Monday, October 20, 2008

DR. MAHATHIR TUTUP MULUT

PENEYBAH PAK LAH JATUH

Oleh:Mokhtar Petah

Sebilangan veteran UMNO dan menteri kabinet menasihat bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya menutup mulut, tidak merepek sepanjang jalan, jika beliau benar-benar jujur kepada UMNO dan mengelak orang Melayu berpecah belah.
Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menyangkal dakwaan bekas Menteri di Jabatn Perdana Menteri, Datuk Zahid Ibrahim bahawa kejatuhan Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi angkara beliau sendir.
Di lobi Parlimen hari ini, beberapa orang veteran UMNO, menteri dan ahli Dewan Rakyat, menyatakan tidak percaya dengan sangkalan Dr.Mahathir itu dan mereka menyifatkan bekas Perdana Menteri itujadualnya sendiri untuk memecah belahkan UMNO.
"Kami hairan, mengapa Dr. Mahathir menyangkal, sedangkan kami tahu, dialah yang bertanggungjawab menjatuhkan Abdullah Ahmad Badawi,"kat seorang menteri yang engan mendedahkan namanya.
"Semenjak Pak Lah mengumumkan, dia dan kabinet telah membatalkan projek jambatn bengkok Johor Bharu - Singapura, dia telah mencerca dan merendak-rendahkan diri Pak Lam dalam ucapan-ucapany di beberapa universiti dan khalayak," kata seorang menteri kabinet yang tidak mahu namanya didedahkan.
"Dr. Mahathir yang melaungkan ke sana kemari kononnya Pak Lah tak bijak dan , macam-macam lagi," katanya.

"Dr.Mahathir telah gunakan Najib dan Muhyiddin untuk merendah-rendahkan kebolehan Pak Lah, sepatutnya dia berdiri sebagai orang yang memberi nasihat, bukan mengecam, " katanya lagi.
Beberapa veteran UMNO meminta Dr. Mahathir Mohamad tutup mulut, kalau dia benar-benar jujur sayangkan UMNO dan tidak mahu Melayu bepecah belah.
"Dr. Mahahir tak ada hak nasihat ahli-ahli UMNO kerana dia tidak menjadi ahli
parti Melayu itu, suaranya hanya memecah belahkn UMNO," tambahnya.
Menurut veteran UMNO itu, Dr. Mahathir berkeadaan sama dengan seorang 'kacau daun' dalam krajaan Melaka pada zaman silam, iaitu Mudaliar yang berasal dari India.
Menurutnya, Dr. Mahathir Mohamad ada jadualnya sendiri, mungkin mahu anak lelakinya menjadi tokoh UMNO yang ulung dan beberapa tahunb kemudian akan menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Pendpat umum yang dapat dikumpula, Dr. Mahathir Mohamad dianggap bermain mata dengan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kalau Najib Tun Razak menjadai Perdana Menteri dan Muhyiddin timbalannya, peluang anak lelaki Dr. Mahathir Mohamad, Mukhriz akan ada peluang naik ke atas menjadi meneri kabinet.
Mereka mengganggap, tindak tanduk Dr. Mahathir Mohamad hingga Abdullah Badawi terpaksa meninggalkan jawatannya sebsagia pemimpin negara adah menjatuhkan nama baik UMNO dan memecah belahkan orang Melayu.


No comments: