Saturday, October 11, 2008

RUMAH TERBUKA MENTERI


Lebih Seribu Hadir



Putrajaya - Lebih 1,000 orang yang terdiri dari umat Islam dan bukan Islam telah menghadiri majlis rumah terbuka menyambut raya fitrah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Dr. Ahmad Zahid Hamidi, kediaman di sini, pada malam tadi.

Di antara mereka yang hadir dari seluruh negara itu, bekas Menteri Penerangan, Dato Zainudin Maidin, bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Dr. Firdaus Abdullah, para pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Lembaga Tabung Haji, beberapa orang pengarang, penulis politik Melayu dan wartawan. Jamuan itu dihidangkan dengan daging rusa bakar(b.b.q.), sate, lemang, murtabak, mee, sup ayam mamak Kuala Lumpur, rojak, dan berbagai juadah.

Beberapa orang penulis dan dan penulis politik yang hadir dalam majlis itu, pada ketika ditinjau pandangan mereka mengenai penarikan diri Dr. Zahid Hamid dari bertanding kerusi Timbalan Presiden UMNO, pada Perhimpunan Agung UMNO Mac, pada tahun hadapan, mereka kecewa dan percaya ada tekanan terhadap beliau.

"Dr.Zahid orang muda, ada pengetahuan tinggi dan kuat pegangannya dengan agama Islam, memang layak beliau menduduki kerusi itu, tapi kalau ada sebab-sebab dalam kami tak dapat kata apa-apa,"kata seorang pemerhati politik.

"Kami berpendapat, orang yang dah tua, dulu telah memegang jawatan tinggi dalam UMNO dan Kerajaan, tak eloklah bertanding lagi, jangan jadikan UMNO sebagai ladang sendiri ..., biarkan mereka yang muda dalam UMNO memimpin dan mengendalikan UMNO," kata seorang penulis politik.

Menurut penulis politik itu, sama ada Dr. Zahid menarik diri kerana ada tekanan itu amat membahayakan parti politik orang Melayu itu, tetapi kalau kerana sukarelanya sendiri, dia adalah seorang pejuang 'patah semangat' dalam jihadnya.

Gambar di bawah ini adalah pemandangan dalam majlis jamuan tersebut.












No comments: