UMNO KUKUH JIKA SEMUA AHLINYA JUJUR
“Kepada orang Melayu dan Bumiputera, saya menegaskan bahawa UMNO sebagai parti teras Melayu, akan terus mempertahankan hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera, kedudukan agama Islam, kemuliaan institusi Raja-Raja Melayu, kedudukan Bahasa Melayu dan memastikan orang Melayu dan Bumiputera mendapat pembelaan sosial dan ekonomi yangseadil-adilnya.
“Kepada kaum lain, UMNO sebagai parti teras kenegaraan tetap menghormati hak kaum lain seperti yang termaktub dalam Perlembagaan,”
Sehubungan itu, Muhyiddin dalam ucapannya bertajuk ‘Menjulang Perjuangan, Mengisi Harapan’, mahu perasaan curiga antara kaum dibendung segera bagi mengelak percikan api kemarahan menjadi letusan yang memusnahkan segala nikmat keamanan, kemakmuran dan perpaduan yang dibina selama ini.
“Debat perkauman mesti dihentikan, bukan esok atau lusa, tetapi sekarang. Hormatilah dan terimalah keluhuran Perlembagaan yang sudah meletakkan asas-asas bagi negara kita.
“Saya yakin dan percaya, bahawa rasa curiga antara kaum akan dapat diatasi sekiranya semua kaum mendapat jaminan bahawa hak-hak mereka yang termaktub dalam Perlembagaan dipertahan dan dihormati dalam apa jua keadaan,”
Madah poltik Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada ketika merasmi serentak Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO, di Pusat dagangan Dunia Putra, di sini pada malam tadi.
Setelah meneliti ucapan Muhyiddin Yassin, saya tertarik hati dan timbul keyakinan UMNO akan terus kukuh dan diterima oleh orang Melayu yang cenderung kepada kebangsaan Melayu, Raja Melayu dan agamaIslam
Beliau memberi pengakuan: “UMNO akan terus mempertahankan hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera, kedudukan agama Islam, kemuliaan institusi Raja-Raja Melayu, kedudukan Bahasa Melayu dan memastikan orang Melayu dan Bumiputera mendapat pembelaan sosial
dan ekonomi yang seadil-adilnya.”
Pengakuan beliau adalah pengakuan berdaulat. Setiap ahli UMNO mestilah berfikir dengan mendalam dan melaksanakan perjuangan tersebut dengan hati yangb iskhlas sebagai ‘pejuang suci dan kerana Allah’.
Sesungguhnya madah Muhyiddin Yassin itu sama dengan mada Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahthir Mohamad dan Tun Abdullah Badawi.
Kata dan kaliat itu telah menjadi sebagai mentera dalam jampi orang Melayu. Tetapi yang menhairankan, mengapa pada masa – masa ke hujung ini, kedudukan UMNO kelihatan tidak bermaya, sebilangan ahlinya tidak bersemangat yangh kental dan sebilangan ahlinya ‘kejar peluang – ke dudukan dan kekayaan dan bukan berjuang seperti yang dituntut oleh mereka yang jujur dalam parti politik Melayu itu.
Setiap ahli UMNO, sama di peringkat atasan mahupun peringkat bawahan, hendaklah memandang perjuangan yang dituntut oleh UMNO sebagai tanggungjawab dan bukan sebagai satu alat untuk mengejar kedudukan dan kemewahan hidup.
Sebab utama sebilangan besar orang Melayu yang kuat berpegang kepada Islam – meliputi peribadatan, politik, ekonomi dan sosial – tidak menyokong UMNO, kerana sejak ditubuhkan pada tahun 1946 dan hingga kepada UMNO baru ditubuhkan dalam zaman Perdana Mentgeri Tun Dr Mahathir Mohamad, tidak berminat memerintah negara ini mengikut sistem Islam atau negara Islam.
Semua irang mengetahui, UMNO menentang secara terang – terangan hukum hudud Islam. UMNO hanya melaksanakan Islam segala diluar sistem pemerintahan Islam dan politik Islam,
Pada zaman ini, golongan muda orang Melayu mempunyai pengetahuan Islam yang ledbih luas dari zaman Tunku Abdul Rahman, maka, jika UMNO mahu ia disambut oleh sebilangan besar orang Melayu, maka ia perlu meminda perlembagaannya mengenai Islam dan pemerintahan mengikut sistem Islam.
Saya yakin, selagi UMNO tidak mengadakan silaturahim dengan PAS, parti umat Islam yang terbesar di negara ini selain dari UMNO, maka UMNO akan tidak mendapat sokongan penuh oleh orang Melayu. Mereka tidak yakin UMNO akan menjamin mempertahankan agama Islam, iaitu agama yang menjadi pembimbing kepada pemerintahan negara seperti yang telah dilaksanakan oleh Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam.
Maka, saya berharap, Perhimpunan Agung UMNO kali ini, setiap mereka ayang hadir menjadi wakil, dapat membuka minda dan meluahkan madah atau kata, agar UMNO berubah corak lamanya kepada corak baru; menerima Islam sebgai dasar negara dan bekerjasama dengan parti politik yang berjuang untuk menegakkan negara Islam.
Saya telah pernah menulis, setiap orang Melayu jangan berfikir untuk menolak dan memusnahkan UMNO, kerana melakukan demikian, bererti menjadi pemusnah kepada bangsa Melayu. Jangan ada orang Melayu atau orang lain yang berusaha memusnah atau membunuh PAS, kerana tindakan tersebut bererti memusnahkan agama Islam.
Dengan hati yang Islam, saya mengucapkan ‘selamat bersidang’ kepada UMNO. – Mokhtar Petah
No comments:
Post a Comment