Wednesday, November 9, 2011

MAKSUD DARI AL QURAN



SYAITAN

Syaitan menakutkan kalian akan kepapaan dan menyuruh kalian melakukan kejahatan,sedangkanAllah berjanji kepada kalian untuk mengurniakan keampunan dan limpah kurnia daripadaNya. Dan Allah maha luas (kurniaanNya) lagi maha mengetahui.

- al Baqarah:268

Nota:

Setelah meneliti ayat Quran di atas ini, maka, fahamlah kita, bahawa sesiapa juga yang takut kepada kemiskinan atau kepapaan, maka, dia dipengaruh atau asut oleh syaitan.

Syaitan, mnurut yang digambarkan Allah dalam Quran, ialah dua jenis, iaitu,

1 - Makhluk Allah yang diciptakan dari tanah. Ciptaan Allah ini, ialah manusia.Manusia yang mengkufurkan Allah dan melanggar hukum Allah.

2 - Makhluk Allah yang diciptakan dari api, iaitu, iblis, hantu, jin kafir, palesit dan lain.

Saudara dan saudari boleh berfikir sendiri, adakah diri kita sedang dipengaruh oleh syaitan atau tidak.Selesaikan masalah diri sendiri dengan pengetahu Islam, iman dan takwa. - mokhtar petah.

No comments: