Thursday, November 12, 2009



KEBAJIKAAN DAN KECELAKAAN

Segala kebjikan yang kalian perolehi itu adalah kurniaan dari Allah dan segala kecelakaan – musibat – yang menimpa diri kalian itu adalah disebabkan kesalahan kalian sendiri. – An Nisa:79

HADIS

PENGETAHUAN

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Baiknya urusan keduniaan dan urusan keakhiratan itu berserta (bergangtung) kepada pengetahuan (kepandaian), dan buruknya urusan kedunidaan dan urusan keakhirann itu dibebabkan kejahilan.

Perawi: Imam Bukhari.

PETUA

PEMIMPIN

Jika anda di takdirkan diangkat menjadi pemimpin masyarakat atau rakyat umum, yang utama anda senentiasa ingatkan Allah, kekalkan perasaan rendah diri dalam diri anda dan hindarkan perasaan takbur, tidak amanah dan berbohong.

TAHUKAH?

SATU LAWAN SATU

Semenjak Allah menjadikan manusia pertama, Adam alaihis salam hingga pada hari ini, telah wujud satu lawan satu, iaitu, Wujud Adam aliahis salam dan isgterinya, Hawa, wujud Iblis derhakakan Allah dam merosak manusia.Begitulah seterusnya, ada Qabil ada Habil (dua putera Adam), Ada Nabi Musa alaihis salam, ada Firaun laknatullah, ada Muhammad s.a.w. ada Abu Lahab dan Abu Jahal. Ada gerakan Islam ada pula musuh yang merosakkannya.

No comments: