Sunday, October 12, 2008

KASIH IBUKU

GADIS MEE LING

[Kisah ini adalah dari cerita benar, diolah menjadi cerita dalam novel, Kasih Ibuku, oleh: Mokhtar Petah. Novel ini akan ditrbitkan oleh Ibook Publication, tidak lama lagi. Kami rasa kisah ini boleh mengisi masa lapang bagi penggemar IT – web, blog dan isternet dan mereka yang kepatahan cinta. Kami pindahkan ke sini. Mudah-mudan kisah ini akan menjadi seperti ‘ubat lara’ bagi orang merana kerana cinta, seperti dapat menatap sekilas pandang wajah kekasihnya, terubat rindunya setengah abad. Editor, Petah Shahrir Aidid.]

IBUKU, wanita berasal usul dari Melayu Pattani, dalam tubuhnya ada darah Melayu Champa, rongga dadanya ada iman kukuh kepada Maha Pencipta.

Dia ibu solehah,

Ibu contoh.

Tubuhnya ada isi miskin lemak,

Kulit belulang,

kelongsong urat sarafnya,

waja laksana besi kharsani tulang temulangnya.

Merah warna darah ibuku,

hatinya, hati perempuan Melayu taatkan Ilahi,

mindanya murni mengikuti sunnah nabi.

Murni jalan fikirnya,

amal ibadatnya sejalan lurus dengan nabi,

seia sekata dengan Iman Shafiee dan Ghazali.

Ada syurga bagiku di bawah tapak kaki ibu,

demi Allah aku tak kenal kata ‘uaf’,

atau kalimat durhaka.

*** ***

Pada satu petang, ibuku bersama seorang anak saudaranya, Sakinah, telah pergi ke Pekan simpang Tiga. Mereka telah masuk ke sebuah kedai menjual kain dan pakaian. Ibuku hendak membeli kain putih untuk membuat telekung dan langsir.

“Mak long, apa kabar? Seorang perempuan Cina pemilik kedai itu menegur ibuku.

“Baik,eh, ... Mee Ling, apa kabar?” Tanya ibuku pula.

Dua wajah berlainan usia itu senyum. Manis.Mesra. Jantung Mee Ling mulai kencang degupnya.

“Abang Lamin, ada balik, mak long? Mee Ling bertanya.

“... aaa, dua bulan lalu ada, ... dia balik,”jawab ibuku.

“Berapa orang anak dia, mak long?”Mee Ling bertanya lagi.

“Seorang ..., lelaki, anak kedua, perempuan, meninggal, ... lelaki ...,”jawab ibuku.

Mee Ling tunduk sejenak.Dia mengangkat kepalanya semula dan merenung wajah ibuku. Fikirannya menghimbau kepada beberapa tahun yang lampau.Pada zaman pekan kecil itu masih dalam pagar berduri, bergelar Kampung Baru Simpang Tiga.Pada zaman itu Chin Peng – anak Sitiawan, telah mengetuai gerakan menentang penjajah Inggeris.

“Mee Ling ada berapa orang anak?” Ibuku bertanya.

Mee Ling rasa dua puntung kakinya menggigil. Pertanyaan ibuku bagaikan ubat bius meresap dalam tubuhnya.

“Tak, ... saya belum kahwin, mak long,” jawab Mee Ling sambil membendung air matanya.

“Datanglah ke rumah mak long, tak ada Lamin pun tak apa salahnya,” pelawa ibuku.

“Ialah, mak long,” sahut Mee Ling.

Mee Ling berpaling kapada rak-rak di belakang. Dia mengesat air matanya yang mengalir atas dua pipinya. Ibuku merenung wajah Mee Ling. Hatinya bersungut, “ ... dia sayang lagi pada anakku.”

Mee Ling kenal baik ibuku. Begitu juga ibuku. Pada zaman pengganas komunis bergerak menentang penjajah Inggeris di bumi Melayu, Mee Ling bersahabat rapat denganku. Dia telah lima kali berkunjung ke rujah ibuku.

“Haaa, belum kahwin, ngapa?” Ibuku bertanya sambil memegang tangan kanan gadis itu.

“Tak apa, mak long,” jawab Mee Ling.

Ibuku sukar mencari jawapannya. Hanya hatinya berkatas; Mee Ling terlalu memilih lelaki bakal suaminya.

Bapa dan ibu Mee Ling menjalankan pernusahaan kontrak.Mereka memiliki sebuah kedai menjual pakaian, kilang papan, ladang tembakau dan lebih sepuluh ekar ladang getah. Pada zaman pergerakan Parti Komunis Malaya, atas perintah Pesuruh Jaya Tinggi British, Gerald Templer, mereka termasuk dalam kumpulan lebih seratus kekuarga China dan India tinggal dalam Kampung Baru.

Ibu dan bapa Mee Ling telah meninggal dunia selepas tiga tahu negara mnencapai kemerdekaan. Mee Ling, anak tunggal. Hanya dia pewaris semua hartas peninggalan mereka.

Pada zaman itu aku masih remaja. Mee Ling sedng belajar di Sekolah Menengah Cina. Aku telah mengajar bahasa Melayu dan tulisan Jawi kepada Mee Ling. Persahabatan kami menjadi rapat. Mee Ling seorang sahabatku cuma. Tidak pernah tumbuh dalam hatiku untuk memetik bunga mekar itu untukku jadikan teman hidupku.

Ibu bapa Mee Ling baik denganku. Aku sering berkunjung ke rumah mereka. Kadang-kadang aku bersama Mee Ling pergi ke bandar. Di sana kami makan popia, Mee Hailam atau makan mee rebus di kedai mamak Mydin.

Aku tahu Mee Ling kasih kepadaku. Tembok bangsa, agama dan adat budaya antara Mee Ling dengan aku tinggi, panjang dan kukuh bagaikan tembok negara Cina. Ibarat menyarung permata dan kaca dalam pasir bertimbun; begitu juga aku. Jika ku mencintai Mee Ling, kku hanya sama nasib dengan pengemis berangan-angan kahwin dengan puteri sultan.

“ ... Amin boleh tak Mee masuk Islam?”

“Ngapa?”

“Saja tanya.”

“susah.”

“Tak apa, kalau Mee nak.”

“Mee kena ...”

“Tak apa ..., sakit, tak?”

‘En, bukan tu.”

Kami ketawa. Gema tawa kami seperti memenuhi gegua gunung Bintang Hijau, di belakang Kampung Baru Simpang Tiga.

“Ap?”

“Kena mengucap syahadah.”

“Lagi?”

“Sembahyang wajib lima waktu sehari semalam.”

“Lagi?”

“Mee kena puasa pada bulan Ramadan, bulan puasa.”

“... sampai cukup?”

“Tak, Mee ada cuti.”

“Nak masuk ..., nak.”

“Nanti, ... saya fikir dulu.”

Percakapan kami putus di situ. Bunyi tembakan laksana bertih mengopak suasana kampung baru pada malam itu. Kami masuk ke rumah Mee Ling. Ibu dan bapa Mee Ling ketakutan. Khabar dari beberapa jiran Mee Ling, dua orang polis khas telah terbunuh. Komred – komred Chin Peng telah membunuh mereka dalam serang hendap,di luar pagar berduri kampung baru itu.

Semenjak malam itu, MeeLing tidak pernah mengulangi poertanyaannya lagi. Tetapi dia bertambah manja denganku. Manjanya kuterima sebagai manja adik derngan abang kandung Cuma. Manja Mee Ling menjadikan aku bahagia, kerana ibuku tiada anak perempuan.

Pada zaman itu,perpduan orang Melayu dengan, Cina dan India tidak seerat sekarang. Rasa perpduanpda zaman itu tersembunyi. Kukuh perasaan nafsi-nafsi. Pentingkan suku kaum sendiri. Tidak sejujur sekarang.

Kebanyakan orang Cina dan india pada zaman itu fanatik pada idea penjajah Inggeris. Setiap kerat pendatang mesti bolot milik orang Melayu. Orang Melayu baik. Baik hati. Malas. Kelemahan mereka ada ruang bagai pendatang membolot apa sahaja milik bumi Melayu.

Penjajah telah membawa mereka ke sini.Meeka guna falksafah orsng tak mengenang budi; pokok dendalu, rambung danjerai, menumpang pepohon besar. Kerana baiknya pepohon, yangmenumpang kian membesar,akhirnya pepohin mati terbunuh atau mati meragan.

“ ...lu jangancinta sama Lamin, dia ank orang Melayu, ... emqak, bapoa kamu tak apa,” ibu Mee Ling telah menasihati anak gadisnya.

“Apa pasal,emak, ...Amin baik, emak, bapa dia baik sama Mee Ling?” Mee Ling bertanya kepada ibunya.

“Emak tau, tapi itu fasal lu sama Lamin kawan saja,” sambut ibu MeeLing.

Mee Ling diam. Kata-kata ibunya sukar diterima.

“Betulkah,emak?” Mee Ling bertanya.

“Betul, kalau lu mau kawin sama dia ..., emak bapa dia tentu tak suka, ... kita orang Cina ...,kita bukan orang Islam,” ibu Mee Ling berkata kurang yakin.

“Ialah, emak, tapi Mee Ling sayang dia,”sahut Mee Ling.

“Sayang tak apa, tapi jangan ingat mau jadi isteri dia,”pesan ibunya.

Mee Ling diam.

Kerana nasihat ibunya, Mee Ling tidak bernai meluahkan prasaan cintanya kepadaku. Aku sendiri jahil akan hati oerut ibu bapa Mee Ling terhadapku.

Pada sstu hari, aku telah menjelaskan kepada Mee Ling, aku akan mendirikan rumahtangga dengan seorang gadis Melayu. Setelah Mee Ling menerima khabar dariku, mukanya merah bagaikan terkunyah cabai burung. Dinding dadanya diterojak degup jantungnya sendiri. Keras hatinya mengekang persaannya di hadapanku.

“ ...Mee tau dia, guru, bukan? “ Mee Ling bertanya.

“Ia, guru, ...Mahsuri,”jawabku.

“ ... mahsuri, macam nama anak dara Pulau Langkawai , dasrah putih ..., bagus,”kata Mee Ling.

“ ... tapi drah dia merah,” aku berkata.

Mee Ling senyum kelat.

Wajah Mee Ling merah lagi.Jantungnya berdegup lagi. Air matanya bagaikana air mineral terbenam dalam perut bumi. Senyhumannya merkah laksana mawar kembang pagi.

“Mee Ling nak masuk Islam, abang,” suara Mee Ling teruah dari dua ulas bibir merahnya.

“Heh, ... buat apa, nanti bapoa, emak Mee marah,” kataku.

Mee Ling diam. Dibenamkan dua biji matanya ke dalam sepasang telaga mataku. Dua telaga matanya tenang. Sayu laksana bintang pada dinihari.

“Tak apam kenduri abang nanti, Mee nak datang,” kata Mee Ling.

“Bagus, datanglah,”kataku.

Kira-kira sebulan perkahwinan aku akan berlangsung,Mee Ling telah menghadiahkan wang lima ratus ringgi kepadaku dan lebih dua puluh ela kain unhtuk sampul tilam, lebhih lapan biji abantal, lansir dan jendela.

“...susah-susah aje mee Ling, ...banyak benar kain ni, ..han duit punh banyak,”kata ibuku sebaik sahaja Mee Ling menyerahkan dua bungiusan kain bersama wang kepadaku.

“Tak apa, mak long, ... untuk abang amin,” sambut Mee Ling.

“Ialah, kalau Mee Ling dah kata begitu, mak long tak dapat kata apa lagi,”kata ibukiu sambil senyum.

“Terima kasih, mak long,”kata Mee Ling.

Pada waktu Mee Linhg akan pulang, ibuku telah berpesan kepada gadis itu, supaya dia mengajak ibu dan bapanya datang pada hari khenduri nanti.

Iansya Allah, mak long,” sahut Mee Ling.

Ibukiu terpegun sejenak kerana Mee Ling mengucap nama Tuhan. Hati ibuku tertanya-tanya, “ ... dah masuk Islamke budak Mee Ling ni.”

Assalamu alaikum, mak long,” Mee Ling mengucap kepada ibuku pada waktu berpamit.

Hati ibuku serabut laksana pukat-pukat nelayan yang kusut. Pertanyaannya tentang Mee Ling tiada jawapan.

Pada hari khenduri menyambut aku dan isteriku di rumah ibuku, Mee Ling tidak datang. Ibu dan bapanya tidak datang. Pada sebelah petangnya aku telah pergi ke Pekan simpang tiga. Aku telah mencari Mee Ling di kedai dan di rumahnya.Jirannya memberitahu, keluarga itu telah pergi melancong ke negeri Cina.

Kerana kami tinggal berjkauhan, kmi tidak pernah bertemu lagi.

Lebih kurang tiga bulan kemudian dari hari ibuku dan Sakinah telah membeli kain di kedai Mee Ling, aku gtelah pualang ke kampungku. Ibuku telah bercerita tentang Mee Ling.

“Dia ingamu lagi, Lamin,” kata ibuku.

“Dan tua agaknya dia, emak?” Aku bertanya.

“ ... tak namapak macam tua, ... oran g tak pernah kahwin mana nampak tua,”jawab ibuku.

Aku diam.

“Mengapa?” Ibuku bertanya.

“Tak apa ..., tanaya aje?” jawabku.

“Jangan merepek, Mahsuri dah ada,” ibuku melarang.

Aku merenung wajah ibuku. Sesal benar hatiku kerana tidak menerima Mee Ling menjadi adik angkatku.

“... pergila jumpa dia, kasihan dia,”kata ibuku.

Pada sebelah petang itu, aku teloah pergi ke Pekan sijmpanjg Tiga untuk menemui Mee Ling. Hajat yang aku gonggong, aku akan menjempu Mee Ling ke rumah ibuku. Mee Ling akan akau perkenalkan kepada isteriku. Dia akan jadi adik angkatku.

Aku telah tiba di hadapan kedai kain dan pakain Mee Ling.Kedai itu tertutup rapat. Usang. Muram. Seorasng lelaki Cina di kedai sebelah kedai Mee Ling memberitahu, “ ...itu Mee Ling sudah pindah.”

“Pindah, ... ke mana?” Aku bertanya.

“ ...wa tata tau mana dia pigi,”jawabnya.

Dari hadapan kedai Mee Ling itu, aku menyusur atas kaki lima, singgah di kedai makanan mamak Malabari, Syed Dali. Kedaiaa itu selang lima buah kedai dengan kedai Mee Ling.Aku telah mendapat tahu dari Syed Dali, Mee Ling telah berpindah beberapa bulan lalu.

“...ada orang cakap pergi Sabah,” kata Syed Dali.

“Ooo, begitu,” kataku.

“Dia baik punaya orang, ... lima ekar dia punya tanah, kebun getah, dia wakaf samasini punya masjid,”jelas Sayed Dali.

Al hamdulillah,” hatiku bermadah syukur kepada Tuhan.

Aku merenung wajah Syed Dali.

“ ...kita orang islam tak dak itumacam punya harta mau wakaf masjid, ...tapi dia mualaf ada wakaf ,” katsa Syed Dali.

“Ia, ...apa, dia dah masuk Islamke?” Aku bertanya.

“ Ia, sudah,” jawab Syed Dali.

Aku merenung wajah Syed Dali. Lelaki Injdia itu berasal dari Karalla. Pada tahun 1954, dia kuli di sebuah kedai makanan orang India jual nsi kandar, di Simpang Enam,Pulau Pinang.

“Dulu, dia banyak baik sama encik,” kata Syed Dali.

Aku senyum.

Mamak berbulu dada itu senyum.

Air kopi hitam dalam cawang kuhirup hingga kering. Kurasa dunia ini kosong. Kalimatg-kalimat syukur kepada Tuhan benak dalam lubuk hatiku.

“Mee Ling, dah kau tunaikan hajatmu dulu?” Hatiku bertanya.

Pada detik-detik aku di kedai Syed Dali itu, wajah dan suara Mee Ling terakam dalam mindaku.

(habis)

No comments: