Saturday, February 20, 2010

QURAN, HADIS DAN LAIN

MANUSIA DAN NIKMAT


Hendaklah manusia itu

memerhatikan

makanannya,

Bagaimana Kami

mencurahkan air melimpah

ruah,

Setelah itu, bumi Kami

belah,

Dan di situ Kami tumbuh

(subur) tanaman yang

berbuah,

Dan buah angur dan

sayuran,

Dan zaitun dan pohon

kurma,

Dan kebun – kebun yang

rapat pepohonnya,

Dan buah – buahan dan

rumput rampai,

Makanan untuk kalian dan

ternakan kalian.

- ’Abasa:24 -32



HADIS

BARANG CACAT

Orang Islam adalah saudara orang Islam.Orang Islam yidak boleh (haram) menjual sesuatu barang yang cacat kepada saudara (orang Islam dan manusia beragama lain) dengan tiak memperlihatkan kecacatan barang itu.

– Perawi: Baihaqi dan Al Hakim.


PETUA

MENENTNG PEMIMPIN

Tidak menjadi salah atau jenayah di sisi agama Islam,tindakan rakyat menentang pemimpin negaranya, jika pemimpin itu membawa gagasan atau sistem yang akan mendatang keburukan atau kehancuran kepada negara, bangsa dan agama Islam. Penentangan itu adalah jhad. – mp.



TAHUKAH

KEMERDEKAAN

Pada masa Tunku Abdul Rahman dan orang Melayu menuntut kemerdekaan bagi Persekutuan Tanah Melayu sebelum tahun 1957, seorang Inggeris, bekas Penasihat Undang – Undang sebuah negeri Melayu, telah menjadi penasihat kepada Persatuan Orang Cina Malaya – MCA. Dialah yang mengapikan orang – orang Cina untuk mempengaruhi penjajah Inggeris, agar mengukuhkan tekanan ke atas orang Melayu, ‘jika mahu kemerdekaan, Persektuan Tanah Melayu hendaklah berkongsi dengan orang Cina dan rakyat keturunan bangsa lain yang tinggal di Tanah Melayu’. Dari situlah bermulanyaorang Melayu terkekang dengan ‘kontrak sisial’.

No comments: