Wednesday, October 29, 2008
MENGENANG HARUN IDRIS
MELAYU JADI ALAT JATUHKAN PEMIMPIN MELAYU
Oleh: Mokhtar Petah
Dalam sejarah Malaysi, tercatat orang Melayu menjadi alat orang lain untuk menjatuhkan pemimpin Melayu,kerana selagi Melayu bersatu dan kuat, peluang orang lain untuk merebut kuasa ekonomi dan politik menjadi sukar amat.
Pada zaman ini orang Melayu yang menjatuhkan pemimpin Melayu, sama seperti pada zaman Raja Melaka pada tahun 1511 - Melayu mengikut telunjuk Sultan kerana Baginda terpengsaruh dengan 'karenah dan fitnah' orang lain, di antaranya orang dari India, maka berlakulah Melayu membunuh atau menjatuhkan Melayu. Akhirnya Sultan Melaka sendiri lari meraban ke rimba dan menyeberang ke pulau.
Setelah negara milik orang Melayu ini - kemudian berkongsi kuasa dengan orang-orang lain - , yang menjatuhkan Melayu adalah terdiri dari mereka yang duduk atau bernaung di bawah parti politik orang Melayu, iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu -PEKEMBAR - , bukan mereka dari parti-parti politik lain.
Glongan yang menjatuhkan Dato Onn Jaafar, adalah terdiri dari orang-orang Melayu dalam Pekembar.Mereka dalam Pekembar juga yang menerjah dan menjatuhkan Tunku Abdul Rahman Putra.
Orang-orang dari Pekembar jugalah yang mengmansukhkan kekebalan Raja- Raja Melayu, iaitu terdiri dari Dr. Mahathir Mohamad,Ghafar Baba, Anwar Ibrahim dan kuncu- kuncu mereka.
Presiden Pekembar dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang akan meninggalkan jawatan beliau dalam 'suasana peralihan kuasa'(sama ada duka rela atau paksaan tidak diketahui)pada Mac tahun depan adalah kerana orang - orang Melayu dalam Pekembar yang terpengaruh dengan fikiran dan madah tokoh parti itu yang telah meninggalnya seperti merajuk.
Mungkin tulisan saya ini dianggap keterlaluan oleh pihak-piha tertentu dan mereka yang 'makan cabai terasa pedas', tetapi tulisan ini adalah dari titik hitam dalam sejarah alam Melayu yang perlu diketahui oleh genarasi baru dan anak cucu dan cicit kita, orang Melayu.
Datuk Harun Idris,pemimpin orang Melayu dan pada masa dia memegang jawatan Menteri Besar Selangor, dia dijatuhkan oleh orang-orang Melayu - rakan-rakan politiknya sendiri.
Sebelum saya melanjutkan tulisn ini elok diketahui oleh para pembaca, kalau tidak kerana Allah menjadikan hati Harun Idri, hati yang baik dan suka menolong, tentulah Dr. Mahathir Mohamad tidak dapat memasuki UMNO semula dan melonjak ke kerusi Perdana Menteri Malaysia.
Dengan pertolongan Harun Idris, Dr.Mahathir Mohamad telah diterima oleh UMNO cawangan Rawang.Saya tidak tahu, sama ada cawangan UMNO itu masih wujud atau telah tiada lagi.
Apabila saya melakukan penyekidikan untuk menulis sebuah bukiu biografi seorang tokoh Melayu terkanal, maka, saya telah mendapat tahu akan siapa di belakang Melayu yang menjatuhkan Harun Idris dan mengapa dia dijatuhkan.Boleh saya nyatakan di sini, bahasa Melayu dan Pekembar telah menjadi alat orang lain di luar parti itu kerana kebendaan, kemewahan dan kuasa.
Pendapat orang bijak pandai; orang lapar hendakkan kenyang. bila telah kenyang, dia hendak senang dan setelah senang lenang, dan mahu menang. Untuk mendapatkan kemenangan dia sangguk menjatu atau membunuh kawan.Lalu wujudlah falsafah; dua rakan orang politik, berjalan tidak sampai ke hujung jalan dan permusuhan mreka juga tidak sampai ke hujung jalan juga.
Pada 25 Mac 1976, Dewan Undangan Negeri Selangor telah bersidang dan telah meluluskanb usul undi tidak percaya kedada Harun Idris sebasgai Menteri Besar Selangor.
Usul itu dibawa oleh Pemangku Menteri Besar,Dato' Rahmat Rafei dan disokong oleh ahli Dewan dan anggota Exco Kerajaan Negeri, Lee Kim Sai.
Kandungan usul itu dibaca oleh Rahmat Rafei:
"Bahawa Dewan ini tiada lagi kepercayaan terhadap
Yang Amar Berhormat Dato' Haji Harun Idris sebagai
Menteri Besar Selangor dan ketetapan mengenai ke -
percayaan terhadap beliau yang dibuat oleh Dewan
pada 18 November 1975 adalah dengan kini dibatal -
kan."
Usul tersebut disokong oleh 25 orang ahli Dewan negeri. Hanya seorang sahaja yang menentang, iaitu Harun Idris sendiri.Empat orang berkecuali,iaitu: Salmah Shamduddin (Semenyih), Zakaria Haji Yahya (Gombak) Onn Haji Ismail (Sementa) dan Jabar Mohamed Yusof (bebas - Batu Laut).
Dua orang anggota Dewan tidak hadir: Haji Hamdan Haji Bakri (Sungai Panajang) dan Fan Yew Teng (DAP - Petaling).
Dengan usul yang dilulkuskan itu, maka 'kepercayaan terhdap Harun Idris yang dibuat pada 18 November 1975, dibatalkan.
Harun Idris pada ketika bercakap dengan saya di kediamannaya, iaitu sebelum berangkat ke London untuk merayu ke Privu Council, London, " I pergi ni pun kerana kehendak kawan-kawan dan keluarga, kalau ikut saya, tak pergi ..., ada orang-orang kenamaan dah lebih dulu ke sana ..., mahukan saya meringkuk dalam penajara."
"Saya tahu, dia orang tua buat saya adan sebab-sebab tertentu, di antaranya saya telah menolak permohonan mereka untuk mendapatkan sebidang tanah Negeri Selangor, Di Genting Highland unhjtuk dijadikan sekolah anak-anak orang besar dan kenamaan seperti Malay college .." kata Harun Idris lagi.
"Selain dia orang mahukan saya turunkan primium tranah tapak rumah dia orang di Jalan Duta, dia tak suka saya satukan Melayu, silat gayung dan mengeluarkan tanah Kerajaan Negeri kepada orang Melayu seperti di Keramat," tambahnya.
Harun Idris memberitahu, dia tahu orang-orang itu, tetapi dia tidak mahu menyebut nama mereka.
"Biarlah, saya hanya manusia lemah, Allah Maha tahu ...,"katanya.
Harun Idris satu-satunya tokoh Melayu membela Melayu pada zamannya.Dia dijatuhkan oleh orang Melayu pada zamannya juga. Melayu yang menjadtukan Harun Idris adalah menjadi alat orang-orang bukan Melayu; laksana hulu beliung atau kapak (berhulu kayu untuk menebang pokok besar.
Sekarang kita sedang menunggu tibanya bulam Mac 2008. Abdullah Ahmad Badawi akan mekangkah meninggalkan jawatannya.Bdeliau diturunkan sukarela atau tidak, tetapi oleh Melayu dalam Pekembar.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment