Tuesday, November 29, 2011

POLITIK

                                         UMNO PERLU KERJASAMA DENGAN PAS
                       UMNO LENYAP MELAYU LEMAH
               HAPUS PAS MELAYU PUPUS

                       (Oleh: Mokhtar Petah)

Mulai hari ini UMNO Malaysia mulai bersidang digedungnya, di Kuarla Lumpur dengan keyakinan akan menang dalam pilihanraya umum ke - 13 mendatang dan kekuatan parti - parti pembangkang akan lumpur laksana pucuk - pucuk kacang yang direbus.
Tetapi dalam diri seiklangan dari para wakil dari seluruh seluruh pelusuk negara, sedang berunga segaga; perhimpunan YUMNO kali ini tidak akan menghancurkan PAS tetapi akan melahirkan 'Melayu wasata' - 'Melayu pertengahan', yang mengikut arahan Allah agar umat Islam bersatu padu; UMNO dan PAS bekerjasama.
Sebenarnya angan - angan atau hajat untuk menyatukan orang Melayu atau umat Islam di negara ini telah dimulakan sejak zaman Allahyarham Dato' Onn Jaafar, iaitu sebelum 1946 dan dikuti oleh Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak Hussein, Tun Hussein Onn, Tun Dri Mahathir Mohamad, Tun Dari Abdullah Ahmad Badawi, tetapi angan - angan atau hajat me3reka itu gagal.
POLITIK NASIONALIS
Kegagalan itu buklanlah kerana orang Melayu tidak  mahu menyokong UMNO atau mereka tidak mahu menyebelahi PAS, tetapi pada hakikatnya mereka menimbang; UMNO parti politik nasionalisa dan berpegang kepada kapitalisme dan PAS parti politik nasionalis (bangsa Malaysia) dan ber dasarkan Islam atau menganut memperjuangkan Islamisme.
Sesungguhnya, sampai kepada bibir masa kiamat pun orang Melayu tidak akan bersatu selagi UMNO dengan PAS tidak bekerjasama dengan jujur, iaitu UMNO mengenepikan nasinalis sempit dan menerima Islam sebagai pegangan perjuangan atau isme
Ertinya, UMNO meneruskan perjuangannya dengan era baru, iaitu nasionalis (bangsa Malaysia) dan berpegan kepada Islamisme seperti yang dilaksanakan oleh PAS sejak 1951 hingga pada hari ini dan akan datang.
MENGANUT ISLAMISME
Saya setuju dengan pendpat bijak pandai Melayu, bahawa semua Perdana Menteri Malaysia tidak dapat menjadi pilot perpaduan Melayu, tetapi semua ahli UMNO yang kuat berpegang kepada Islamisme akan dapat menyatukan Melayu dalam organisasi ' politik dan sosial bangsa Malaysia'. Dalam sidang UMNO hari ini hingga Ahad ini ramai Melayu di dalamnya yang menganut Islamisme, tetapi mereka berada dalam keadaan ' bersembunyi'.
UMNO penting bagi bangsa Melayu - bangsa Malaysia, kerana jika UMNO lenyap dari muka bumi Malaysia ini Melayu akan lemah dan jika hapus PAS Melayu akan pupus.
Perhimpunan UMNO yang sedan berjalan amat diharapkan para perwakilannya berani bersuara untuk menyatukan dua buah parti politik orang Islam itu dan jauhkan dari bersuara atau bercanang untuk menghancurkan PAS.
Saya berpendapat, sesiapa sahaja berusaha untuk mnenghapuskan UMNO, maka, tujuannya untuk menghapuskan bangasa Melayu dan sesiapa yang berusaha menghapuskan PAS, maka, dia bertujuan jahat untuk menghanc urkan Islam dariu negara ini. 
(Tamat), 

No comments: