Thursday, October 23, 2008

RAS ADIBA RADI

NAMANYA BERSINAR DI LANGIT ZAMAN
Oleh: Mokhtar Petah

Ras,
Dulu, suaramu lunak merdu di ruang angkasa,
kalimat-kalimat dari celah dua ulas bibirmu,
sajak, warta dan apa jua buah pena,
mengheningkan lara jejaka,
siapa sahaja yang meniti ke hujung usia.

Apabila ssya membaca artikel tentang wanita ternama, Ras Adiba Radzi, tulisan Atiqah Yaacob dan Kemalia Othman, dalam 'Harian Sinar', Ahad 19 Oktober 2008, saya lantas teringat kepada masa lebih lima tahun lalu,pertama kali saya dibelanja makan dan minum oleh seorang gadis yang baru saya kenal.
Gadis itu, ialah Ras Adiba Radzi yang sedang berada dikemuncak kegemilangannya sebgia wartawan wanita dalam TV3.Wartawan yang lincah. Suaranya menjulang awan dan menguak angkasa.Saya tidak ingat; mengapa kami bertemu dalam coffee house, di sebuah hotel terkemuka, dalam Badaraya Kuala Lumpur.
Pada pertemuan itu, saya tekenangkan kepada anak perempuan saya, Ani Rafida, jika dia tidak meninggal dunia, mungkin dia sebaya dengan Ras Adiba Razi. Mungkiin dia juga seorang wartawan yang mngikut jejak saya.
Pada pertemuan yang bernoktah dengan Ras Adiba Radzi itu, pada ketika dia meninggalkan saya dalam coffee hiuse itu, hati saya bermadah, " ...dia macam anak saya atau seorang gadis yang dilahirkan oleh ibu saya." Demikian saya rasakan dia seperti adik atau anak saya.
Semenjak pertemuan itu, kami tidak pernah bertemu lagi.Ras Adiba Radzi laksana beburung terbang di angkasa - kepaknya mendampar alam dan suaranya mempesonakan maya dan segala isinya yang bersifah Adam datuk kita.
Tidak lama kemudian, dua terowong telinga saya disumbat oleh cerita baik, bahawa Ras Adiba Radzi telah mendirikan rumah tangga dengan seorang jejaka dari seberang, tetapi dalam wilayah Malaysia jua.
Apabila buku karangan saya ' Perjuangan Yang Belum Selesai;Dr.Mahathir Menangis Demi Bangsanya,diterbitkan oleh Simponi Gemilang, pada tahun 1999,Ras Adiba Radzi bekerja dalam syarikat tersebut sebagai pegawai seranta.
Pada malam pelancaran buku tersebut, oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar,Datuk Anuar Musa, di sebuah hotel terkemuka, di Kuala Lumpur, Ras Adiba Radzi telah membaca sajak panjang bersipat dimbolik tentang Dr. Mahathir dalam majlis yang dihadiri oleh lebih 1,000 orang yang kebanyakannya insan di perladangan di seluruh negara, di bawah kementerian berkenaan.
Dua wartawan 'Harian sinar';Atiqah Yaacob dan Kemalkia Othman menulis:
'Pada tahun 2002, negara digemparkan dengan kejadian
yang menimpa pengacara dan penyampai berita TV3, Ras
Adiba,40, sehingga menyebabkan beliau lumpuh separuh
badan pada 2002.
Dpktopr yang merawatnya memberitahu, kerosakan saraf
yang dialaminya telah menyebabkan dia lumpuh dari paras
pinggang ke bawah.
Justeru itu, Ras dinasihatkan supaya menjalani pembeda-
han di Australia bagi menentukan sama ada dia berupaya
untuk kembali berjalan seperti biasa atau terpaksa me-
nerita hakikat lumpuh sepanjang hayat.'
'Mendekati Ras jelasa membuktikan wanita ini sungguh
kuat semangatnya walaupun beliau bukan lagi individu
normal yang kita pernah kenal suatu masa dahulu.'
Kali terakhir saya bertemu Ras Adibah Radzi dalam ruang duka di kediaman Perdana,Datuk Seri Abdullah Ahamid,pada hari jenazah ibu pertamna,Datin Seri Hindon Mahmood sedang diziarah oleh beribu manusia lelaki dan perempuan yang duka lara.
"Apa khabr,Ras?" saya bertanya sambil menjabat tangan lembutnya.
"baik,"jawabnya.Senyum.
Tubuh - tubuh seorang perempuan muda dalam pelukan kereta rodanya.Saya perkenalkan Ras Adiba Radzi kepada isteri saya,Sitti Haishah Abdul Rahman,seorang karyawan di Kementerian Pelajaran Malaysia. Mereka berjabat tangan. Senyum mesra.
Semenjak pertemuan itu, kami tidak pernah bertemu lagi. Saya hanya membaca berita dari media yang Ras Adiba Radzi telah bekerja sebagai PR dalam sebuah rangkaian gedung membeli belah, di Subang Jaya.
"Saya menerimanya (kerja sebagai PR) kerana minat.
Malah, ia kerjaya yang masih lagi memberi peluang
kepada saya mendekatkan diri dengan masyarakat.
Atas pengalaman saya yang lepas sebasgai wartawan,
kini lebih menyenangkan saya dalam mengendalikan
tugas kepada'PR' di Carrefour. Saya senang dengan
kerja sekarang," ucapa Ras Adiba Radzi kepada dua
war- tawan 'Harian sinar'.
Bagi saya,Ras Adiba Radzi adalah seorang perempuan Melayu yang gigih, berani dan percayakan dirinya sendiri.Dalam dunia yang penuh kekeliruan dan gelemor ini suka mencari perempuan macam 'dia' dalam seribu perempuan moden.
Sesiapa dari kaum Hawa yaang ingin menceburkan diri dalam dunia kewartawanan dan mnenjadikan diri wartawan yang baik, tirulah Ras Adiba. Mana-mana gadis yang ingin menjadi 'juruhebah' atau jurubicara maya, ikutilah jejak dia.Dan beklajarlah dari dia untuk mengenali diri sendiri, 'adakah aku ini perempuan'.
(Habis)

2 comments:

TPT said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Pak Mokhtar,

Terimakasih kerana sudi menulis begitu tinggi mengenai diri saya.
Saya begitu terharu sekali kerana Bapak masih mengingati diri saya.

Saya doakan bapak bahagia serta sihat sejahtera.Semoga Allah melindungi Bapak pada setiap waktu dan ketika.

Ikhlas,
Ras Adiba Radzi
rasadiba@yahoo.com