Thursday, November 10, 2011


 DARI ARKIB PENULIS

                          


                                                SOKONG KERAJAAN

[Abdullah Badawi meletakkan jawatan Perdana Menteri Malaysia kerana sebab - sebab berikut ini: 1 -  Kerana hendak memindahkan jawatan itu kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak, 2 - Kerana cemuhan dan desakan para politikus dalam UMNO yang bernaung di bawah Tun Dari Mahagthir Mohamad, 2 - Kerana golongan koporat Melayu yang banyak mendapat habuan (seperti tender dan runding terus) projek mega kerajaan pada masa PM Dr Mahathir Mohamad tetapi tidak dapat pada masa PM Abdullah Badawi, 3 - Kerana ada sebilangan dalam UMNO menentang usaha Abdullah Badawi untuk membentuk kerjasama antara UMNO dengan PAS.]
Abdullah Badawi berpegang kepada  falsafah perjuangannya yang tidak bersifat diktator atau menekan orang-orang bawahannya, berkata, bahawa ‘kekuatan parti menyokong kerajaan dan kekuatan kerajaan menyokong parti’.
          Perdana Menteri ketika bercakap kepada para wartawan di Havana, Cuba, beliau ada cara dan pendekatan sendiri dalam memikul tugas menerajui pentadbiran negara dan beliau tidak hilang kawalan sebagai pemimpin.
          Tegas Abdullah Badawi, bahawa beliau komited, tegas dan serius membawa  perubahan ke arah kebaikan negara dan rakyat, tetapi beliau tidak tergesa-gesa dalam tindakannya.
           “Saya tidak tergesa-gesa, semua yang saya hendak buat saya sentiasa merujuk kepada Jemaah Menteri dan Majlis Tertinggi UMNO,’tegasnya.
           “Ia cara saya melakukan sesuatu (untuk negara dan rakyat), semua orang ada cara sendiri melakukan sesuatu, tetapi matlamat saya sentiasa di depan dan tidak berubah,”tegasnya lagi.
           “...Cuma saya ada cara saya, cara sayalah...,”tambah beliau.
           Sambil menekankan beliau sedia menerima kritik membina dari siapa sahaja, walaupun dari pihak parti pembangkang, beliau berkata “Saya lebih suka  lambat sedikit..., lambat sedikit tak apalah asalkan kita halusi (teliti) segala yang berhubung kait dengan sesuatu kerja yang hendak kita jalankan itu.”
          “Tapi ramai orang taka faham, mereka kata Pak Lah hilang kawalan, tapi
 saya tak  hilang kawalan, saya ada cara saya sendiri,”kata beliau lagi.
          Di samping menolak tohmahan pihak-pihak tertentu yang beliau telah kehilangan sokongan politik untuk melaksanakan pembaharuan, jelasnya, beliau masih mendapat sokongan yang baik, semua keputusan Kebinet atau Jemaah Menteri  menyokong dengan baik seperti yang diharapkan.
                Abdullah Badawi tidak menghadapi sebarang masalah sama ada
 dalam UMNO  mahupun  dalam Barisan Nasional Beliau memberitahu, bahawa beliau mengamalkan pentadbiran terbuka dengan  menubuhkan banyak jawatankuasa untuk memberi peluang kepada semua pihak memainkan peranan dan memberi pandangan termasuk membuat kritikan membina.
                 Beliau memberitahu lagi, langkah yang beliau lakukan itu adalah cara Parlimen sebenar dan itulah perubahan yang beliau lakukan bagi membolehkan mereka mengkritik kerajaan tetapi, menurutnya, keritik itu biarlah dengan cara membina bukannya untuk mewujudkan kontroversi.
                 Menurut Abdullah Badawi semua perkembangan yang berlaku dalam
kabinet beliau laporkan kepada Majlis Tertinggi UMNO untuk dibincangkan dan
diberi pandangan.
          “Kerajaan sentiasa berpegang kepada pendapat, iaitu kekuatan parti menyokong kerajaan dan kekuatan kerajaan menyokong parti. Kedua-duanya amat diperlukan dan mesti dikelolakan,” Ujar Abdullah Badawi.
          Beliau membuat menjelaskan demikian setelah, seorang tokoh UMNO Kelantan, Datuk Zahid Ibrahim, ahli Dewan Rakyat kawasan Kota Baharu mendakwa yang Perdana Menteri tidak membawa perubahan yang dijanjikan semenjak memegang jawatan tiga tahun lalu.           
                                             ‘Kuala Lumpur: Datuk seri Najib Razak berkata, sokongan mantap berterusan  segenap lapisan pemimpin dan  masyarakat kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad
                                             Badawi membuktikan Perdana Menteri tidak pernah hilang kawalan terhadap kepimpinan.
                                            Timbalan Perdana Menteri  berkata, Abdullah adalah  ketua kerajaan yang mendapat mandat dalam pilihan raya lalu dan terus mendapat sokongan Ahli Parlimen sebagai Perdana Menteri serta Presiden UMNO.
                        “Jadi tak timbul soal Perdana Menteri hilang kawalan terhadap pemerintahan dan pentadbiran negara. Orang ramai perlu faham bahawa setiap Perdana Menteri mempunyai cara kepimpinan masing-masing.
                        “Yang penting, setiap ketua kerajaan mesti mendapat sokongan berterusan yang membolehkan membuat keputusan yang memberi kebaikan kepada rakyat dan negara,” katanya selepas majlis perasmian Projek Perumahan Keluarga Angkatan Tentera di Pangkalan Udara Subang, di sini, semalam.
Naib berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri kelmarin, bahawa beliau mempunyai cara kepimpinan tersendiri dan tidak pernah hilang kawalan sebagai pemimpin, seperti didakwa sesetengah pihak. 
Mengulas kenyataan Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Zaid Ibrahim yang mendakwa Perdana Menteri tidak membawa perubahan dijanjikan  sejak memegang jawatan tiga tahun lalu, Naib yang juga Ketua Whip Parlimen menjelaskan, kerajaan tidak akan mengambil tindakan terhadap Zaid, asalkan beliau tidak melakukan sesuatu yang menyalahi peraturan Parlimen dan Whip.
Najib berkata Zaid bebas bersuara dan kerajaan mengambil kira apa yang disuarakan kerana Perdana Menteri sendiri mengharapkan Ahli Parlimen berperanan lebih berkesan supaya orong ramai tidak bergantung kepada pembangkang untuk menyuarakan hasrat mereka’[1]
            Kalangan UMNO dan di luar parti pendukung kerajaan itu, menyifatkan langkah Zaid Ibrahim itu tidak sesuai dengan disiplin UMNO atau  mana-mana organisasi politik dan kebajikan. Menurut mereka, sebagai Ahli Dewan Rakyat, Zaid Ibrahim Ibrahim boleh menemui Abdullah Badawi dan mngemukakan masalah
yang beliau kritik dan bukannya dengan membuat kenyataan terbuka.
            Pemimpin Persatuan Penulis dan aktif masyarakat di Perak, Encik Osman Bakar menyifatkan langkah Zaid Ibrahim itu senada dan sejalan dengan Dr. Mahathir Mohamad yang sedang memburuk-buruk Abdullah Badawi di dalam negara dan di beberapa negara di dunia.
            “Saya nampak langkah dan suara Zaid Ibrahim sama dengan Dato’ Ibrahim Ali yang kini menjadi ‘orang kuat’ Dr. Mahathir Mohamad,”katanya.
           “Yang baiknya, Zaid Ibrahim  sendiri menemui Abdullah Badawi dan Dato’ Najib, beritahu mereka apa yang menjadi masalah, bertukar-tukar fikiran, tetapi bukanlah dengan menabur cerita ke seluruh dunia,”tambahnya.
            Ahli perniagaan dari Kelantan, Encik Abdul Rahman Nor menyatakan kesalnya terhadap Zaid Ibrahim kerana kenyataannya itu bersifat provokasi terhadap ketuanya sendiri.
           “Zaid Ibrahim bukan ahli politik yang matang, dia berada dalam UMNO seperti duri dalam daging sahaja,”katanya.
 “Apa salah dia meluahkan isi hatinya kepada Datuk Abdullah Badawi secara empat biji mata atau menulis surat kepadanya, tetapi bukan dengan cara cari publisiti murahan,”tambahnya.
            Ramai pemerhati politik berpendapat, bahawa sikap dan kata-kata Zaid Ibrahim itu telah menjadi seperti ‘setitik racun’ yang tertitik dalam usus manusia atau haiwan. Demikian bahayanya kepada UMNO Malaysia. Untuk menyelamatkan UMNO dan perpaduan semua ahlinya, beliau patut diketepikan dari parti yang sedang memimpin kerajaan itu.
                       Kejadian ‘calsh’ antara Tunku Abdul Rahman dengan Dr. Mahathir
            Mohamad dapat menjadi pengajaran kepada setiap orang yang sayangkan parti politiknya dan setia kepada pemimpinnya. ‘clash’ itu kerana surat Dr. Mahathir Mohamad kepada Tunku Abdul Rahman telah menjadi ‘surat layang’ yang menyebarkan kritikan Dr. Mahathir Mohamad kepada Tunku Abdul Rahman.
            Mengapa jadi begitu? Kesilapan ada pada Dr. Mahathir Mohamad. Beliau tidak mengemukakan surat itu kepada Tunku Abdul Rahman secara ‘dari tangan ke tangan’ atau berbincang secara empat biji mata. Surat itu telah dikirimkan oleh Dr. Mahathir Mohamad ke pejabat Tunku Abdul Rahman.
            Di mana-mana pejabat pemimpin negara – raja, presiden dan perdana menteri di seluruh dunia terdapat pegawai yang ‘berperangai kepinding atau pijat-pijat’ atau pun ‘ tidak beramanah’ kepada tuan mereka asalan mereka mendapat faedah.
            Sebaik-baik sahaja surat Dr. Mahathir Mohamad itu sampai di pejabat Tunku Abdul Rahman, seorang pegawai bukan Melayu, telah membuka sampul surat itu dan diserahkan kepada orang lain untuk di buat salinan (cyclostyle) dibuat salinan. Kemudian surat itu diedarkan sebagai ‘surat layang’ ke merata tempat dan dibaca oleh ramai orang.[2]
            Sama ada percaya atau tidak, tetapi perkara ini wujud, iaitu ada orang-orang tertentu, sama orang luar mahu orang dalam parti-parti bersama Barisan Nasional yang berperasaan cemburu, iri hati atau memang berperangai ‘ulat koyak daun’, sedang berusaha memecahkan ikatan atau kerjasama jujur Najib Tun Razak dengan Abdullah Badawi.
           Perpecahan itu nanti akan mengakibatkan perpecahan dalam UMNO. Dari cawangan-cawangan, meningkat ke bahagian-bahagian dan akhirnya kepada UMNO Malaysia. Kemudian dari perpecahan atau keruntuhan UMNO itu yang ibarat ‘kapal pecah’, maka ‘yu yang kenyang’.              
                 Kerana kita orang Melayu dari dalam rumpun Nusantara, maka dalam apa jua keadaan, sama ada orang-orang Najib Tun Razak mahu pun orang-orang Abdullah Badawi (tetapi Abdullah Badawi pernah berkata dia tidak ada gang), elok benarlah menghayati puisi adat-undang-undang orang Melayu ini:
                               Berat sama dipikul
                               Ringan sama dijinjing
                               Sama sakit sama senang
                               Ke bukit sama di daki
                               Ke lurah sama dituruni
                               Bulat air kerana pembetung
                               Bulat man usia kerana muafakat
                               Faham sesuai benar seekor
                               Bulat bergolek pipis melayang
                               Rundingan jangan selisih
                               Muafakat jangan bercanggah
                               Tuah pada sekata
                               Berani pada seia.
                               Jika mendapat sama berlaba
                               Kehilangan sama berugi
                               Hati gajah sama dilapah
                               Hati kuman sama dicecah
                               Seikat  seperti sirih
                               Serumpun seperti serai
                               Melompat sama  patah
                               Menyerudup sama bongok
                               Jalan sedundun
                               Selengang seayun.
Andainya,falsafah orang Melayu di atas ini tidak diamalkan oleh mereka yang bergiat dalam masyarakat, massa dan negara, lambat laun akan tiba kepada keadaan tidak selamat. Berlaku perpecahan dan akhirnya yang wujud kehancuran. Apabila kehancuran telah berlaku, maka pada waktu itu yang hadir kepada kita, hanyalah penyesalan, ‘ sesal tak berguna’ dan ‘ nasi telah menjadi bubur’. Bukan salah ibu mengandung, tetapi dik salah ragam sendiri.             
                        ‘Pekikan gegak gempita menyokong si-anu si – anu tertentu bukan misi veteran. Itu adalah bidang yang terkandung dalam sistem demokrasi yang mesti ditentukan oleh ahli parti, bukan oleh penasihat walaupun penasihat boleh menzahirkan pandangannya mengenai isu kepimpinan. Veteran mesti menyampaikan sukatan pidatonya yang mengandungi unsur-unsur mengharmonikan parti dan bangsa; mencari formula supaya agenda Melayu tidak dilupai; mencari jalan supaya anggota UMNO kembali kepada perjuangan pokok orang Melayu;atau berusaha membawa kefahaman dan perpaduan di samping mempertahankan diri dan keluarga semasa kegawatan ekonomi yang mencabar ini.
                        Penting bagi veteran menerima tajuk permasalahan ekonomi yang hendak dihuraikan secara terperinci benda yang hendak dicakapkan kepada kumpulan-kumpulan sasar melalui kaedah yang mudah diamalkan agar agenda parti tidak risak. Tetapi harus pula diakui bahawa tidak semua veteran itu pandai berceramah atau menyampaikan penerangan secara yang menarik. Ini tidak menjadi masalah. Golongan ini boleh menjadi pemangkin dalam lain-lain bidang yang berupaya meredakan keadaan. Bukankah nenek moyang kita dahulu sering beribarat bila menentukan peranan anggota masyarakat?:
                                         Yang  cerdik tempat bertanya,
                                          Yang kaya tempat meminjam,
                                          Yang buta menghembus lesung,
                                          Yang patah menghalau ayam,
                                          Yang pekak membakar meriam.
 Tentunya orang Melayu belum begitu angkuh atau alpa untuk menerima dahan memakai kebijaksanaan ungkapan lama itu. Tambahan pula para veteran, sebagai orang lama, harus cuba membawa nilai-nilai murni dan budaya bangsa Melayu yang kini sudah banyak tenggelam akibat jelapang hidup moden.’[3]
         - Mokhtar Ptah


[1]  Abdul Halim Yusoff, Mohd.Roji Abdullah dan Sazariah Shahrin, Berita Harian (2), 19 Septgember
      2006.
[2]  Diberitah kepada pengarang buku ini oleh Allahyarham Datuk Senu Abdul Rahman, Haji Sulaiman
      Palestin dan Datuk Abdul Aziz bin Ahmad penerbit buku-buku di Kuala Lumpur.
[3]  Rais Yatim, Zaman Beredsar Pesaka Bergilir, Kuala Lumpur, Endowment Publication, 1999, hln.273.

No comments: