Wednesday, November 9, 2011
BERITA LEWAT
HARGA BARANGAN
Ramai rakyat biasa berharap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia,
melakukan siasatan terhadap perbuatan curang di jabatan - jabatan kerajaan
membeli barangan melalui tender dengan harga yang lebih dari harga sebenar.
Perbuatan itu telah lama mereka mengetahui, tetapi mereka tidak dapat bersuara,
tetapi setelah Pengerusi JK Kewangan Parlimen, Datuk Azmi Khalid menyuarakan
perkara itu, mereka tersedar atas perbuatan yang merugikan negara itu.
Menurut mereka, jika SPRM mahu menyuasat, perkara itu mudah amat, kerana
boleh diteliti harga barangan yang dijaul secara borongan dan runcit dan
banding dengan harga yang dibayar oleh jabatan - jabatan kerajaan.
*** ***
JANGAN KE PUTRAJAYA
Seorang politikus Melayu meminta PAS dan parti - parti pembangkan agar tidak
lagi menyebut - nyebut; bila menang dalam pilihan raya kebangsaan ke - 13 nanti
akan menguasai Putrajaya.
Politikus tersebut berkata, ” Saya harap, kalau parti -pembangkang menang
dan berjaya memerintah, tak usah ke Putrajaya, sebaliknya pindahkan jabatan
Perdana Menterid dan semua kementerian dari Putrajaya ke bangunan - bangujnan
milik kerajaan di Kuala Lumpur.
”Putrajaya milik syarikat gergasi di Malaysia, mengapa buang duit kerana
menyewa semua bangunan di sana, sedangkan kerajaan ada bangunan - bangunan
sendiri,” tambanya.
*** ***
TANAH PERTANIAN
Semua tanah pertanian, bekas ladang tea milik Perbadanan Kemajuan Ekonomi
Negeri Perak (PKNPK), di Lenggong,. Boleh disewa oleh syarikat - syarikat untuk
tujuan pertanian, demikian sumber dari perbadanan tersebut.
Tanah dalam kawasan itu telah diagih - agihkan kepada anak - anak syarikat PKNPK untuk dimajukan, tetapi tanah - tanah
tersebut boleh disewakan kepada mana - mana syarikat.
Punca memberitahu, setiap satu ekar tanah akan disewan dengan RM250.00
setahun.
Tanah - tanah ladang tea itu telah gagal sejak lama dulu kerana dikatakan
kurang pengurusan dan pasaran.
*** ***
ASTRO ULANG TAYANG
Para pengguna pancaran udara dari Astro dalam kawasan Lembah Kelang, Puolau
Pinang dan Melaka kecewa dengan sikap Astro kerana menyiarkan cerita - cerita
filem dan drama dengan berulang sedangkan pelanggan membayar dengan keadaan
tinggi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment