Oleh: Mokhtar Petah
Muhyiddin Yassin, Menteri Pedagangan Antarabangsa, dianggap paling sesuai menjadi rakan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak, kerana selain dari orang yang berpengalaman dalam parti politik kebangsaan Melayu itu, beliau juga 'jujur' dan 'bertangungjawab' terhadapan parti tersebut.
Orang pertama yang disebut paling layak menjadi Timbalan Perdana Menteri, ialah Dato Dr. Ahmad Zahid Hamidi, tetapi kerana beliau telah menarik diri dari merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO, maka Muhyiddin Yassin sebagai gantinya - seorang tokoh yang paling layak.
"Walaupun Muhyiddin seorang yang 'out spoken' dan ternampak berani mengkritik ketuanya, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, tetapi bagi orang yang berakal dan berakhlak menganggap Muhyiddin seorang tokoh yang berani, berterus terang dan jujur dalam prjuangannya," kata penulis politik yang suka menyembunyikan namanya.
"Abdullah Ahmad Badawi dapat menerima kritiknya dengan Ikhlas dan Muhyiddin Yassin seorang tokoh dalam UMNO yang tidak menghampu, namanya dibina dengan kejujurannya sendiri," kata penulis itu.
"Menilai kepada pengetahuan akadamik dan agama Islam yang ada pada beliau, maka beliau akan dapat meneruskan Islam Hadhari dan falsafah modal insan yang telah diwujudkan oleh Abdullah Ahmad Badawi," tambah penulis politik itu.
Pemerhati politik, seorang peguam, Ahmad Iskandar berpendapat, kalau hendak ambil kira, Ketua Pergerak Pemuda UMNO, Dato Hishamuddin Hussein layak menduduki kerusi Timbalan Perdana Menteri, tetap kalau beliau menduki kerusi tersebut akan menjadikan kerajaan Malaysia ganjil kerana diperintah oleh adik beradik.
"Hishamuddin layak menduduki kerusi Naib Presiden UMNO dan bakal terus memgang jawatanya sekarang, iaitu Menteri Pelajaran Malaysia," katanya.
"Muhyiddin ada kekuatan dan boleh bekerjasamadengan Naib Tun Razak depai negara, rakyat dan kerajaan," katanya lagi.
"Muhyiddin mestilah meneruskan dasar 'Islam Hadahri' dan falsafah 'Modal Insan' yang ditingglkan oleh Abdullah Ahmad Badawi kerana dua faktor itu dapat menguatkan kedudukan dan politik beliau," tambahnya.
Sama ada penulis-penulis politik mahu pun para pemerhati menyarankan para perwakilan UMNO dalam Perhimpunan Agung parti itu nanti, agar pandai memilih, iaitu memilih orang-orang muda dan berpelajaran tinggi untuk menduduki kerusi Majlis Tertinggi parti politik itu.
Menurut mereka, tokoh tua yang bertanding eloklah diketepikan, kerana kalau memilih mereka, UMNO akan bernasib seperti kelab lomba kuda yang mempunyai kuda lomba yang telah tua dan lengoh lutut.
Sementara kalangan veteran UMNO menjangka kabinet Najib Tun Razak nanti akan menjadi kabinet selamat dan kukuh, jikan tokoh berikut menduduki kerusi kabinet bayangannya, iaitu:
Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri: DAto Seri Mohd. Najib Tun
Razak.
Timbalan Petrdana Menteri dan Menteri Kewangan: Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menteri Kewangan II, Dato Mustapa Mohamad.
Menteri Pelajaran: Dato Hishamuddin Hussein.
Menteri Pertahanan: Dato Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Menteri Pertanian dan Asas Tani: Dato Shafie Apdal.
Menteri Pembangunan Luar Bandar: Dato Seri Khaled Nordin.
Menteri Pengajian Tinggi: Dato Shahrir Abdul Samad.
Menteri Luar: Dato Nazri Aziz.
1 comment:
Saya telah membaca dan faham akan tulisan tuan mengenai kabinet bayangan Datuk Seri Najib Tun Razak. Bagi saya, kalau kabinet itu terdiri dari mereka yang tuan bayangkan itu, saya percaya kabinet itu menjadi kabinet kacang putih.
Saya mahu ambil pusing akan hal kabinet, tetapi saya sebagai pegawai di Kementerian Kewangan Malaysia, rasa diperbodohkan, kerana saya mendapati isteri Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, iaitu Datin Seri Rosmah Mansor telah berpejabat dalam sebuah bilik khas di kementerian tersebut.
Saya ingin tahu, apakah Rosmah telah dilantik menjadi Menteri Kewangan Ketiga yang akan bertanggungjawab dan menyelia atas semua projek pembangunan kerajaan.
Sesungguhnya saya rasa ganjil Rosmah berpejabat di Kementerian Kewangan, kerana belum ada dalam sejarah Malaysia isteri Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan mempunyai sebuah pejabat khas di Kementerian Kewangan.
Sebagai rakyat negara ini, saya meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Ketua Setiausaha Negara dapat memberi penjelasan atas perkara ini.
Pegawai bertanggungjawab kepada negara.
Post a Comment