Monday, October 27, 2008

BERITA

KUMPULAN PEMIKIR

Putrajaya - Cadangan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad agar kerajaan menubuhkan kumpulan pemikir dan pemantau untuk mencari jalan bagi mencari kaedah menyelamatkan negara, telah disambut berbelah bahagi oleh kalangan pemerhati dan penulis politik di negara ini.
Mereka menyifatkan cadangan itu baik, tetapi dikhuatikan kumpulan pemikir akan menjadi pengkhianat kepada pemimpin negara kerana pemikir itu manusia dan manusia ada kepentingan peribdi masing-masing.
"Pada masa Dr. Mahathir Mohamad berkuasa tak ada kumpulan pemikir atau pemantau, tetapi mengapa orang lain memerintah beliau menguluarkan cadangan begitu?" penulis politik, Noor Iskandar bertanya.
"Apakah Dr. Mahathir fikir pada masa dia memerintah, dia sahaja yang bijak, tak payah ada kumpulan pemikir, tetapi orang lain memerinta dia cadang adakan kumpulan itu, adakah dia fikir orang lain tak pandai dan bijak memimpin dan memerintah?" tanya penulis itu lagi,
Pemerhati politik, Azmi Shamsuddin menyifatkan cadangan Dr. Mahathir Mohamad itu ada jadualnya tersendiri, iaitu jika Datuk Najib Tun Razak memegang jawatan Perdana Menteri dan anaknya, Mukhriz ketua pemuda, tentu menjadi menteri, mungkin beliau menjadi ketua kumpula pemikir dan pemanatau itu nanti.
"Kita tahu, Dr. Mahathir tidak puas dengan pangkat dan wang, bila dia meninggalkan jawatan Perdana Menteri, dia tak letak jawatan di Paronas dan Yayasan kepimpinan Perdana, sedangkan dia tidak menjadi ahli UMNO lagi,"kata Azmi Shamsuddin.
Menurutnya, Dr. Mahathir Mohamad mungkin akan tidak terus berleter setelah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan, Najib Tun Razak Perdana Menteri dan anaknya menjadi menteri dalam kabinet Najib nanti.
Pemerahati Politik, Ayob Zulkifli dari Ipoh berkata, kerajaan tadak perlu kumpulan pemikir dan pemantau kerana kerajaan sendiri ada ramai penasihat.
"Saya khuatir kumpulan pemikir akan menjadi kumpulan pendesak dan pemaksa ke atas Perdana Menteri,aeperti golongan Yahudi Amerika terhadap para pemimpin negara itu,"katanya.
"Kerana pemikir-pemikir itu orang politik dan ekonomi, mereka ada nafsu, mereka akan menjadi pendesak mendapatkan projek-projek mega kerajaan, bila kerajaan tidak beri, orang-orang kumpulan itu jadi musuh pemimpin pula,"katanya lagi.
" ...lagi pula,k saya nampak cadangan Dr. Mahathir itu seperti dia sendiri sedang melangkah merapatkan diri dengan Najib tun Razak dan sekurang-kurangnya di menjadi Lee Kwan Yew Melayu kepada Najib,"tambah Ayob Zulkifli.
Beliau mengingatkan,sejak Abdullah Ahmad Badawi ramai orang brbaiki-baik denganya, kebanyakan mereka mencari peluang mendapatkan projek mega kerajaan, bila mereka tidak dapat yang mereka ahajati, maka Abdullah diburuk-buruk, dikutuk dan hingga dijatuhkan.
Beberapa orang pemerhati politik di sini dan Kuala Kumpur,menolak cadangan Dr. Mahathir Mohamad dan meminta kerajaan mengemaskinikan kedudukan para penasihat kerajaan dalam semua bidang yang telah sedia ada.
Mereka berharap pemimpin kerajaan tidak menajdi orang memikul biwak hidup, faedaha tidak dapat, kulit dan daging belakang luka dan koyak rabak.

No comments: