(Ulangan)
DOSA
MEMANDU DI JALAN RAYA
(Oleh: Noor Iskandar)
Perebuatan memandu di jalan raya yang menyalahi undang-undang sukar dibenteras, selagi kenderaan-kenderaan moden wujud, minyak ada dan kemudahan-kemudahan lain senang di dapati. Walau bagaiamana pun jika ada kerjasama dari semua pihak, ditambah pula dengan peraturan-peraturan baru dan akhlak mulia, maka perbuatan itu mungkin dapat dikurangkan atau tidak wujud lagi.
Memandu tidak sopan di jalan raya ini, pada umumnya dilakukan oleh mereka yang mempunyai kelayakan memandu kenderaan bermotor, iaitu memiliki lesen memandu.Mereka juga mempunyai ilmu pengetahuan.Ada di antara mereka lepasan universiti atau pusat pengajiann tinggi.Pada hakikatnya mereka itu mengikut darah muda atau berada dalam golongan frustrated (kecewa), tekanan perasaan dan tidak memiliki akhlak mulia.
Untuk mengurangkan dan seterusnya mebasmikan perbuatan tersebut, maka beberapa tindakan tegas perlulah dilaksanakan.Di antaranya:
a. Tindakan undang jalan raya.
b. Bimbingan akhlak mulia dan sibik.
c. Memandu mengikut peraturan Islam.
Undang - undang jalan raya (mengguna dan memandu kenderaan) hendaklah disepadukan dengan ajaran etika atau akhlah islamiyah dan hukum-hukum dalam Islam yang mencakupi hukum bunuh diri, qisas (bunuh balas) dan diat (ganti rugi atas kehilangan dan kecederaan anggota).
Peranan untuk memberi ajaran etika atau akhlak islamiyah selain dari dilakukan oleh guru-guru agama, maka pihak, Majlis Keselamatan Jalan Raya,Kementerian Pengangkutan, Jabatan Pengakutan Jalan dan Polis Diraja Malaysia hendaklah mengambil inisiatif dengan mengadakan guru-guru agama dari kalangan angota-anggota polis.
Sekurang-kurangnya tiap-tiap pemandu yang ditahan, di konpaun atau didenda kerana kesalahan yang berhubungan dengan menggunakan jalan raya, diberi kepada mereka kurus atau kertas yang mengandungi nasihat-nasihat ringkas mengandungi etika memandu atau akhlak mulia dan seumpamanya.
Satu cara lagi pihak Jabatan Pengangkutan Jalan Raya mengasdakan buku panduan memandu di jalan raya. Buku itu juga mengandungi peraturan memanda cara Islam dan etika atau akhlak mulia yang berkonsepkan Islamiyah.
Bimbingan dan tindakan yang penuh tanggungjawab dan telus perlulah dilaksanakan untuk menjadikan setiap pemandu kendeaan di jalan raya memahami dan mengamalkan ajaran dalam Islam seperti firman Allah Taala dalam al Quran, iaitu:
Dan jangan kamu merugikan manusia- manusia terhadap hak-hak mereka dan jangan kamu melakukan kejahatan di muka bumi dengan membuat kerosakan.
Hud: 85
Jika langkah atau tindakan yang berkonsepkan agama Islam dapat dilaksanakan, maka saya yakin perbuatan yang menyalahi undang – undang jalan raya dan kemalangan dapat dikuranhgkan dan lama kelamaan akan terhapus.
* Etika atau akhlak Islamiyah: Menegah seseorang berlaku biadap
atau tidak sopan pada waktu memandu atas jalan raya, seperti
memecut kenderaan sehingga mengganggu atau membahayakan
orang ramai, merempuh peraturan lampu isyarat, melanggar garisan
garisan tertentu atas jalan raya. Misalnya pada waktu kenderaan
berhenti berjejal di hadapan lampu merah dan pada sebelah kiri ada
dua harisan berterusan, datang kenderaan lain memotong atau
merentas dua garisan itu kerana hendak memotong kereta lain.
Akhlak atau etika boleh dilaksnakan berlandaskan hadis Nabi Muhammad s.a.w.:
Sesungguhnaya aku dibangkitkan untuk menyempurnakan akhlak.
- Hadis, perawi: Al Baihaqi
* Hukum bunuh diri: Sesuatu benda yang digunakan dengan sengaja untuk membahayakan diri sendiri hingga membawa kepada kematian, adalah dihitung membunuh diri. Demikian juga dengan kenderaan; memandu kenderaan dengan laju dan tidak bersopan, sekiranya berlaku kemalangan yang mengakibatkan kematian, maka perbuatan itu sama dengan membunuh diri sendiri.
Mungkin ada yang berkata, bahawa kemalangan itu tidak sengaja. Tetapi kalau memandu kenderaan terlalu laju (melebih had laju yang ditetapkan) atau memandu dengan membahayakan pengguna - pengguna jalan raya, -tidaklah boleh disifatkan tidak sengaja, kerana pengguna-pengguna kenderaan itu sedar perbuatannya itu boleh mengakibat kemalangan.
Agama Islam menegah manusia melakukan perbuatan membunuh diri.Orang yang melakukan perbuatan itu adalah orang yang tidak beriman kepada Allah. Orang yang mati kerana membunuh diri, bahawa kematiannya adalah kematian orang tidak dalam iman (kafir). Kita boleh berpandu kepada dua firman Allah di bawah ini:
Orang-orang yang putus asa (putus harapan) dari rahmat Allah,hanyalah orang-orang sesat (tidak beriman kepada Allah).
- Al Hijr:56
Katakanlah: Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas mencelakanakan dirinya sendiri! Jangan kamu putus harapan dari kurniaan Allah! Sesungguhnya Allah itu mengampuni setiap dosa. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun dan Penyayang.
- Az Zumar: 53
* Hukum Qisas (bunuh balas): Seseorang yang memandu dengan tidak
bersopan mengakibatkan orang lain terbunuh, maka kematian mangsa
itu tidak sekadar boleh diselesaikan di mahkamah biasa sahaja, tetapi
mestilah mengikut hukum Qisas (bunuh balas). Dengan mengikut
hukum tersebut orang yang menjadi penyebab kematian mangsa itu
terlepas dari dosa.
Hukum ini berdasarkan firman Allah dalam al Quran:
Hai orang-orang yang beriman! Di wajibkan ke atas kamu qisas (bunuh balas) dalam perkara pembunuhan: Orang merdeka dengan orang merdeka, hamba dengan hamba, perempuan dengan perempuan. Barang siapa dimaafkan oleh saudaranya (mangsa), dengan meminta pembayaran hendaklah diturutnya secara patut dan pembayaran dengan sebaiknya. Itulah keringanan dan rahmat dari Tuhan kamu sekalian, oleh itu, siapa yang melanggar sesudah itu nescaya ia beroleh siksa yang pedih.
Al Baqarah: 178
* Hukum Diat (ganti rugi atas kehilangan dan kecederaan
anggota),iaitu balas dengan kehilangan dan kecacatan anggota
juga, tetapai boleh dipertimbangkan oleh mahkamah Islam dengan
menggantikan dengan pembayaran. Hukum ini berdasarkan firman
Allah dalamal Quranul karim:
Dan kami telah perintahkan di dalamnya (kitab-kita Allah), bahawa jiwa-dibalas- dengan jiwa, mata dengana mata, hidung dengna hidung, telinga dengan telinga dan gigi dengan gigi, bahkan luka pun ada balasannya. Barang siapa yang rela menjalankan hukuman, dia memberikan tebusan dosa. Barang siapa yang tidak menghukum menurut apa yang diturunkan Tuhannya , itulah orang-orang yang zalim.
- Al Maidah: 45
Setiap orang Islam yang melakukan kesalahan di jalan raya dan jika berlaku kemalangan yang mengakibatkan seperti perkara - pekara di atas, iaitu dikenakan kisas atau diyat, maka kalau dia tidak menyelesaikan hukuman mengikut agama Islam, maka dia akan tetap berdosa dan tobatnya tidak diterima oleh Allah kerana bersangkutan dengan orang lain.
Denda atau hukum penjara yang dikenakan oleh pihak berwajib, tidak dapat menghapuskan dosanya.
(Tamat)
No comments:
Post a Comment