Monday, November 9, 2009

QURAN, HADIS DAN LAIN



BERJUANG


Berjuanglah (di jalan) Allah dengan perjuangan yang sebenarnya. Dia (Allah) telah memilih kalian dan tidak dijadikan kesempitan dalam agama (Islam) itu seperti kepercayaan bapa kalian, Ibrahim. Dia (Ibrahim) telah menamakan kalian muslimin dari dahulu dan pada waktu (Quran) ini; agar Rasul (Muhmmad s.a.w.) itu menjadi saksi kepada kalian, dan kalian menjadi saksi kepada umat manusia. Oleh itu (kalian) tetapkanlah mengerjakan sembahyang dan menunaikan zakat dan berpegang teguh kepada Allah. Dia pelindung kalian – Pelindung dan Penolong yang paling baik. – Al Haj: 78


HADIS


FAHAMAN YAN LUAS


Rasul terakhir, Muhammad s.a.w. bersabda: Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah, di kurnia kepada fahaman yang luas dalam agama (Islam).

Perawi: Imam Bukhari.

Nota: Fahaman yang luas, iaitu agama Islam tidak sekadar mengajar umat manusia beribadat semata – mata. Di ajar mejalankan kerja – kerja yang makruf dalam bidang kehidupan rumah tangga, masyarakat dan negara. Melaksanakan politiki dan ekonomi menurut yang ditunjukkan Islam seperti dalam Quranh. Ertinya setiap orang Islam mestilah menegakkan negara Islam.


PETUA


PEMIMPIN


Peringatkan pemimpin kalian agar dia kuat berpegang kepada Islam. Mengamalkan urusan masyarakat dan negara mengikut Islam. Katakan kepadanya, bahawa sesungguhnya negara Islam sahajalah negara yang diredai Allah dan negara – negara laintidak diredai - Nya.

No comments: