Sunday, February 21, 2010

QURAN, HADIS DAN LAIN


UNDANG - UNDANG

Dan hendaklah kalian menghukum (memerintah dan melaksanakan undang – undang) antara mereka (orang Islam dan ahli –ahli Kitab), menurut hukum yang diturunkan Allah, dan jangan kalian mengikut kemahuan mereka (orang kafir), agar mereka tidak menyuesatkan kalian dari sebahagian peraturan (undang – undang) yang diturunkan Allah kepada kalian. Tetapi, kalau mereka enggan (melaksanakan hukum yang ditururnkan Allah), ketahuilah, bahawa Allah hendak membinasakan mereka disebabkan sebahagian dari dosa mereka. Sesungguhnya, kebanyakan dari umat manusia, adalah orang – orang jahat. –Al Maidah:49


HADIS

AKHLAK

Rasul Allah, Muhammad s.a.w. memaklumkan: Kebaikan itu adalah tindak tanduk akhlak (budi pekerti) yang baik, manakala dosa, ialah sesuatu perasaan yang tidak baik dalam hati, dan anda merasa tidak senang, sekiranya hal itu diketahui oleh orang ramai.

– Perawi: Imam Muslim.

PETUA

KESALAHAN

Anda melakukan banyak kesalahan kepada orang ramai, untuk menutup kesalahan anda, maka anda menggunakan berbagai cara; misalnya media (yang diupah) atau memihak kepada anda dan mahkamah, tetapi anda tidak insaf, bahawa Allah mengetahui kesalahan anda, maka pada masa sebelum anda meninggal dunia dan orang ramai, Allah akan menimpakan anda dengan berbagai musibat, misalnya kemalangan jalan raya, kebakaran, penyakit ganjil dan sebagainya.



TAHUKAH

SETIAUAHA POLITIK

Ada di antara para Setiasuaha Politik kepada Perdana Menteri, Para menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri, menikmati kehidupan yang lebih mewah dari ketua mereka. Mereka, memilki syarikat – syarikat (guna nama keroni) mengaut wang dari para asuahawan yang berkepentingan dengan kerajaan, menglo atau beberap buah rumah, kenderan mewah beberapa buah, isteri lebih dari seorang dan ada teman wanita.

Mereka bekerja dengan penuh setia pada waktu siang, tetapi,paa waktu malam mereka, di kelab – kelab atau karike dengan para usahawan yang ada kepentingan dengan mereka.

Oleh kerana para pegawai SPRM msiang – msing bermata satu, tangan sebelah, maka mereka tidak dapat mengejar kelajuan para Setiasuaha Politik memburu kekayaan.

Mereka (para SETPOL) lah perosak parti dan negara!

No comments: