Mokhtar Petah
Kampung Behrang Ulu, Tanjung Malim.
Bekas ketua Angkatan Pemuda Insaf (API) cabang pemuda dalam Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan Ketua Parti Rakyat Malaysia, Ahmad Boestamam atau Abdullah Sani bin Raja Kechil, lahir di kampung Behrang Ulu, Tanjung Malim, pada 30 November 1920.
Kerana dia politikus dan saya penulis dan kerana dia penulis dan saya juga penulis, maka kami jadi rakan karib yang tidak sejalan ideologi politik.
Pada 1960 –an, beliau mengajak saya ke kampungnya, Behrang Ulu. Ikut serta kami, Allahyarham Shaharuddin – rakan karib Rashim Maidin.
Di kampung itu kami dijamu makan tengahari oleh ibu saudar Bostamam. Makan buah durian dan buah – buahan tempatan.
Pada waktu rehal lepas sembahyang Zohor, Boestamam berkarta kepada kami, ” Kampung nilah yang timbulkan ilham saya berjuang menentang penjajah Inggeris...”
”Kalau dilihat dsalam sejarah Melayu moden, Negeri Perak dan Pahang telah lahirkan pahlawan – pahlawan Melayu menentang penjajah Inggeris ...,”katanya.
”Ia, sungguh, Boes,” sahut Shaharuddin.
Saya mengangguk.
”Di Pahang, lahir pahlawan Mat Kilau, Dato’ Bahaman, Ibrahim Yaakob, Ishak Haji Muhammad atau Pak Sako, Abu Samah Kassim ...,” jelas Boestamam sambil meraut peluh di dahinya.
”Di Negeri Perak ni, pahklawan pada zaman Pasir Salak ..., J.W.W. Birch dibunuh oleh pahlawan Melayu, hingga pada masa ini, Dr. Boerhanuddin Helmi, Ustaz Abu Bakar Al Baqir, Rashid Maidin, Abdullah Che Dat, Haji Ahmad Fuad Hassan ...,” jelas Boestamam lagi.
Ahmad Boestamam meramal dengan berkata,” Mokhtar, U tunggulah, kalau I mati dulu, I tunggu kalau U mati dulu ..., pada satu masa nanti sekitar kawasan kampung Behrang ni akan jadi bandar ...”
Pada masa itu, saya kurang yakin akan cakap Boestamam itu.
Beberapa tahun kemudian apabila Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Perak melaksanakan pembangunan, maka kawasan Behrang telah dibangunkan menjadi bandar baru, iaitu, Proton City.
Pada masa ini, sesiapa yang melalui lebuh raya Utara – Selatan, tiba di antara Tanjung Malim – Slim River(Saya harap Kerajaan tukar nama ini kepada Sungai Cantik) dapat melihat papan tanda Behrang.
Antara buku – buku novel karaya Boestamam, ialah: Api Itu Masih Membara, Putus Sudah Kasih Sayang, Surung Makan Tarik Makan dan Rumah Kaca Digegar Gempa.– (mp)
No comments:
Post a Comment