Wednesday, October 15, 2008

IMAM MASJID

HAJI KHALID ISMAIL MENINGGA

Kepala Batas - Imam Masjid PajakSong, di sini, Ustaz Haji Khalid Ismai, 74, - rakan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi - , pada masa menuntut di sekolah menengah agama di sini, telah meninggal dunia, di rumahnya, pada awal pagi semalam.
Allahyarham penuntut Sekolah agama Daeratul Maariful Wataniah, di sini. Antara guru-gurunya, Allahyarham Datuk Haji Ahmad Badawi, Ustaz Haji Abndul Halim Al Hadi dan Ustaz Abdul Kadir Kamil (Pahang).
Pada masa mnuntut di sekolah tersebut, Ustaz Khalid bersahabat dengan Abdullah yang juga penuntut sekolah itu (bahagian petang).
Pada masa itu Abdullah sedang menuntut, di Sekolah tinggi, Bukit Mertajam.
Di antara rakan-rakan Allahyarham, Datuk Ahmad Subki Abdul Rauf, bekas Ahli Dewan Rakyat, di Pulau Pinang, Haji Ali bin Haji Hussein (Ipoh), bapa kepada biduan Jamal Abdillah dan Mokhtar Petah.

3 comments:

speedrider said...

Al-fatihah.
Ramai sungguh orang semasa semayang jenazah kelmarin, sampai kariah dari Tasek Gelugor turut bersama.

Admin said...

Al-Fatihah.

Salam takziah untuk keluarga arwah.

Anonymous said...

Terima kasih kepada semua atas ucapan takziah.

-- Muna Khalid