Monday, October 27, 2008

Cerpen

TETAMU DARI MAHSYAR

Oleh: Mokhtar Petah

Sebuah pusara usang di tepi tasik tua. Tasik Perang Besar. Air tasik itu tenang.
Di permukaannya terdapat banyak kiambang. Kiambang – kiambang itu bertaut bersama jenisnya. Tidak kelihatan perahu dan rakit merapatkan perut masing-kasing pada perut tasik itu.
Dari lubang pusara usang itu, Awang Besar terlontar keluar dari alam ghaib - alam mahsyar.Tubuhnya telanjang bulat. Ganjil; pada tubuhnya tidak ada dubur dan tidak ada bahagian depannya.Tubuhnya seperti tembikar mangkuk tandas. Putih.Licin berkilat.
Awang Besar tersandar pada batu besar dalam kawasan pusara tua itu. Dua biji matanya merenung ke langit biru.Dulunya langit itu bernama kangit Mekayu memayungi bumi Melayu juga.
Dua ratus tahun lalu, Awang Besar seorang hartawan yang soleh.Dia ada dusun buah-buahan yang luas di sekitar perdusunan yang berhampiran dengan kawasan Perang Besar. Dia orang Melayu yang sering menyertai kongres Melayu, seminar Melayu dan pertemuan Melayu untuk menyatu-padukan Melayu.
Banyak wangnya didermakan kepada badan-badan Melayu yang mengadakan kongres, seminar dan perhimpunan. Dia mahu Melayu terus kekal bersatu. Melayu terus bernafas Melayu atas bumi Melayu. Bawah bumi Melayu.Melayu yang kukuh memegang agamaIslam dengan akidah dan iman yang kukuh bagaikan Gunung Tahan.Laksana Banjaran Titiwangsa.
Allah sayangkan orang-orang yang soleh. Allah cintakan insan yang banyak bersedekah untuk manusia, agama dan alam ciptaan-Nya.
Dua ratus tahun lalu. Terlalu panjang masanya. Tahun itu 2009. Pada bulan Mac tahun itu, sebaik-baik lepas sembahyang Subuh Awang Besar membawa sebilah candung waja dan menggalas sebuah bakul. Dia berjalan di bawah pohon-pohon duriannya yang sedang berbuah. Masak. Harum baunya.Sentiasa gugur ke bumi menghantar nikat Allah kepada manusia, haiwan dan unggas.
Mulut Awang Besar sentisa kumat kamit mewirid nama Allah Maha Asa. Wirid salawat kepada Nabi Muhammad. Dia tidak pernah melupakan Allah.Kerana pekerjaannya yang kalut saban hari, ibadatnya kepada Allah, dia sering terlupakan dua isterinya, Maisarah dan Wan Zaitun.
Awang Besar sering berdoa kepada Allah; hendaknya dia akan meninggal dunia dalam perang jihat seperti madah Maha Suci Allah - dengan harta dan nyawa kamu pada jalan Allah - menentang musuh Islam. Dia hanya memohon seperti insan lain jua, tetapi Allah yang Maha Kuasa untuk menunaikan doa hamba-hamba-Nya.
Pada Subuh itu, subiji durian masak, sebesar hulu Colin Powel atau kepala Stalin, telah gugur dari dahan paling atas pokok durian tembaga. Durian kahwin D 28. Buah durian itu seperti mengiringi malaikat maut. Pada ketika buah durian itu dengan dedurinya yang besar dan tajam menghempap kepala Awang Besar, dia sempat mengucap dua kalimah syahadah. Allah telah mengambil kembali ruh-Nya yang suci dari tubuh Awang Besar. Dia mati syahid. Syahid kecil sahaja.
Tubuh Awang Besar masih tersandar pada batu besar, di tepi tasik itu.Dua biji matanya memandang ke arah seberang tasik. Di sana kelihatan bangunan baru dan di atasnya ada lambang manusia menentang Allah.Lebih dua ratus tahun lalu, dalam sebuah bangunan di tepi tasik itu, dia sering bertemu dan berbicara mengenai nasib orang Melayu dengan rakan-rakannya, Syamsul, Azmi, Isa, Dolah, Wahab dan Masdor.
“Raman, Razak, Hussein, Che det, Dolah, Najib, Mukriz ..., Jalil, Pidah, Maimun dan Andak...,”dia melaung lagi.
Suara Awang Besar tenggelam dalam awan Perang Besar, seperti nama Perang Besar tenggelam dalam Jayaputra yang dibina dengan teknologi dan sains yang dikurniakan Allah kepada manusia - manusia di dunia ini.
Awang Besar bangun dari sisi batu besar itu. Dia berjalan arah ke kiri. Dua biji matanya dicampakkan jauh ke kirinya.Di sana,lebih dua ratus tahun lalu ada sebuah masjid besar.Masjid Besar itu tempat perdana menteri dan menteri-meneteri Melayu sering sembahyang di dalamnya.Sembahyang fardu. Sunat. Segala macam sunat.
Air mata Awang Besar mengalir. Hatinya dimamah duka.Hampa. Dia merenung di puncak masjid tua itu. di puncak menaranya berkebar panji merah berlambangkan sawit dan tungkul besi.
"Aaa, tu benera Karl Mark, Lenen,Stalin, Mao ..., orang-orang..., tak aku ada tuhan," bisik Awang Besar.
“Mana Dolah, Samsul, Azmi, Isa?” hati Awang Besar bertanya.
Awang Besar merenung lengannya berkulit licin. Direnung ke celah kangkangnya yang berkeadaan seperti cabang kayu besar itu. Dia senyum semdirian. Senyuman orang Islam. Senyuman Melayu yang baru dicampakkan dari mahsyar.
Hati Awang Besar tertanya-tanya; di mana anak-anaknya, Junus, Sudin, Jamil, Razak, Zahid, Razali, Peah dan Taib. Isterinya entah di mana. Dua ratus tahun yang silam mereka telah ditinggalkan di dunia Melayu.
Sambil mendaki sebuah bukit di pinggir tasik Perang Besar, Awang Besar terkenang kepada masa lebih dua ratus tahun lalu, bangsanya - Melayu - ,telah bercakaran sesama mereka. Mereka berpecah belah.Mereka berkeadaan seperti burung- burung ereng tepi laut berebut bangkai ikan paus atau ikan lomba.
“ Dolah, Osman, sudin ...!” Suara Awang besar menerjah ruang angkasa Perang Besar, memanggil rakan-rakannya.
Dia sedar, rakan-rakannya telah berada di alan gaib. Alam Allah. Mahsyar. Lebi dua ratus tahu lalu mereka ditinggalkan. Mereka berkejar ke h ulu dan ke hiliar.Ke barat dan ke baruh. Masing mempertahankan Melayu. Pertahankan kebendaan untuk Melayu.
Awang Besar teringat kepada beberapa orang rakannya dengan takbur menolak hukum Allah. Mereka menganggap hukum Allah kuno.Tidak sesuai digunakan untuk insan moden. Insan mahir teknologi. Insan politik asobiah.
Lebih dua ratus tiga puluh tahun lalu, Awang Besar pernah melaung kepada rakan-rakannya.Kepada semua orang Melayu.
“Kalau tak mau Melayu hilang, ghaib, lebuh dari muka bumi pusaka ibu bapa kita ni, peganglah kepada Quran, amalkan peraturan Islam, Undang-undang Islam.”
“ Oi, kawan-kawan,percayalah kataku, kalau tolak Islam, tolak Quran,lmbat laun Melayu akan ghaib ..., hilang dari bumi pusaka Melayu ni,” laung Awang Besar.
Kawan-kawannya menyahut, “ Hoi, awang ...,kamu bodoh, zaman moden ni orang tak pakai Islam, tak guna Quran ..., orang guna sains, teknologi ...,
Melayu akan terus kuat dengan sains, teknologi.”
Awang Besar menghampiri pintu Masjid tua.Di hadapan masjid itu ramai orang sedang berhimpun. Mereka sedang merayakan hari kemenangan mereka menakluk bumi Melayu. Mereka berjaya menindas dan menghalau orang Melayu.
Di bawah naungan pohon besar, Awang besar mendengar orang-orang hidung panjang, mata besar, hidup pelepah kelapa bermata sepet sdang berhimpun dan menyanyikan lagu:
Bukan salah kita,
kita tidak salah,
kita menang,menang.

Melayu hilang di dunia,
Salah Melayu sendiri,
Tidak bersatu,
Jadi hamba.

Pemimpin rasuah.
Cakap besar di mana-mana,
Laksanakannya tiada.
Melayu telah mati,
Dalam bumi,
Kami miliki bumi ini,
Bumi kami.
Bumi anak cucu kita.
Awang Besar melihat ke sekeliling. Tidak ada Melayu. Di tepi tasik Perang Besar itu tiak ada Melayu. Dia menangis.Seluruh dirinya didera duka.Lara.Melayu telah hilang dari dunia ini.
Dalam keadaan sedih. Lara. Awang Besar tetamu dri mahsyar itu memohon dirinya dicampakkan kembali ke sana. Di sana mungkin ada Melayu yang tidak bergelar Melayu lagi. Pada ketika Awang besar melafazkan, “Hurrun ain, ka amthalil lu’lu’l maknun, jaza am bima kanu ya’malun,” tubuhnya terhumban kembali ke mahasyar. Kepadanya mereka kemanbli kali terakhir.
(Habis)

No comments: