Tuesday, November 17, 2009

QURAN, HADIS DAN LAIN



MUTA’AH

Hai Nabi (Muhammad s.a.w.), sabdakah kepada isteri – isteri anda: “Sekiranya kalian semua mahukan kehidupan dunia (yang mewah) dan perhiasannya (yang indah – indah), maka, marilah agar saya berikan kepada kalian pemberian mut’ah (sagu hati), dan saya lepaskan kalian dengan cara yang sebaik – baiknya.

Dan sekiranya kalian semua mahukan (keredaan) Allah dan Rasul – Nya (serta nikimat kemewahan) di negeri akhirat, maka sesungguhnya Allah menyediakan untuk orang - orang yang berbuat baik di antara kalian: Pahala yang besar”. – Al Ahzab: 28, 29.

Nota: Berpandukan ayat inilah, suami isteri dibolkehkan bia’ah dalam perjuangan masing – masing, kalau isteri tidak mahu mengikut perjuangan suami menegakkan negara Islam, maka bolehlah dilakukan bia’ah berfarak, iaitu bercerai.

HADIS

MANUSIA

Rasul Allah, Muhammad s.a.w. memaklumkan: Semua manusia dari (Nabi) Adam dan Adam (dicipta Allah) dari tanah. Tidak ada sesuatu kelebikan orang Arab dari orang Ajam (lain dari Arab), melainkan dengan taqwa (kepada Allah).

Perawi: Imam Bukhari

PETUA

CINTA

Cintakan Allah, hanya satu. Cintakan Nabi Muhammad, hanya satu. Cintakan isteri hanya satu atau 4 (atau 9). Cinta yang rambang kepada wanita membawa kemusnahan. Kebanyakan wanita itu racun; di ekor ada syaitan dan di kepala ada racun.

TAHUKAH

ARAK

Pada waktu rombongan dari Persekutun Tanah Melayu yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra, mengadakan istiadat menandatangani perjanjian kemerdekaan PTM dengan pihak penjajah Inggeris, di ketuai oleh Setiausaha Negara Inggeris, Lenonox Boyd, pada 8 Februari 1955, tidak dijamu air kopi dan tea, tetapi dijamu dengan arak jenis terbaik dalam gelas yang paling baik.

No comments: