Thursday, November 26, 2009

QURAN, HADIS DAN LAIN


IBADAH HAJI DAN KORBAN

Dan (ingatkanlah perisitwa) pada ketika Kami tentukan bagi Nabi Ibrahim tempat Ka’abah (untuk mebinanya bersama puteranya Nabi Ismail, lalu Kami berfirman): Jangan anda sekutukan sesuatupun dengan Aku dan bersihkanlah rumahKu (Ka’abah) ini bagi orang – orang yang tawaf (mengelilingi Ka’abah tujuh kali) dan mereka yang berdiri dan ruku’ serta yang sujud (mengerjakan ibadah sembahyang).

Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadah HAHI, nescaya mereka akan datang ke (rumah Allah) anda dengan berjalan kaki dan dengan menunggang berjenis – jenis unta yang kurus (sekarang dengan kenderaan darat, udara dan laut), yang datang dari berbagai jalan yang jauh (seluruh dunia).

Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari – hari yang tertentu, kerana pengurniaan – Nya kepada mereka dengan haiwan – haiwan ternakan (untuk dijadikan korban); dengan yang demikian kalian makanlah dari (daging haiwan – haiwan korban itu) dan berilah makan kepada orang – orang yang susah, fakir miskin.

Kemudian hendaklah mereka membersihkan diri (setelah menyempurnakan ibadat haji yang tertentu, hendaklah membuka ihram dan membersihkan diri serta bercukur atau menggunting rambut dan dilengkapkan dengan zikir takbir dan tahmid), hendaklah mereka menunaikan nazar – nazar, dan hendaklah mereka tawaf (menglilingi) baitullah (Ka’abah) yang tua itu. – Al Haj: 26 - 29


AHADIS

BERDIRI KETIKA SEMBELIH

Dari Ali radhiallahu ’anhu: Sesungguhnya Nabi sallallahu alaihi wasallam memerintahkan kepadanya supaya berdiri pada keika menyembelih unta korbannya, lalu keseluruhan daging korban itu supaya dibahagi – bahagikan (kepada orang – orang fakir dan miskin), kulit dan pelananya diberikan kepada tukang sembelih.

Sahih Bukhari


PETUA

JAMAH MAKANAN

Walaupun anda orang kaya, jika anda mendatangi rumah seseorang pada hari raya, jamah dan makanlah makanan yang dhidangkan itu, walaupun sedikit cuma. Perbuatan anda itu menjalin – eratkan silatur rahim sesama umat Islam.

TAHUKAH?

DUA HATI

Kebanyakan orang Islam yang menunaikan fardu haji di Makah mempunyai dua hati, hati pertama, menumpukan ibadat kepada Allah, dan hati yang kedua ingatkan Allah sedikit tetapi ingatkan harta banyak.

No comments: