PENGETAHUAN ISLAM DI MONGOLIA
Beliau adalah duta Mongolia ke negara - negara Islam dan Penasihat Polisi Penanamasn Modal kepada Perdana Menteri negara tersebut.
Buku - buku agama yang diterbitkan oleh pertubuhan tersebut, adalah dalam bahasa Mongol dan tulisan atau huruf Rusia, di bawah seliaan para ilmuan Islam lepasan Universiti Al Azhar, Masir dan Madinah, di antara mereka, Batirbyek Khadys , pengarah Eksekutif pertubuhan dan Amankyeldi Khuanysh, Timbalan Pengrah Eksekutif.
Buku - buku Islam
Semua buku yang diterbitkan mengandungi pengetahuan Islam dalam bidang fardu 'ain dan meliputi peribadatan: Sembahyang, puasa, zakat dan haji. Setiap buku itu dihiaskan dengan ayat - ayat Quran dan Hadis serta gambar - gambar menarik yang berhubungan dengan tiap - tiap pengetahuan tersebut.
Majalah - majalah Islam
Selain dari buku - muku dan majalah - majalah, kegiatan mengembangkan agama Islam di seluruh Mongolia, dengan mengadakan kelas - kelas agama untuk kanak - kanak, ceramah, seminar dan sebgai.
Pertubuhan Islam Mongolia telah mendapat perhatian negara - negara Islam dalan kepompong OIC. Beberapa negara Islam telah menghulukan bantuan wang kepada pertuhuhan tersebut untuk membina masjid dan sekolah agama.
Masjid Sedang dibina
Pada masa ini umat Islam di Ulaambaatar menunaikan fardu Jumaat, di markaz pertubuhan tersebut dalam sebuah gedung perdagangan.
Sebuah kompleks masjid yang sedang dibina di tengah - tengah bandaraya Ulaanbaarat dengan kos lebih USD3 bilion, di antaranya dari Arab Saudi sebanyak USD1.8 bilion dan selebihnya dari negara lain dan wang yang dipungut dari umat Islam Mongolia.
Pada petang saya dan rombongan dari Malaysia melawat ke masjid yang sedang dibina tiga tingkat itu, Sairaan KADER memberitahu saya, bahawa dalam kompleks masjid tersebut, di antaranya dewan kulia, bilik - bilik darjah agama Islam dan perpustakaan.
Pemerintah Mongolia - negara mengamalkan demokrasi, bekerjasama erat dengan pertubuhan Islam dan umat Islam di sana. Tidak ada pertelagahan antara ke dua pihak.
Umat Islam, umat Budha, umat Kristian dan umat yang menganut komunisme dan atheisme di Mongolia, saling bekerjasma dan mempertahankan perpaduan ketahanan negara yang diasaskan oleh Ganjis Khan dan Kubalai Khan.
Pada umumnya umat Islam di Mongolia mengikuti mazhab Ahlus sunnah wal jamaah - Sunni.
Dalam kesempatan berbincang dengan pihak pertubuhan Islam Mongolia, di ketuai oleh Sairaan KADER, saya mendapati, betapa baiknya, jika ada pihak - pihak di Malaysia menubuhkan sekolah agama Islam yang bersistem seperti sekolah menengah agama tajaan Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri Kelantan dan kerajaan , kerajaan negeri yang lain, kerana umat Islam di sana berhajat menghantar petera puteri mereka untuk melanjurkan pelajaran Islam di kolej dan universiti di Malaysiua.
Saya nampak, Bank Islam Malaysia, Bank Rakyat Malaysua,Takaful Malaysia, Perbadanan Tabung Haji Malaysia dan Perbadanan Nasional, elok benar jika mengembangkan saya masing- masing di Mongolia.
Untuk tujuan tersebut, boleh hubungi saya: mokhtarpetah@hormail.com.
No comments:
Post a Comment