Sunday, November 13, 2011


KISAH DARI NOVEL


DUA HAJAH BERMADU 
           
Jam 2.00 pagi. Di kota Mekah.
Masjid Haram tersegam indan memuntahkan cahaya dari beribu-ribu lampu nion di dalamnya. Kaabah, “batu hitam diturunkan dari syurga warna amat putih (lebih) dari susu, ia menjadi hitam kerana dosa-dosa anak cucu Adam[1],  berkilat dan berselimut dalam kiswah seolah-olah kedinginan pada pagi itu.
         Beribu-ribu manusia, bertubuh segar bugar. Daif, bertongkat, tempang, merangkak dan pakaian laksana kapas mengelilingi batu hitam itu. Seperti sabda Nabi Ibrahim, ‘...mereka datang kepada kamu dengan berjalan kaki dan menunggang unta kurus; mereka datang dari segenap jalan yang jauh[2], masing-masing menggonggong hati yang cinta dan taat kepada Tuhan.
          Hamba-hamba Tuhan itu berjalan mengelilingi Kaabah dan melaungkan talbiah. Zikir. Ratib nama nama-nama Al Husna. Suara mereka merdu membaca ayat-ayat suci Quran.
         Semua hamba Tuhan itu datang seri seluruh pelosok dunia, berhimpun di bumi yang “Hai Mekah, demi Allah sesungguhnya kamu adalah bumi yang baik amat dikasihi oleh Allah.[3]  Hiba. Sayu. Suara umat manusia yang merindukan Rasul terakhir, Muhammad, cucunda Nabi Ibrahim.
MASJID QUBA
Cikgu Zainab memegang tangan kanan madunya,Bedah yang berbadan dua. Mereka mengelilingi Kaabah sambil melafazkan Talbiah, diselang seli pula dengan lafaz, ”Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar.”  Haji Adnan berjalan di hadapan dua orang isteri-isterinya. Dia tidak berhenti-henti meratibkan talbiah:

                      ” Hamba-Mu menyambut panggilan-Mu,
                       ya, Allah.
                       Hamba-Mu menyambut panggilan-Mu,
                       Tuhan yang tidak ada sekutu-Nya.
                       Sesungguhnya segala pujian,
                       nikmat dan keagungan,
                       kepunyaan-Mu,
                       yang tiada sekutu bagi-Mu.”

Haji Adnan dan dua orang isterinya telah tiga hari mengejakan ibadah Umrah, di tanah suci Mekah. Sebelum datang ke Mekah, mereka telah berada di Kota Madinah. Di sana, siang dan malam mereka sembahyang fardu dan sunat di Masjid Nabawi. Menziarahi makam Nabi Muhammad s.w.a, tanah perkuburan AL Baqi’, masjid Quba dan kawasan Jabal Uhud – peperangan yang mengorbankan tujuh puluh orang sahabat Nabi Muhammad dan tentera-tentera Islam.
          Pada waktu berdiri di tengah padang dan merenung buki Uhud, Haji Adnan terkenangkan gurunya, Allahyarham Ustaz Abdul Kadir Kamil, di Kampung Ketapang yang sering mengingatkan murid-muridnya dengan ayat Quran, ‘adakah kamu kita, kamu akan masuk syurga,sedangkan belum nyata bagi Allah kamu dari orang-orang yang berjihad dan sabar’.’[4]
         Haji Adnan telah membeli sedikit buah kurma, beberapa biji buah Adam dan rumput kacip Fatimah yang dijual oleh penjaja di padang Jabal Uhud itu. Rumput kacip Fatimah yang tumbuh di sekitar kasan Uhud itu, dipercai oleh kebanyakan orang tua-tua Arab, sejenis rumput yang tumbuh dari tanah kesan darah mereka yang  syahid dalam perang Uhud. Rumput itu menjdi ubat bagai wanita.
         ”Nak buat apa buah hitam ni, abang?” Cikgu Zainab bertanya.
         “Huh, buah ni, …kalau orang lelaki mandul elok makan, …insya Allah dapatlah anak,” jawab Haji Adnan.
          “Macam mana makannya, abang?”Tanya Cikgu Zainab lagi.
          “Pecah sikit kulitnya, rendam dalam air panas, kemudian minum,”jawab Haji Adnan.
          “…ni rumput apa ni, abang?”Tanya Bedah pula.
          ”Haaa..., ini kacip Fatimah,”jawab Haji Adnan.
          ”...di sini pun ada kacip Fatimah, abang, ....apa gunanya?”Tanya Bedah  lagi.
          ”Ubat orang perempuan, ...yang, mandul, kalau minum airnya isnya Allah dapat anak,” jawab Haji Adnan.
          ”Nab boleh minum, abang?”Cikgu Zainab bertanya
          ”Boleh, ...nanti di hotel abang buatkan,”jawab Haji Adnan.
JABAL THUR
Pada hari pertama di Mekah, Haji Adnan dan isteri-isterinya telah menyertai rombongan orang-orang Islam menziarahi makam isteri Nabi Muhammad s.a.w., Sayidah Khadijah, Jabal Nur yang di atasnya gua Hera. Gua tempat Nabi Muhammad telah menerima wahyu yang awal dari Allah.[5]
        Mereka juga telah melawat Jabal Thur, tempat Nabi Muhammad dan Abu Bakar as Sddiq bersembunyi dari musuh, sebelum mereka berhijrah ke Madinah.  Pada waktu melawat Padang Arafah, Haji Adnan bersasma dua orang isterinya telah memanjat Jabal Rahmah.
            Atas bukit itu, bersama berpuluh-puluh orang pengunjung, Haji Adnan telah berdoa kepada Allah, agar dua isterinya berbaik-baik hingga ke akhir hayat. Kalau ada rezeki dia akan menikah seorang lagi.
         Sebaik-baik sahaja selesai melakukan tawaf pada pagi itu, Cikgu Zainab mengajak Bedah dan suaminya duduk atas batu dingin tepi lorong masuk ke Masjidul Haram.
        “...abang,”kata Cikgu Zainab.
        “Apa, Nab?” Haji Adnan bertanya kepada isterinya.
        ”...dahke Allah ampunkan semua dosa Nab, abang?”Tanya Cikgu Zainab.
        “Insya Allah, Nab kena yakin,”jawab Haji Adnan.
        “Nab takule, abang”kata Cikgu Zainab
        “...abang yakin Allah dah ampun dosa Nab, …Allah Maha Pengampun, Nab,”sahut Haji Adnan.
        ”Abang, ...abang dahke maaf, ...dahke ampun dosa Nab, abang?”Tanya Cikgu Zainab lagi.
        ”...dah, ...abang dah ampunkan,’jawab Haji Adnan.
        ”Ia, abang?”Tanya Cikgu Zainab lagi.
        “Ia, abang mengaku depan Kaabah ni, abang dan maafkan Nab,”jawab Haji Adnan.
MERENUNG MADUNYA
Cikgu Zainab berpaling kepada madunya. Tangan  kanannya diletakkan  pada perut Bedah. Dia senyum dan merenung madunya. Bedah senyum.
        ”Bedah, anak Bedah ni,”kata Cikgu Zainab,
        ”Apa, kak?”Tanya Bedah.
        ”...kak minta Bedah jadikan anak angkat Kak, ...boleh Bedah?”Tanya Cikgu Zainab.
        ”Boleh Kak, tak cukup tapak tangan, nyiru Bedah tadahkan, Kak,”sahut Bedah.
        ”Abang, macam mana,”Cikgu Zainab bertanya kepada suaminya.
        ”Abang suka, Anak Bedah, anak abang, … anak Nab juga, ”jawab Haji Adnan.
        “Alhamdulillah, …terima kasih Bedah,”kata Cikgu Zainab.
        Cikgu Zainab memeluk madunya seketika. Haji Adnan melihat dengan perasaan riang. Pada saat-saat begitu syukurnya kepada Allah mengatasi mercu Masjid Haram.
       ”Bedah, demi Allah, kak mengaku Bedah, adik Kak dunia akhirat, Bedah,”kata Cikgu Zainab kepada Bedah.
       ”Bedah begitu juga, Kak, ...kaklah ibu Bedah, ...kakak Bedah, Bedah tak ada orang lain, Kak,”sahut Bedah.
       Air mata mereka tumpah dari dua mata masing-masing. Air itu luruh atas batu dingin di Masjid Haram. Air mata dua orang perempuan bermadu itu bersinar dalam cahaya laksana berlian dalam cahaya lampu.
        Cikgu Zainab, Bedah dan suami mereka meninggalkan batu dingin itu. Merfeka berjalan dalam di celah ribuan manusia.Di pintu masjid itu, Haji Adnan berhenti di belakang isteri-isterinya. Kemudian meeka mengambil air zamzam dari tangki besar di situ dengan gelas di tangan masing dan di situ mereka meminum air yang ditinggalkan oleh Nabi Ismail dan ibunya, Hajar. hendak        ”Abang,”Bedah memanggil suaminya.
        ”Apa, Bedah,”tanya Haji Adnan.
        “Kalau kita dapat anak jantan, kita beri nama Muhammad Zam Zam, ia, abang,”kata Bedah.
        “Ia, Bedah, bagus tu,””sahut Haji Adnan.
        “Elok,…elok, Bedah, nama tu,” sambut Cikgu Zainab.
 BIBIT ZURIATNYA  
 Bedah senyum. Hatinya kembang. Gembira.Dia memacakkan harapan dalam hatinya; mudah-mudahan madunya akan hamil seperti dia juga. Bedah yakin, suaminya masih mampu menurunkan bibit zuriatnya kepada madunya itu.                 
          Sang suami dari Kampung Mandi Angin itu berjalan beriringan dengan dua orang isterinya.Mereka berjalan keluar dari masjid mulia itu. Di ambang pintu ‘Babus salam’, mereka berdiri seketika, Haji Adnan berkata kepada Bedah. “…di sekitar kawasan inilah, Nabi Muhammad lahir.”
        “Ia, abang,”sahut Bedah.
        “…mulai dari sinilah Nabi Muhamamad mula mengembangkan  agama Islam...,”kata Haji Adnan lagi.
        “Abang kena ajar kami sejarah Nabi Muhammad, abang,”sahut Cikgu Zainab.
        “Abang tak tau sangat, tapi Encik Azmi alim…,”kata Haji Adnan.
        “Kalau dia ada baiknya, ia, abang,”kata Cikgu Zainab.
        “Ia, musim haji nanti, kita datang bersama dia,”sahut Haji Adnan.
        “ Ia, kita datang sama Mahyun, Dara, Tijah,” Cikgu Zainab menyambut cakap suaminya.
        “Insya Allah,”sahut Haji Adnan.
        Selama dua minggu Haji Adnan dengan dua isterinya di Haramain (dua tanah haram) – Mekah dan Madinah -,  mereka menginap di hotel dekat Jalan Aljiad. Haji Adnan tidur di antara isteri pertama dengan isteri keduanya atas sebuah katil.
        “Alhamdulillah, seronoknya aku,” suara hati Haji Adnan pada tiap-tiap kali dia berbaring di antara dua orang isterinya.
        Pada malam akhir di Kota Mekah, Haji Adnan telah pergi makan di restoran ‘addujaj’- ayam goreng -, terletak tidak jauh dari Masjil Haram. Mereka telah makan ayam goreng, ubi ketang rincik bergoreng dan meminum air oren pekat.
ASAM GELUGUR
Pada waktu makan di restoran itu, Cikgu Zainab sedar. Semenjak dia minum madu lebah yang dibawa balik oleh suaminya, selera makannya telah lain dari biasa. Apa sahaja makanan yang dilihatnya menjadikan liurnya memecah. Terliur. Di tanah suci itu Cikgu Zainab teringinkan  mempelam telur muda.
         ”Bedah, Kak tanya boleh?”Tanya Cikgu Zainab kepada madunya.
         ”Boleh,”jawab Bedah.
         ” ...Bedah hamil ni, Bedah rasa nak makan asam tak?”Tanya Cikgu Zainab.
         “Ia, Kak, sejak Bedah mula ngandung hingga la ni, Bedah tak boleh tengok asam, hinggakan asam gelugur pun Bedah nak makan...,”jawab bedah.
         Cikgu Zainab senyum.
         “…ngapa, Kak?” Tanya Bedah.
         “Entah, dalam empat lima hari  ni, Kak teringin sangat nak makan asam, nak makan buah kedondong, asam kanan, buah gajus,”jawab Cikgu Zainab.
         “Kak ngandung kot,”kata Bedah.
         ”Eh, takkanlah, dah  macam ni nak beranak lagi,”sahut Cikgu Zainab.
         ”Mana tau, ...kuasa Allah, Kak,”kata Bedah.
        Haji Adnan menyampuk,. “...isteri Nabi Ibrahim, umur dah 90 tahun, dia dapat anak, Nabi Ishak.”
        ”Tak taulah, abang,”sahut Cikgu Zainab.
        “Allah Maha Kuasa, …mungkin Allah beri berkat kepada Nab...,” Haji Adnan berkata kepada isteri tuanya.
        “Iake, abang?”isterinya bertanya.
         “Ia, Nab dah minum air Zam Zam, duduk-duduk atas  di Safa dan Marwa, …di situ Nabi Ismail lahir...., kita akan dapat anak, Nab,” kata Haji Adnan.
        “Syukur, abang, …kalau Nab dapat anak,”kata Cikgu Zainab.
        “Alhamdulillh, abang pun begitu juga, Nab,sahut Haji Adnan.
        “Bertuah, abang dapat dua orang anak sekali,”sahut Bedah.
        “Abang ni,Bedah, bertuah pun ada, kuat pun ada, macam besi Kharsani...,”kata Haji Adnan.
        “Besi apa tu, abang?”bedah bertanya.
        “...kata orang, besi Kharsni tempat di Tanah Jawa, tak cuku seorang bini, dapatkan sampai dua...,”jawab  Haji Adnan. Ketawa.
        ”Alaaa, abang ni, ngadalah tuuu...,” suara Cikgu Zainab dan Bedan sama.
        Haji Adnan senyum. Hidungnya kembang. Daging punggungnya sengal dicubit oleh kedua-dua isterinya.
        ”Tadi abang kata isteri Nabi Ibrahim umur 90 tahun dapat anak, macam mana tu, abang?” Bedah bertanya.
        ”Ha, abang pun tak tau sangat, tapi abang dengar orang cerita...,”jawab Haji Adnan.
        ”Macam mana, abang?”Tanya Cikgu Zainab pula.
        “…ni cerita dua perempuan bermadu juga, …isteri tua Nabi Ibrahim, namanya Siti Sara Umur dah 90 tahun, …dia orang bangsa baik, kaya pula tu,” Haji Adnan Adnan bercerita.
        “Isteri mudanya, abang?”Tanya Bedah.
     ” Namanya, Siti Hajar, ...dia budak, kerja ruma orang kaya Mesir , …orang kaya tu hadiahkan Siti Hajar kepada Siti Sara, ...pada masa tu Siti Hajar kecil lagi,”Jawab Haji Adnan.
     ”Lagi, abang?”Tanya Cikgu Zainab.
     ”...menurut cerita Nabi Ibrahim duduk jauh, dekat Palestin sana nun,”jawab Haji Adnan.
     ”Lagi, lagi abang?”Tanya Cikgu Zainab.  
     ”...bila Siti Hajar dah jadi anak dara, ...Siti Sara beri dia kahwin dengan suaminya, Nabi Ibrahim, ...lepas tu Siti Sara cemburu, kerana Siti Hajar lawa,”terang Haji Adnan.
     Cikgu Zainab senyum. Bedah merenung wajah madunya.
     “…Siti Hajar pun ngandung, … dekat nak lahirkan anaknya, Siti Sara benci sangat kepada madunya,” terang Haji Adnan.
    “…lepas tu, abang?”Tanya Cikgu Zainab.
    “Lepas tu, Allah perintahkan Nabi Ibrahim hantar isteri mudanya tu ke dalam rimba..., di sini, Marwa dan  Safa, tempat kita sai tu…,” jawab Haji Adnan.
    “Ha, dalam rimba…,”kata Bedah.
    ”...ia dalam rimba, tak ada orang, Nabi Ibrahim tinggalkan Siti Hajar yang sarat mengandung di situ,”jelas Haji Adnan.
    ”Tinggal seorang, dalam rimba...?” Bedah bertanya.
    ”...ia, Siti Hajar lahirkan anaknya, Nabi Ismail di tempat kita sai tu,” jelas Haji Adnan lagi
    ”Macam mana tu,”Tanya Cikgu Zainab.
    “Agaknya macam orang kaum Bedahlah, …beranak dalam rimba...,”sahut Bedah.
    Haji Adnan dan Cikgu Zainab ketawa.
    “…lepas beranak, tak ada air, …anaknya dahaga air, …Siti Hajar berlari ke sana ke sini cari air,” Haji Adnan bercerita.
    Cikgu Zainab dan Bedah sedih.
    ” ...anaknya hentak-hentak tumitnya kepada tanah di situ, ... keluar mata air ..., air Zam Zam tula...,” Haji Adnan bercerita lagi.
  ”Kasian, sedih, ia, kak,”kata Bedah kepada Madunya.
  ”Ialah, ...kalau  kakak entah macam mana…,”sahut Cikgu Zainab. 
  “...Nabi Ismail itulah asal usul Nabi Muhammad,” jelas Haji Adnan.
    ”Oo, begitu ceritanya...,”sahut Cikgu Zainab.
    ”Bedah sedih sanga,,”kata Bedah.
PANAS BARAN
Cikgu Zainab mengangguk.Hatinya telah mendapat hidayah dari Tuhan; hatinya tidak sama dengan hati Siti Sara, isteri Nabi Ibrahim.
    Haji Adnan menambahkan ceritanya, ”...Siti Sara tak ada anak, umurnya sembilan puluh tahun, baru dapat anak, Nabi Ishak.”
     Semenjak Cikgu Zainab tinggal di Mekah, berperasaannya tenang. Aman. Fikirannya lapang. Panas baran tidak tidak menguasai dirinya lagi. Mungkin Allah telah menghapuskan dosanya. Segala dosanya lekang dari tubuh dan jiwanya.
     Seminggu kemudian, Haji Adnan bersama dua isterinya pulang ke tanah air dengan membawa kenangan manis. Dua isterinya, masing-masing mengandung bibitnya. Setibanya mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, mereka disambut oleh Mahyun, Azmi, Dara, Tijah dan Long bersama isterinya.
 - Manuskrip novel, Madu dan Cina, oleh: Mokhtar Petah.


[1] Hadis, Riwayat:Ibni Abbas.
[2] Quran, Al Haj:27.
[3] Hadis,  Riwayat: Abu Hurairah.
[4] Quran, Ali Imran:42.
[5] Al ‘Alaq.

No comments: