Tuesday, October 28, 2008

BERITA

JAKIM DIGESA PANTAU TV
PELAKON-PELAKON GISIR DAHI DAN GISIR PIPI

Putrajaya - Kalangan umat Islam yang menonton semua televisyen di negara ini menggesa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Dr.Ahmad Zahid Hamidi dan Jabatan Kebajikan Islam Malaysia (JAKIM) memantau dan menegah semua lakonan atau adegan berpeluk, begisir dahi, pipi dam mendedah aurat oleh pelakon-pelkon Melayu, lelaki dan prempuan dalam drama dan semua rancangan televisyen.
Mereka berpendapat, semenjak Islam Hadhari diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, pihak RTM dan semua setesyen tv di negara ini seolah-olah menentangnya dan melakukan pelanggaran hukum Islam dengan menyiarkan lakonan atau adegan yang merosakkan moral umat Islam.
"Mengapa Menteri Penerangan mnendiamkan diri, mengapa Datuk Dr. Zahid Hamidi melepas tangan ..., mengapa JAKIM yang memikul tangungjawab menjaga hal ehwal agama Islam seolah-olah menghalalkan yang haram?" Seorang pendakwah Islam dari Kedah,menamakan dirinya, Hassanuddin Ahmad berkata.
"Saya nampak RTM dan semua stesyen tv di negara ini lebih mengutamakan wang dan kebendaan dari mematuhi hukum Allah,"katanya.
" Mereka yang bertanggungjawab ialah menteri berkenaan, JAKIM, Jabatan Agama Islam dan pihak stesyen tv itu sendiri,"katanya lagi.
"Merekalah yang bertanggungjawab merosakkan maruah umat Islam, menyebarkan maksiaat ke dalam rumah tanggan umat Islam,"tambahnya.
Beberapa orang pensyarah universiti dan aktivis Islam yang enggan disirkan nama mereka, menyeru semua pihak menghentikan semua lakonan atau adegan yang bercanggah dengan moral umat Islam.
Meenurut mereka, sekarang terdapat drama yang disiarkan oleh beberapa setesyen televisyen di negara ini telah lebih dari kebiasaan, iaitu terdapat pelakon lelaki dan pelakon perempuan bergisir dahi, bergisir pipi, berpelukan dan hampir-hampir bercium.
Sumber dari beberapa syarikat penerbit drama membertahu, pihak mereka terpaksa mengadakan lakonan atau agedan demikian kerana pihak stesyen televisyen mahukan demikiian.
"Kalau tak ada lakonan atau adegan begitu, pihak setesyen televisye tak mahu terima drama kami dengan alasan para peniaga dan pedagang tidak mahu memasang iklan mereka kalau tidak ada lakonan atau adegan yang merosakkan maruah umat Islam itu,"kata sumber itu lagi.
"kami terpaksa mengikut kehenhdak setesyen tv, kalau tidak syarikat kami akan mengalaman kerugian, mungkin gulung tikar," tambahnya.

No comments: