Thursday, October 16, 2008
ALLAH NILAI BAKTIMU
(Untuk Abdullah Ahmad Badawi)
"Jika mereka mahu ingat saya,
mereka akan ingat saya,
jika mereka tidak ingat,
mereka tidak ingat saya,"
madahmu, madah ahli sufi.
Pemimpin hampa jujurnya,
harapkan rakyat ingat dan kenang,
kerana amalannya tidak kerana Allah,
niat bercanggah dengan amalannya,
berhati Firaun berotak Qarun.
Firman Maha Kudus,
Apabila kau punya waktu,
kerja keraslah,
kepada Tuhan kau hadapkan pengharapan,
bukankah Tuhan itu paling bijak sana dari segala hakim?
Tuhan menilai baktimu'
'Dan siapa mengerjakan perbuatan baik,
(walau) sebesar debu(atom) dilihatnya.
Kau manusia memimpin manusia,
payah senang otak perjuanganmu,
sejak dulu kau mju ke hdapanan,
dengan tawakal dan kenal manusia.
Ingatkah,
dalam buku biorafimu,
Pejuang kemanusiaan sejagat,
kurakamkan madah ini;
"Manusia yang percayakan diri sendiri,
beriman kepada Allah,
dapat memimpin masyarakat manusia,
kerana dalam masyaraka haiwan tiada manusia,
dalam masyarakat manusia ada haiwan,"
Kerana cendakiamu,
kaufaham sejarah insan,
Adam, musuhnya iblis,
Firaun musuh Musa,
Yusuf terbenam dalam perigi,
kerana saudara kandungnya,
Muhammad ramai pengikutnya,
Abdullah ibnu Ubai dan insan munafik,
memusuhinya.
Kujangka sejak dulu,
kau disanjung orang jujur,
dibenci manusia berhati Abu Lahab,
di kelilingmu ramai musuh manis muka,
mengaku setia berhati munafik -hipokrit.
Mereka bukan pejuang'
hanya tukang laung bagaikan riang-riang,
kepadamu mereka harapkan,
"saratkan katung kami,
penuhkan gedung kami dengan emas dan wang."
Maksud mereka kauhampakan,
lalu mereka membencimu,
bagaikan glongan mmunafik bencikan nabi,
Sama ada dipaksa atau suka hati,
Mac ini dengan hati mulia,
pergimu dengan langkah orang berbudi.
Jangan dikesal ragam kawan,
Allah menilai dirimu,
datukmu Abdullah Fahim,
bapamu Ahmad Badawi,
jasa mereka besar,
pejuang kemerdekaan bumi ini,
terakam dalam sejarah'
terukir di langit zaman.
Aku bersama kawan-kawan,
air matas membanjiri pipi,
suara tersankut pada halkum,
madah kami mada murni,
"Kau pejuang berbudi,
pemimpin dan sahabat kami.'
Bukit Tinggi Mokhtar Petah
"Jika mereka mahu ingat saya,
mereka akan ingat saya,
jika mereka tidak ingat,
mereka tidak ingat saya,"
madahmu, madah ahli sufi.
Pemimpin hampa jujurnya,
harapkan rakyat ingat dan kenang,
kerana amalannya tidak kerana Allah,
niat bercanggah dengan amalannya,
berhati Firaun berotak Qarun.
Firman Maha Kudus,
Apabila kau punya waktu,
kerja keraslah,
kepada Tuhan kau hadapkan pengharapan,
bukankah Tuhan itu paling bijak sana dari segala hakim?
Tuhan menilai baktimu'
'Dan siapa mengerjakan perbuatan baik,
(walau) sebesar debu(atom) dilihatnya.
Kau manusia memimpin manusia,
payah senang otak perjuanganmu,
sejak dulu kau mju ke hdapanan,
dengan tawakal dan kenal manusia.
Ingatkah,
dalam buku biorafimu,
Pejuang kemanusiaan sejagat,
kurakamkan madah ini;
"Manusia yang percayakan diri sendiri,
beriman kepada Allah,
dapat memimpin masyarakat manusia,
kerana dalam masyaraka haiwan tiada manusia,
dalam masyarakat manusia ada haiwan,"
Kerana cendakiamu,
kaufaham sejarah insan,
Adam, musuhnya iblis,
Firaun musuh Musa,
Yusuf terbenam dalam perigi,
kerana saudara kandungnya,
Muhammad ramai pengikutnya,
Abdullah ibnu Ubai dan insan munafik,
memusuhinya.
Kujangka sejak dulu,
kau disanjung orang jujur,
dibenci manusia berhati Abu Lahab,
di kelilingmu ramai musuh manis muka,
mengaku setia berhati munafik -hipokrit.
Mereka bukan pejuang'
hanya tukang laung bagaikan riang-riang,
kepadamu mereka harapkan,
"saratkan katung kami,
penuhkan gedung kami dengan emas dan wang."
Maksud mereka kauhampakan,
lalu mereka membencimu,
bagaikan glongan mmunafik bencikan nabi,
Sama ada dipaksa atau suka hati,
Mac ini dengan hati mulia,
pergimu dengan langkah orang berbudi.
Jangan dikesal ragam kawan,
Allah menilai dirimu,
datukmu Abdullah Fahim,
bapamu Ahmad Badawi,
jasa mereka besar,
pejuang kemerdekaan bumi ini,
terakam dalam sejarah'
terukir di langit zaman.
Aku bersama kawan-kawan,
air matas membanjiri pipi,
suara tersankut pada halkum,
madah kami mada murni,
"Kau pejuang berbudi,
pemimpin dan sahabat kami.'
Bukit Tinggi Mokhtar Petah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment