DAGING HAIWAN
Makanlah apa (haiwan) yang disebut nama Allah (pada waktu sembelihnya), kalau kalian sungguh – sungguh orang – orang yang beriman kepada keterangan – keterangan Allah.
Dan apa sebabnya kalian tidak memakan apa (haiwan) yang disebut nama Allah (pada waktu disembelih). Sesungguhnya, Dia (Allah) telah menjelaskan kepada kalian apa yang dilarang – Nya buat kalian, kecuali jika kalian dalam keadaan yang terpaksa (memakannya). Dan kebanyakan (orang) betul – betul hendak menyesatkan jalan menurut kemahuan mereka sahaja, dengan tidak berdasarkan pengetahuan. Sesungguhnya Penguasa (Allah) lebih mengetahui orang – orang yang melanggar batasan.
Dan tinggalkan dosa yang terang dan yang tersembunyi, sesaungguhnya orang – orang yang mengerjakan dosa akan didera pembalasan (oleh Allah) nanti, disebabakan dosa yang mereka lakukan.
Dan kalian jangan makan apa (haiwan) yang tidak disebut nama Allah (pada ketika disembelih). Hak itu sudah tentu suatu kejahatan. Dan sesungguhnya syaitan menyamnpaikan kepada rakan – rakannya, supaya mereka menentang kalian, dan kalau kalian mematuhi mereka, tentulah kalian menjadi orang – orang yang mempersekutukan Allah (orang kafir).
– Al Ana’am:118, 119
Penjelasan.
Pada masa ini sebilangan besar dari orang Islam yang membeli makanan (daging haiwan termasuk ayam dan itik) di kebanyakan pasar raya telah memakan yang tidak disembelih dengan menyebut nama Allah, kerana yang menyembelih haiwan – haiwan itu terdiri dari orang – orang beragama Hindu dan agama – agama lain dari Islam, walaupun ada tanda halal.
Makanan seperti itu termasuk dari beberapa restoran makanan segera dan makanan – makanan yang dicampurkan dengan dsaging ayam dan haiwan – haiwan lain, seperti keropok dan sebagainya.
Untuk mengetahui kita termakan daging haiwan yang tidak disebelih mengikut sistem Islam (halal); jika kita hafal Quran, kita sering lupa ayat – ayat Quran, leka atau berat hati untuk melakukan sembahyang, cuai melakukan ibadat, hati jahat dan sering memandang buruk kepada orang lain, takbur dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment