76 NGO Melayu bergabung
|
|
KUALA LUMPUR 27 Feb. – Demi menjaga kepentingan bangsa, agama dan negara, 76 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu peringkat negeri dan kebangsaan hari ini bergabung di bawah satu payung yang dinamakan sebagai Majlis Perundingan Melayu (MPM).
Menurut Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali, MPM ditubuhkan demi menjaga maruah penduduk bumiputera terutamanya orang Melayu.
“Semakin jelas nampaknya berlaku tekanan terhadap hak dan keistimewaan orang Melayu di tanah air sendiri dan juga kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia.
“Bukan itu sahaja, MPM juga berperanan sebagai benteng yang mempertahankan kedudukan dan kedaulatan Kesultanan Melayu yang sering dipertikaikan,” jelas Ibrahim yang juga antara pengasas MPM.
Beliau berkata demikian ketika Majlis Pelancaran MPM dan juga majlis Menandatangani Watikah Pengisytiharan oleh wakil-wakil NGO yang menganggotai MPM di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, di sini hari ini.
(Berita ini diambil dari Utusan online, 28 Februari 2010)
No comments:
Post a Comment