Wednesday, February 17, 2010

QURAN, HADIS DAN LAIN



MENCARI AGAMA

Sesiapa yang mencari agama lain dari Islam jadikan agama – peraturan hidup - (untuk melaksanakan ibadah, cara – cara menjalankan kehidupan dan perundangan negara),maka selama – lamanya tidak diterima Allah daripadanya, dan dia pada hari akhirat, termasuk orang – orang yang mendapat kerugian. – Ali Imran:85.




HADIS

BERLAGAK

Perawi Hadis, Ibnu ‘Abbas memamklumkan, bahawa Nabi Muhammad s.a.w. melaknat orang – orang lelaki berlagak (meniru gaya, berpakaian dan berperangai) seperti wanita dan para wanita berlagak (demikian) seperti lelaki.

– Perawi: Imam Bukhari


PETUA

SALAM

Adalah amat baik bagi seseorang lelaki dan peempuan berhati jujur kepada orang lain. Pada waktu tertembung di jalanan memberi salam. Salam itu sebagai doa dari seorang kepada orang lain.

TAHUKAH

BERGADAI

Pada masa Tunku Abdul Rahman memimipin UMNO dan tinggal di sebuah rumah di Telaga air, Air Tawar, jalan Kepala Batas – Butterworth, kerana tidak ada wang untuk minyak kereta, makan minum dan sebagainya untuk berjuang dalam UMNO bagi menuntut kemerdekaan negara, beliau telah menggadaikan banyak barang kemas isterinya, Sharifah Radziah.



NOKTAH HIDUP

ILMU SALAH

Lelaki ini sering beramal di tempat – tempat sunyi. Ramai orang memujinya kerana dia rajib beribadat kepada Allah. Malangnya, pada ketika dia hampir nazah, dia payah menghembuskan nafasnya. Seorang alim yang datang menziarahnya, memint, atap rumahnya dibuka sekadar dua ela. Setelah dilakukan demikian, lelaki ini menghembuskan nafasnya. Sebahagian belakangnya telah busuk. Dia telah mati beberapa minggu lalu, tetapi kelihatan masih hidup, kerana ilmu salah(syririkkan Allah) yang diamalnya.

No comments: