Friday, February 26, 2010

QURAN, HADIS DAN LAIN


PERKARA BURUK

Allah tidak menyukai berterus terang dengan perkataan (publishiti) yang buruk, kecuali dari orang – orang yang teraniaya (orang teraniaya boleh didengar keterangannya yang terus terang mengani perkara buruk). Allah itu mendengar dan mengetahui.

An Nisaa:148


HADIS

AKHLAK

Nabi Muhammad s.a.w. telah menjelaskan:Sesempurna orang mukmin imannya, ialah yang baik akhlak (budi perkerti) nya. Dan sebaik – baik anda (lelaki) ialah yang terbaik pergaulan terhadap isterinya.

– Perawi: At Tarmuzi


PETUA

BERSIKAP BIJAK

Jika anda menyertai mana – mana parti politik, hendaklah bersikap bijak (memerhati, bergerak, menyokong dan menentang, kerana dalam parti – parti politik ramai orang yang bertujuan membodohkan para pengikutnya kerana bertujuan hendak mendapatkan kedudukan dan kuasa.



TAHUKAH

WANG RAKYAT

Semenjak Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra hingga kini, kerajaan memungut terlalu banyak wang rakyat, membelanja terlalu banyak wang mereka, disebabkan para menteri bijak menggunakan lidah, tindak tanduk dan berlakon, sedangkan rakyat jelata sekadar seperti kanak – kanak mengulum gula – gula di hujung bilah (lidi) cuma.

No comments: