Friday, October 24, 2008

BERITA

DANA PENERBITAN

Kuala Lumpur - Dewan Bahasa dan Pustaka telah mengumumkan akan menganugerahkan dana - wang modal - kepada syarikat-syarikat penerbit buku Bumiputera untuk menerbitkan buku-buku bacaan umum, pengetahuan remaja dan kanak-kanak.
Buku itu, ialah:
1 - Buku Mewah
2 - Biografi,autobiografi dan memoir.
3 - Buku umum bukan fiksyen.
4 - Buku pengetahuan remaja.
5 - Buku bergambar kanak-kanak (imformatif)
Semua peenerbit buku Bumiputera yang berdaftar sebagai pembekal bahan bacaan dengan Kemenerian Kewangan boleh memohon dana tersebut dengan menggunakan borang khas disediakan oleh DBP boleh didapati diUrus setia DBP atau melalui lama sesawang.

MEMENTINGKAN JAMUAN

Putrajaya - Sebilangan imam, bilal dan jemaah semua masjid dalam Wilayah Persekutusan Kuala Lumpur membantah ragam pihak Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI)Kuala Lumpur kerana membelanjakan wang yang banyak untuk jamuan sedang kerosakan dan kepentingan tidak diambil berat.
Sumber dari mereka memaklumkan,pihak JAIS seperti tidak mengambil berat akan kepentingan masjid-masjid dan mereka hanya menyerahkan kepada jawatan kuasa semua masjid itu sahaja.
Pihak masjid-masjid sukar mendapat bantuan kewangan dari Jais untuk tujuan kebajikan masjid dan sering kali memberi alasan tidak ada duit, tetapi mereka mengadakan jamuan, seperti jamuan hari raya dengan menggunakan wang berpuluh ribu ringgit.
JAIS juga dikatakan telah lama tidak membayar elaus bilal-bila.Semua bilal hanya bergantung kepada bayaran alauns dri Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sahaja.

No comments: