SEGUMPAL CINTA DI MONGOLIA
Oleh: Mokhtar Petah
Pada satu tengah hari, di Ulaanbaatar.
Semua kerusi yang menglilingi meja – meja dalam dewan restoran itu diduduki para pelanggan. Azmi duduk atas kerusi berjirankan tiga kerusi kosong dan menghadapi meja kosong jua. Sebentar lagi pelayan akan datang ke mejanya.
”Daging lembu, kambing tak halal, makan sayuran cukuplah ..., minum tea Afghanistan ...,” hati Azmi bermdah kepada dirinya.
Dua biji matanya dihumbankan kepada wajah manusia – manusia dalam perut restoran itu. Manusia Mongolia, Rusia, Kanada, Francis, Cina, Jepun dan dari negara –negara lain.
Seorang wanita muda, berpakaian ala wanita Rusia, berdiri disisi menja, di hadapan Azmi. Azmi senyum. Hormat kepada wanita itu.
”Boleh saya duduk, di kerusi ini?” Wanita Muda Mongolia bertanya kepada Azmi.
”Boleh, silakan, saya seorang sahaja.” sahut Azmi penuh hormat.
”Terima kasih,” sahut wanita itu.
Mereka bertutur dalam bahasa Inggeris.
Perempuan muda itu melabuhkan punggungnya atas kerusi di seberang meja Azmi. Senyumannya berbunga mekar. Dua bola matanya galak. Manis.
”Saya, Norman Aqiimaa,” suara wanita itu manis. Mesra.
Tangan kanannya yang lembut dihulurkan kepada Azmi. Dengan rasa hormat, tangan itu disambut. Jari jemarinya memeluk tangan wanita itu. Dia tahu, wanita itu masih gadis.
“Saya Azmi, dari Malaysia,”sahut Zami.
Dua bola amatanya bergolek laju ke dalam sepasang mata gadis tersebut.
“ ...bertuah, saya bertuah bertemu pemuda dari Malaysia ...,”sambut Norman Aqiimaa.
Suara Norman Aqiimaa patah di situ. Terbayang dalam mindanya; wanita muda Mongolia, mengejar kekasih, telah mati berkecai daging, tulang, belulang dan urat sarafnya di negara pemuda di hadapannya.
“Saya juga bertuah bertemu dngan gadis manis negara terkenal ini ,” sahut Azmi dan tanganya masih memeluk tangan Norman Aqiima.
Mereka bertemu di Modern Nomad Restaurant yang telatak di hadapan Children’s Recreation Centre, dalam Bandaraya UIaanbaatar.
Azmi, jurutera muda dari Malaysia. Sejak tiga bulan yang lalu, dia berkhirmat dalam syarikat orang Kanada yang menjalankan perusahaan melombong emas di padang pasir, kira – kira 50 kilometer dari Ulaanbaatar.
Norman Aqiimaa bekas mahasiswa jurusan ekonomi dan politik, di School of Economic of National University 0f Mongolia. Di samping bekerja dalam syarikat bapanya, dia menjadi tutor sains politik, di university tersebut.
Entah mengapa, menatap wajah pemuda Malaysia, hatinya terbuka; terasa dirinya laksana kutum bunga kembang pagi sedang di belai kumbang.
*****
“Tak salah kita bercinta, bukan?”
“Ia, saya pemuda Melayu, tak salah bercinta dengan gadis secantik ini.”
“Memuji, Nampak.”
“Puji kekasih kepada kekasih.”
“Terima kasih.”
“Sama – sama.”
“La ilaha illallah, Muhammad rasulullah ...,non has the right to be worshipped but Allah, Muhammad is the messenger of Allah,” Norman Aqiimaa mengucap dua kalimat shayadat.
Sejenak kemudian, Norman Aqiimaa menuturkan erti dua kalimah syahadat itu dalam bahasa ibundanya. Faham benar dia akan ertinya. Hatinya penuh yakin kepada Allah dan rasul-Nya,Muhammad.
Dia faham dalam dua kaliam itu terkandung ajaran kenal diri; mansuia, kenal Tuhan, iman, ihsan, amanah dan akhlak mulia.
Norman Aqiimaa senyum. Senyumannya bertaut dengan senyuman kekasihnya.
“Sayang, sekarang, Norman ..., aseorang Islam ..., mukminah ...,” kata Norman Aqiimaa dalam perasaan yang paling gemnbira dalam hidupnya.
“Ia, sayang, saya seorang Islam ..., mukmimah, kekasih saya ..., pemuda Malaysia ...,” sahut Azmi dan meramas mersra tangan kanan kekasihnya.
Norman Aqiimaa senyum. Dua bola matanya dibenamkan dalam dua telaga mata kekasihnya. Dua ulas bibirnya basah, laksana kuntum mawar mekar pada waktu pagi.
“Norman telah jadi wanita Islam, Norman mahu Azmi ajar Norman ilmu Islam, ajar Norman sembahayang ..., puasa ...,” kata Norman Aqiimaa. Manja.
“ Ia, Insya Allah ..., saying, esok kita pergi ke markas Pertubuhan Islam Mongolia, kita dapatkan buku – buku Islam, Norman boleh baca, boleh faham ...,” kata Azmi.
“Ia, kita pergi esok ..., kita jumpa Tuan Sairan Kader ..., dia ketua pertubuhan Islam di sini ...,” sambut Norman Aqiimaa.
“Ia, esok kita pergi, saying ...,” sahut Azmin sambil mencuit dagu kekasihnya.
*****
“Azmi, Norman telah menjadi wanita mukminah ...,” Kata Normain kepada keaksihnyapsda satu petang.
“Syukur, saya syukur kepada Allah, Norman seorang mukminah ..., kita berada dalam segumpal cinta murni ...” sambut Azmi.
“Normin baca dalam buku Hcaam Hmah fhbaaat ini, Allah firman: ‘Hai orang – orang yang beriman, taqwalah kepada Allah dengan sungguh – sungguh taqwa ....,” kata Norman Aqiimaa sambil menunjuk buku Islam dalam bahasa Monggol kepada keksihnya.
“Ia, ertinya, Norman memeluk Islam tidak kerana cintakan saya sahaja, tapi beriman dan cintakan Allah yang utama ...,” sambut Azmi lalu menyambut buku warna merah hati setebal 296 halaman itu dari tangan keksihnya.
“Sayang, Allah berfirman: Jangan kalian mati melainkan kalian mati sebagai orang Islam ...,” suara Norman Aqiimaa laksana suara wanita sufi, Rabi’atul Adawiah.
“Ia, sungguh,” sahut Azmi.
Norman Aqiimaa merenung wajah kekasihnya. Ditelan air liurnya sendiri. Senyumannya manis. Katanya: “ Normin ada membaca tentang jihad, is fight for Allah, for Islam ..., Norman mahu jihad,” kata Normin Serius.
“Ia. bagus, jihad kerana Allah ..., jalan Allah ... , bela umat Islam ..., taja keamanan dunia ...,” Azmi berkata sambil mendakap tubuh keksihnya dalam dingin bulan Oktober.
“ ...jihad ?” ulang Norman Aqiimaa.
“Ia, jihad.” Sambut Azmi.
“Jihad, ia, kerana kekasih, kerana suami, boleh, bukan?” Norman Aqiimaa bertanya lagi sambil meramas – ramas lengan kanan Azmi.
“Ia, boleh, asalkan kerana Allah ...,” sahut Azmi.
“Demi Allah, Norman akan berjihad kerana kekasih Norman ...,” hati Norman Aqiimaa bermadah. Nekad.
*****
“Saya terpaksa pulang ke Malaysia ...,” Azmi memberithu kekasihnya pada satu malam.
“Pulang, bila?” Norman Aqiimaa bertanya. Gugup.
“Pada hari Selasa depan...,” sahut kekasihnya.
“Norman ..., Norman ..., Azmi akan tinggalkan ...?”
“Saya di Malaysia selama dua bulan saja ..., lepas itu saya akan datang ke sini ..., kita jumpa lagi, sayang...,” ujar Azmi dalam nada suara sedih.
“Dua bulan Norman terpaksa menderita ..., menderi merindukan Azmilah ...Allahu Akbar,” suara Norman Aqiimaa patah.
“Ia, kita sama – sama merindu ...,” Azmi memujuk kekasihnya.
“Kata orang tua – tua di sini, rindu itu derita..., rindu itu siksa ...,” kata Norman Aqiimaa.Tunduk. Sedih.
“Orang Malaysia pun kata begitu,” sambut Azmi.Memujuk kekasihnya.
Norman Aqiimaa menarik nafas panjang. Rongga dadanya terasa terbelat laksana ampangan Temengor, di Perak. Laksana Ampangan Aswan, Masir.
“Demi Allah, Norman akan jihad kerana kekasih Norman ...,” Kata hati Norman Aqiimaa. Kukuh nekadnya.
*****
Tepat jam lima subub Norman Aqiimaa bersama Azman mengembara dalam sebuah kerata pacuan empat roda, di pandu oleh Norman Aqiima. Meeka menuju ke tasik Khokh Nuur, seluas 95 km dan 180 km dari Bandaraya Choibalsan.
Pada waktu merenung permukaan tasik yang kebiru – biruan airnya dengan riak bunga, hati Norman Aqiimaa dimamah duka. Awal pagi lusa dia akan ditinggalkan kekasihnya. Kesepian dan kerinduan akan menjerut pangkal tangkai nadinya. Dia akan tenggelam lemas dalam lautan derita yang tidak bertepi.
Sambil menyuapkan sedikit fiza ke mulut Azmi, Norman Aqiimaa bertanya: “Sayang, kalau saya jihad kerana kekasih saya, boleh atau tidak?”
Azmi merenung wajah kekasihnya. Fiza di mulutnya sukar dikunyah. Hati pemudanya diragut hairan. Dia tidak dapat menjengkau akan tujuan kekasihnya menyebut jihah begitu.
“Jihad pada jalan Allah ..., menahan hawa nafsu ...,” jawab Azmi.
“Ia, jihad pada jalan Allah ..., Norman akan jihad pada jalan Allah ...,” kata Normin.
“Kerana Allah, aku jihad ..., aku mahu mati bersama kekasih aku ...,” hati Norman Aqiimaa menyemarakkan semangatnya.
Petang mulai menyerkup sekitar kawasan tasik. Matahari terus mengembara dengan tugas diamanahkan Allah kepadanya. Norman Aqiimaa dan Azmi meninggalkan kawasan tasaik indah itu. Jalan bermandi hujan. Basah. Licin. Dingin amat. Kereta dipandu Norman Aqiimaa berkelajuan 1240 – 160 ksj.
“Jangan laju, sayang ..., jalan licin ...,” Azmi mengingatkan kekasihnya.
“OK, sayang ...,” sahut Norman Aqiima.
“Aku jihad demi Allah, demi kekasih aku ..., aku sedia mati bersamanya ..., aku tidak sanggup derita rindukannya ..., demi Allah ...,” madah hati Norman Aqiimaa.
Malam gelap hitam. Gelemat. Hujan masih lebat. Salji turun memutih atas jalan. Azmi terlena. Normin Aqiima tahu kekasihnya sedang nyenyak.
“Jihad ...kerana Allah, jihad kerana kekasih ..., aku jihad...,” bisik Norman Aqiimaa sambil mengemudi keretanya.
Di sebatang selekoh tajam, kereta yang dipandu Norman Aqiimaa berkelajuan 170 kmj. Sepasang tayar hadapan menarik kenderaan itu terbabas ke tepi jalan. Sepasang tayar di belakang menolaknya laksana gunung batu yang roboh. Norman Aqiimaa tidak terdaya lagi mengemudi keretanya. Kereta terhumban ke dalam gaung sedalam seratus meter. Gepal gelemat. Sepi.
Dalam warna subuh bersalji, kereta yang dipandu Norman remuk dalam gaung bertasik sepi. Tubuh Azmin terperosok ke bawah kosen seperti direntap tali pinggang keledar. Tubuh Norman Aqiimaa juga terperosok di bawa stereng yang patah. Dua tubuh itu berkeadaan seperti berdakapan.
“Sayang ..., Norman sakit, sayang, ” suara Norman Aqiimaa mendayu.
“Sayang ..., saya ..., saya bersama sayang ..., Allah bersama kita ..., saying ...,” suara Azmi mendatar. Lemah.
“ Lailaha illal lah, Muhammad rasulullah ...,” Suara lemah terluah dari mulut mereka yang berselimut darah.
Sepasang mata masing – masing tidak dapat merenung satu sama lain. Darah membalut seluruh wajah mereka.
Tubuh Azmi dan kekasihnya, Norman Aqiima berlomoran darah. Beberapa batang tulang masing - masing patah relah.
Dalam dingin salju dan hujan subuh, dua tubuh kekasih yang ibarat dalam segumpal cinta mulai sejuk bedi.
Dari Allah mereka datang. Kepada Allah jua mereka pulang.
(Tamat)
1 comment:
Salam,
Oleh kerana tempat itu tak berapa jauh dari Hind, tak heran kalau minda wataknya (sekalipun orang-orang terpelajar), jalan ceritanya, isu dan plotnya tak ubah streotaipnya filem Hindustan. Okeylah tu, janji cerpen..!
Post a Comment