Saturday, November 7, 2009

SAJAK (ulangan)


MEREKA BERDOSA


Dari perlis hingga ke sabah,

Hening ribut banjir di hati,

Siput laut tonggek ternganga,

Mengigil lotong kakah dan semua serangg,

Dik laung jerekah pemimpin kita.

Najib, Hadi, Anwar pejuang bangsa.



Laksana pintu penajara mulut Ulama zuhud,

Ahli fatwa bukan taraf mereka,

Arif amat mereka; para pemimpin berdosa,

Laung pekek sepanjang masa,

Kukuk berderai ekor ke gelegar jua;



Biar Melayu – ummah – bersengketa,

Najib mengepung idea dalam diri,

Laksana enggang jantan mengeram telur,

Hadi moyok hadapi jihad mulia,

Laksana golf (golongan lemah fikiran),

Anwar payah di persimpangan, abimiah,

Islamkah atau asobiyah ciptaan manusia.



Najib dan Hadi berdosa,

Anwar pikul dosa bersama,

Kerana abaikan amanahAllah ,

Hendarkan sengketa sesama ummah,

Berpadu kukuh bawah satu kalimah,

’Allah’ – Islam negara bertuah.



Pasir Salak .....................................Mokhtar Petah

------------------------------------------------------------------------


No comments: