Saturday, November 5, 2011

MAKSUD DARI AL QURAN

UMAT YANG PALING BAIK

Adakan di antara kalian umat yang menyeru (mengajak) kepada kebaikan, menyuruh mengerjakan yang benar (baik) dan melarang melakukan yang jahat (salah), mereka itulah manusia – manusia yang beruntung (menang).

– Ali Imran: 104

Kalian adalah umat (umat Nabi Muhammad yang mengikut al Quran) yang paling baik yang dilahirkan untuk kepentingan manusia, menuruh mengerjakan yang benar (baik) dan melarang melakukan yang jahat (salah), serta beriman kepada Allah. Sekiranya orng – orang keturunan kitab (Yahudi dan Kristian) itu beriman, sesungguhnya demikian itu baik untuk mereka, sebahagian mereka beriman, tetapi kebanayakan (dari mereka) orang – orang yang jahat.

– Ali Imran: 110

Hai orang – orang yang beriman! Kalau kalian menurut orang – orang yang tidak beriman (orang kafir dan menolak hukum Allah) itu, nescaya mereka menurut – memundurkan – kalian ke belakang, lalu kalian pulang dengan kerugian.

– Ali Imran:149

Nota:

Tiga ayat Quran di atas ini mengajar kita umat Nabi Muhammad dan orang Melayu beragama Islam beriman kepada Allah serta rakyat Malaysia yang beragama Islam dan beriman kepada Allah supaya berbuat baik dan berbagai kebaikan untuk diri sendiri, keluarga, masayarakat, negeri dan negara.

Malangnya, sebilangan dari kita orang Melayu yang beragama Islam mudah dipengaruh oleh orang – orang beragama lain dari Islam dan orang Islam Islam yang gemar kepada kejahatan, lalau mereka mengikuti mereka dan mengakui mereka aitulah orang yang baik.

Orang Islam menentang hukum hudud; sebilangan orang Melayu memujinya dan mengangkat dia sebagai seorang yang berperikemanusiaan.

Ada manusia bukan Islam mempengaruh dan memimpin orang – orang Malaysia agar memerdekakan atau membebaskan sekssoal – atau melakaukan persetubuhan sama sejanis, ada sebilangan orang Melayu terikut – ikut atau terpengaruh dengannya.

Amalan menentang hukum Allah yang menurut Mufti Kerajaan Negeri Perak, Tan Sri Dr. Harussani, bahawa mereka yang mengengkari atau melawan hukum Allah menjadi murtad. Fatwa ini perlu dipandng serius oleh ibu bapa dan pemuda pemudi Melayu.

Mengapa orang – orang di luar agama Islam berani mempengaruhi orang – orang Melayu dengan isu – isu atau kejahatan – lejahatan, ialah kerana orang Melayu sendiri lemah dan kerajaan kita – Kerajaan Barisan Nasional – tidak memandang berat akan hukum – hukum dalam Islam, seperti hukum hudud.

Jika Kerajaan Barisan Nasional, yang induknya UMNO, insaf, bahawa meminda Perlembagaan negara kita, iaitu menjadikan negara ini sebuah negara Islam sejati atau Islam tulin, tentulah perkara – perkara buruk seperti merdeka seksual dan sebagaianya tidak berlaku.

Saya berharap, para pemimpin UMNO yang telah mengalami kemedekaan sejat tahun 1957 dan beragama Ialam dari bayi, agar mencari ikhtiar atau berani menukar corak negara ini, iaitu dari sebuah negara kapitalis (mengikut jalkur gemilang orang – orang Kristian dan sebagainya), kepada sebuah negara Islam mengikut petunjuk Allah, ajaran Qurana dan pimpinan Nabi Muhammad, iaitu negara Baldatun tayyibah wa Rabbun ghafur - Negara bertuah – makmu dan aman – dan Allah Maha Pengampun.

Saya yakin, selagi kerajaan kita tidak berubah kepada Negara Islam, dari hari ke hari, bulan ke bulan dan tahun ke tahun negara kita ini akan diancam oleh fikiran dan berbuatan buruk oleh orang – orang tidak beragama Islam tetapi sama – sama senyum dalam 1 Malaysia. – mokhtar petah

No comments: