan besar invidu Islam yang di luar mana-manan parti politik dan gelombang politik sosio-demokrasi(yang mahukan negara ini menjadi sebuah negara demokrasi ala sistem sosialis. Menolak kuasa Raja dan menolak pemerintahan secara sistem Islam) yang diketuai oleh Anwar Ibrahim.
Gelombang pimpinan Anwar Ibrahim ini akan menghapuskan Raja Melayu dan orang Melayu sebagai bangsa ketuanan.Semua kaum dari keturunan orang-orang datsng akan menjadi rakyat yang sama dengan orang Melayu.
Najib Tun Razak diramalkan tidak akan berjaya memipin UMNO sekiranya individu- individu yang berlomba untuk menduduki Majlis Tertinggi parti itu dan dengan harapan menduduki kerusi-kerusi kabinet terdiri dari orang-orang yang telah tua ("tua tobin" - kata orang Perak), kerana kehadiran mereka itu akan menjadikan UMNO sebuah parti politik yang koservetif dan mungkin berfikiran primitiv.
Saya mnendapati beberapa orang tua yang pada masa lalu telah menduduki kerusi Majlis Tertinggi UMNo dan menduduki kerusi penting dalamn kerajaan Pusat atau Kerajaan Negeri, masih lagi bernafsu untuk merebut tempat dalam Perhimpun Agung UMNO pada Mac tahun depan.
Mereka itu, ialah,(tidak berbicara tentang Najib dan Muhyiddin kerana mereka itu akan tetapi memiliki kerusi Presiden dan Naib Presiden dan langsung ke kerusi Perdana Menteri dantimbalan Perdana Menteri),Bekas Menteri Besar Selangor dan bekas menantu sultan Selangor, Sultan Salahuddin Abdul Aziz dan kini menteri, Tan Seri Muhammad bin Mohd.Taib, Ketua Menteri Melaka, Datuk Wira Mohd. Ali Rostam, bekas Menteri Besar Selangor,Datuk Seri Mohd. Khir toyo, bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shadian Kassim, Ketua Pergeakan Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz, Menteri Dalam Negeri, Datu Seri Hamid albar, bekas menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd.Isa bdul Samad, Menteri Luar, Datuk Seri Rais Yatim dan Datuk Jamaluddin Jarjis.
Kerana UMNO memerlukan orang tua,maka,dua orang tua yang saya kira berwibawa dalam UMNO, ialah Datuk Shahrir Abdul Samad dan Datuk Seri Hishamuddin Hussein. Selain itu individu-indivu yang muda dan berpelajaran tinggi serta berwibawa amat patut dipilih untuk menyertai penerajuan UMNO bersama Najib nanti. Di antara mereka itu, ialah:
1 - Datuk Mukhris Mahathir,
2 - Khairi Jamaluddin,
3 - Datuk Khaled Nordin,
4 - Razali Ibrahim dan
5 - Faizal Jamalauddin.
Selian dari itu, untuk menjadikan UMNO sebuah parti mempertahankan agama Islam,
maka Najib tun Razak hendaklah meneruskan juga konsep atau gagasan Islam Hadhari dan fasafah atau dasar hidu kemanusiaan, iaitu 'Modal Insan'yang telah dipelopori oleh Abdullah Ahmad Badawi.
Najib Tun Razak mungkin boleh menjadi Perdana Menteri yang baik dan terbaik, kalau beliau terus mempelajari pengetahuan Islam dan melayakkan beliau menjadi imam sembahyang dan memberi tazkirah agama seperti Abdullah Ahmad Badawi dan Muhyiddin Yassin.
(Habis)

No comments: