Mokhtar Petah
Rundingan Baling’, iaitu pertemuan dan perundingan antara pihak Penjajah Inggerisi yang diawakili oleh Tunku Abdul Rahman, David Marshah (Singapura) dan pemimpin MCA, Tan Cheng Lock (sebelum bersahabat dengan TunkuAbdul Rahman, diaadalah salah seorang tokoh Cinasebran g laut yang anti bangsa Melayu), diadakan di sekolah Rendah, bandar Baling, Kedah, pada 28 dan 29 Disember 1955.
Aku telah menyertai lebi 300 wartawan Radio, surat khabar, majalah, Jabatan Penerangan kerajaan dan pertubuhan Berita Tanah Melayu dan negara – negara seluruh dunia.
Oleh kerana tiada rumah tempat menginap, semua wartawan terpaksa tidur bergelimpangan di kaki lima sekolah dan bangunan – bangunan lain.
Pednjajah British yang gagal menentang pergerakan Parti Komunis Malaya, telah menggunakan Tunku Abdul Rahman – tekanan; jika mahu merdeka hapuskan gerakan Parti Komunis Malaya - , jika mahu menerima Tanah Melayu dari tangan penjajah Inggeris.
Sehari sebelum pertemuan itu diadakan, aku bersama dua belah orang wartawan Tanah Melayu, termasuk para juru gambar, telah menemui pembantu Setia Usaha Agung Parti Komunis Malaya, Chin Thean, di sebuah kedai kopi, di Kelian Intan – pekan lombong bijih timah -, di Hulu Perak, di antara bandar Grik dengan pekan kecil Keroh (Koh Di hulu).
Dalam pertemuan itu,Chin Thean yang fasih berbahasa Inggeris telah membuagt telahan, bahawa perundingan yang akan diadakan di Baling pavsa esoak pagi akan menghadapi kegagalan, kerana penjajah Inggeris menggunakan seorangv tokoh Yahudi, iaitu David Marshall dalam rundingan teresebut.
Katanya, pihak Parti Komunis Malaya telah menjangkakan, bahawa British mahu menekan parti tersebut dengan cara menyerah diri.Tetapi parti tersebut tidak ada hak menyerah diri, kerana mereka menjalankan keputusan Kongres Pemuda Sosialian Sedunia, di New Delhi, pada tahun 1947, iaitu Parti Komunis Malaya bersama Parti Komunis Cina dan badan – badan sosialis seluruh dunia hendaklah membantu semua rakyat mana – mana negara yang dijajah untukmembesas atau memerdekakan mereka.
Kerena Chin Thean meminta para wartawan agar imbargo berita pertemuannya dengan kami, kerana dia khuatir akan mengganggu persidangan bersejarah itu, maka berita itu tidak dikirim oleh para wartrawan kepada media yang mereka wakili.
’ ... Rundingan Baling itu menjadi modal politik penajajah British. Kami akan dicap sebagai degil, pengganas yang sememangnya tidak bertamadun. Macam – macam lagi boleh ditokok tambah oleh pihak berkuasa penjajah British dalam peropaganda perang saraf mereka. Jadi setelah ditimbangkan dengan semasak – masak, kami pun besetuju bahaw abanyak kebaikannya bagi pihak kami untuk pergi berunding, walaupun merundingan itu pasti akan menuju jalan yang bunjtu.
Kami sedar, bahawa Tunku Abdul Rahman tiada akuasa untuk membuat sebrang keputusan dan persetujuan dengan kami. Beliau ketika itu hanyalah seorang Ketua Menteri Malaya, lebih sebagai boneka, penjajah British yanfg sebenarnya mengjuassai tampuk kuasa yang strategik, iaitu terntera, polis dan ekonomi. Bagi pihak penjajah British, mereka mahu menggunakan Tunku senjata politik dalam strategik merekas untuk menewaswkan kami. Manakala Tunku pun bijak juga orangnya, dia akan mengambil kesempatan ini untuk memperkuatgkan lagi kedudukannya dalam brhadapan dengan British untuk menuntut kemerdekaan. Maka tidak hairanlah Tunku tidka mengutuk kami secara melulu seperti David Marshall. David Marshall ini orang Yahudi dan Ketua Menteri Singapura.Agaknya dengan menghentam kami bagaikan babi hutan itu, maka dia akan dipercayai dan disayangi oleh tuannya – penjajah British.
Begitu jugalashj karenahnya dengan Tun Tan Cheng Lock
(Disunting dari manuskrip buku, Memoir, Patah Sayap Bertongkatkan Paruh, oleh: Mokhtar Petah. Editor, Petah Shahrir Aidid).
No comments:
Post a Comment