MELAYARKAN DI LAUTAN
Tuhan (Allah) kalian yang melayarkan kapal – kapal di lautan untuk kalian, agar kalian mencari sebahagian dari kurniaan – Nya. Sesungguhnya Dia (Allah) Maha Penyayang terhadap kalian.
Dan apabila kalian ditimpa bahaya di lautan, nescaya hilanglah sesiapa yang kalian seru, kecuali Dia (Allah). Maka tatkala Dia menyelamatkan kalian ke daratan, kalian berpaling (membelakangi Allah). Dan manusia selalunya kufur (tidak berterima kasih). – Al Israa’: 66, 67.
HADIS
MENUNTUT ILMU
Rasul Allah Muhammad s.a.w. memberi nasihat: Tuntutlah ilmu (aneka ilmu), walaupun hingga ke negara China, kerana sesunguhnya menuntut ilmu itu wajib atas emua orang Islam.
Perawi: Ibnu ’Abdilbam
PETUA
LEMAH TENAGA
Jika anda rasa lengoh – lengoh dan lemah tenaga zahir dan batin, minumlah air serbuk buah mahagani (disebut orang, tunjuk langit).
Buah ini pahit. Boleh dikunyah dan minum air atau dijadikan sebuk dan bancuh dengan air kopi atau tea.
TAHUKAH?
PEMUDA UMNO
Pada masa Persekutuan Tanah Melayu belum merdeka, Ketua Pemuda UMNO, Sa’adon Haji Zubir, paling keras dan lantang menentang rancangan UMNO campur MCA dan MIC– jadi Perikatan – untuk menuntut kemerdekaan. Setelah merdeka, dia diberi jawapan menteri, maka dia menjadi orang utama melaungkan sokongan perpaduan UMNO, MCA dan MIC.
No comments:
Post a Comment