TUTUR DAN SYAITAN
Katakan (Muhammad s.a.w.) kepada hamba – hamba saya (yang beriman), agar mereka bertutur dengan kata – kata yang amat baik (kepada orang – orang yang menentang kebenaran). Sesungguhnya syaitan itu sentisa menghasut antara mereka (yang mukmin dan yang menentang); sesungguh syaitan itu adalah musuh yang amat terang bagi manusia.
– Al Israa:53
HADIS
AMANAH
Nabi mudammad s.a.w telah memberi amaran: Apabila amanah itu telah disia – siakan (oleh pemerintah dan sesiapa sahaja), maka tunggu sahajalah kehancuran (yang mendatang).
– Perawi: Imam Bukhari dan Imam Muslim
PETUA
ISTERI
Jika anda hendak beristeri, terlebih dahulu belajarlah ilmu agama Islam sepatutnya. Jika telah berkahwin, maka ajarlah isteri anda dengan ilmu tersebut, agar isteri anda tidak termsuk dalam hizbusy syaitan (parti syaitan), kerana perempuan yang bersahabat dengan syaitan akan mengakibatkan rumah tangga anda kucar kacir atau porak peranda.
TAHUKAH?
KERJAAN TAK ADA DUIT?
Ramai dari siswazah yang berhasrat memajukan diri dengan perniagaan, perusahaan, pertanian dan ternakan menjadi tawar hati dan kecewa, kerana mereka sering mendengar di mana – mana para menteri melaungkan, bahawa kerajaan sedia memberi bantuan wang kepada mereka (sama ada cara pinjam mahupun gran), tetapi bila mereka pergi ke Agro bank, dalam Bandaraya Kuala Lumpur, pihak bank tersebut memberitahu mereka, peruntukan wang tidak ada. Kerajaan tidak beri peruntukan, kerana kerajaan tidak ada duit.
No comments:
Post a Comment