pada masa Baginda masih berjawatan Ketua Hakim Negara.
Kami memindahkan dari buku 'Kerajaan Mansuh Kekebalan
Raja Melayu', oleh: Mokhtar Petah yang terbitpada Januari
1993. Artikel ini mungkin boleh menjadi pengetahuan bagi
mereka yang sedang berjuang untuk mempertahanan kedaulatan
Raja dan bangsa Melayu - Editor.]
Pada zaman silam, takhta merupakan suatu institusi satu dalam semua. Raja memerintah memainkan peranan sebagai pencipta dan pembuat undang-undang. Dengan perkataan lain, Raja yang bertakhta adalah sebuah 'Parlimen' yang membuat dan meminda undang-undang itu akan diwujudkan tanpa memikirkan sama ada suatu perkara itu baik atau buruk.Umpamanya, Fasal yang pertama Undang-undang melaka mengenakan hukuman bunuh ke atas sesiapa yang memakai pakaian warna kuning.
Fasal itu berbunyi: 'Fasal yang pertama ada menyatakan adat majlis segala Raja-raja dan larangan Raja-raja itu jika dipakai oleh segala rakyat itu.'
Ketahui olehmu bahawa tiada harus dipakai oleh rakyat itu seperti kekuningan dan kepada segala orang besar-besar sekalipun, jikalau tiada dengan kurnia Raja-raja maka dibunuh hukumnya. Demikian lagi tiada dapat memakai kain yang nipis berbayanhg-bayang seperti kasa dan sebagainya pada balai Raja-Raja atau negeri Raja-raja itu, melainkan dengan titah Raja dan kurnia, atau di luar boleh dipakai. Jikalau lain daripada itu nescaya dicarikan atau ditolakkan keluar hukumannya.
Takhta juga menjadikan pemerintah atas kerajaan. Raja mempunyai kata pemutus mengenai sesuatu perkara. Baginda kadang kala mewakilkan kuasa itu kepada Mamanda Menteri atau Bendahara dan kadang kala menjalankan tugas pemerintahan itu oleh Baginda sendiri. Di sinilah timbulnya istilah kerajaan yang berasal dari konsep 'Raja yang bekerja'.
Takhta juga menjalankan peranan sebagai badan pengadilan, tempat tiap-tiap kes itu dijalankan di hdapan Raja di dalam istana, danRajalah yang menjdi hakim dan memberi kata putus.
Sejaarah Melayu telah menunjukkan bahawa Hang Tuah telah dihukum bunuh oleh Sultan Melaka atas sifat Baginda sebagai hakim. Kemudian Baginda menyesal di atas hukuman itu. Tetapi, nasib baik Hang Tuah tidak dibunuh, tetapi hanya disembunyikan oleh Bendahara.
Oleh kerana ketiga-tiga tugas yang amat berat itu tidak dapat dilaksanakan secara berkesan oleh seorang Raja, maka tugas itu telah diserahkan dan diwakilkan kepada orang lain untuk menjalankannya.
Dalam kontek moden, ketiga-tiga tugas itu dijalankan oleh Parlimen sebagai badan pembuat undang-undang, pemerintah atau kerajaan sebagai badan yang melaksanakan undang-undang dan badan kehakiman sebagai badan pengadilan.
Di negara kita, takhta masih kekal sebagai suatu simbol lambang perpaduan, sebagai puncak dan tunggak keadilan, sebagai tempat memohon kasih belas dan pengampunan, dan sebgai gedung pengurniaan bintang-bintang kehormatan.
Sejarah telah menunjukkan, bahawa di setengah-setengah negara, takhta telah dialihkan dari istana dan ditempatkan di muzium untuk dijadikan bahan sejarah budaya. Pada awal abad kesembilan belas, ada lebih dari 900 buah takhta dalam dunia ini, tetapi bilangan ini telah turun satu demi satu - kepada 240 buah dalam abad kedua puluhan, dan pada hari ini - pada dekat kelapan abad dua puluh - hanya terdapat sebanyak 40 buah takhta sahaja.
Takhta Merak Kayangan di Iran telah dialih dari istana ke muzium sejarah kerana rakyat Iran tidak lagi memberi kepercayaandan taat setia kepda takhta, kononnya takhta Merak Pahlavi telah melebihi kuasa yang ada padanya.
Sejarah telah menunjukkan bahawa takhta yang dialihkan dari istana ke muzium sejarah adalah hasil daripada salah nasihat yang diberi oleh penasihat-penasihat istana yang tidak bertangggungjawab kepada rakyat.Sebenarnya, penasihat-penasihat ini terdiri dripada mereka yang mencari keuntungan jangka pendek bagi kepentingan rakyat dan negara. Apabila keadaan ini berlaku, lambat laun rakyat akan memberontak dan takhta akan tergugat.
Walau seberapa banyak ekalipun askar, polis rahsia atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga takhta, namun tidak satu pun akan dapat mengatasi kehendaka dan aspirasi rakyat jelata. Walau berapa banya peluru bedil atau peluru meriam sekalipun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat jelata itu dikambulkan Allah, maka berpindahlah takhta dari istana ke muzium seni dan budaya.
Sejarah juga telah menunjukkan, bahawa penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa telah dilakukan oleh penasihat-penasihat istana kononnya atas nama takhta. Mereka ini adalah tertdiri dsripada orang-orang yang cuba mengambil kesempatan untuk berteduh di bawah payung kuning dan naungan takhta, kononnya, kalaulah takhta itu kebal, maka mereka turut sama kebal.Malah bukan sahaja mereka menyalahgunakan kuasa, tetapi mereka sanggup melakukan jenayah kecil atau besar.
Ada sesetengah golongan manusia pula yang lebih takut kepada manusia daripada takut kepada Allah. Golongan-golongan ini adalah tertdiri daripada alim ulama yang tugasnya wajib memberi nasihat kepda takhta atau pensihat istana mengenai penyalahgunaan kuasa atau penyelewengan terhadap jalan Allah.Mereka mengetahui yang seseutu perkara tidak baik telah berlaku dalam istana, tetapi sengaja membisu batu (tutup pulu -mp), takut-takut mereka akan kehilangan jawatan, dipecat atau dimurka. Mereka ini lebih mementingkan jawatan dan gaji lumaian daripada menegakkan jalan (hukum) Allah.
Orang yang bertanggungjawab kepada Allah di Yaumil Mahsyar nanti ialah alim ulama yang tugasnya memberi nsihat kepada takhta dan istana, tetapi gagal menjalankan tugasnya dan gagal menjalankan tanggungjawabnya, semata-mata kerana gaji dan kedudukan.
Di Malaysia, di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri, hanya takhta sahaja yang kebal yang tidak boleh didakwa dalam apa jua kesalahan dalam mana-mana jua mahkamah.Yang lainnya, daripada Pertdana Menteri hinggalah kepada rakyat biasa - tiada seorang pun yang kebal.Taraf mereka adalah sama, dan mereka diberi perlindungan yang sama di bawah Perlembagaan. Sekiranya mereka melakukan kesalahan, maka mereka akan dihadapan ke mahkamah tanpa memilih bulu dan roma, tanpa memilih darah jenis apakah yang mengalir di dalam tubuhnya, tanpa mengenal menteri atau rakyat biasa.
Tetapi, walau bagaimanapun , walaupunh seberapa kebal sekalipun takhta, namun taskhta tidak boleh lari daripada hukuman Allah, hukuman yang ditetapkan ke atas seluruh umat manusia tanpa mengiras Raja atau rakyat.
Di Malaysia, takhta akan terus dikekalkan sebagai Perlembagaan tidak pinda. Dan Perlembagaan tidk akan dipinda selagi rakyat masih taat setia kepada Raja-raja selagi mereka dapat berteduh di bawah payung takhta.
Kalau takhta dapat memainkan peranan mengikut lunas-lunas Pelembagaan tanpa dipengaruhi oleh anasir-anasir luar Perlembagaan, maka selama itulah takhta akan terus kekal bukan sahaja di istana tetapi juga dalam hati dan sanubari setiap rakyat jelata.
Dalam Islam, takhta merupakan seorang khalifah yang mempunyai kewibawaan yang menjadi wakil Allah di atas muka bumi ini.Di Malaysia, tiap-tiap buah takhta adalah menjadi ketua agasma Islam, dan dalam khutbah Jumaat ditiap-tiap masjid di seluruh negara, berjuta-juta para jemaah membuka dua tapak tangan menadah ke langit, membaca doa memohon kepada Ilahi supaya takhta dikurniakan dengan taufik dan hidayah untuk terus kekal memimpin negara ke jalan yang diredai Allah. Doa ini akan terus dibaca selagi takhta masih dianggap sebagai khalifah.Baca doa kepada Ilahi ini akan dihentikan apabila takhta sudah menyeleweng dari jalan Allah.
Nabi Besar Muhammad s.a.w. sendiri, walaupun Baginda adalah seorang Nabi, seorang Rasul,seorang khalaifah Allah di muka bumi ini, seorang Raja dan seorang Pemerintah, namun Baginda tidak pernah menyeleweng daripada hukum Islam dan Baginda pernah bersabda, bahawa, sekiranya, Fatimah anakandanya yang dikasihi itu mencuri, maka tangannya akan dipotong sebagai balasan dari Allah. Begitulah tegasnya seorang Nabi, seorang Rasul, seorang Khalifah dan seorang Pemerintah.Sebagai hamba Allah,Baginda tidak pernah mengatasi kedaulatan undang-undang yang dicipta oleh tuhan, iaitu Al Quran.
Untuk menjadikan Malaysia sebsgai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, aman dan makmur, bahagia dan sentosa, maka tiap-tiap satu komponen di dalamnya mestilah memainkan peranannya masing-masing sejajar dengan kehendak negara, samalah seperti sebuah jentera yang berkehendakkan sinkroni antara stu sama lain. Jika sebuah skru yang kecil tidak berfungsi dalam sebuah jentera, maka jentera itu akan menjadi rosak.
Bagi Malaysia, apa yang diperluakan ialah peranan yang dimainkan oleh tiap-tiap satu komponen itu mestilah seiring sejalan dengan kehendak dan kepentingan negara. Parlimen dan Dewan Undangan Negeri dengan tugas membuat membuat dan meminda undang-undang, pemerintah melaksanakannya dan badan kehakiman dengan tugas pengadilan.
Di atas kemuncak ketiga-tiga badan iatulah terletaknya takhta yang menjadi simbol kebenaran, kecekapan dan keadilan. Apabila kukuh asas itu, maka terletaklah bangunan itu, bangunan yang dikenal sebagai Malaysia merdeka dan berdaulat. Di bawahnya pula terletaklah suatu asas, iaitu, masyarakat seluruhnya. Apabila kukuh asas itu, maka tegaklah bangunan itu, bangunan yang dikenali sebagai Malaysia merdeka dan berdaulat.
(habis)
No comments:
Post a Comment