Saturday, November 7, 2009

QURAN, HADIS DAN LAIN

ORANG INGKAR

Apabila orang – orang kafir itu melihat anda (Muhammad s.a.w.), mereka hanya menjadikan perkara yang anda sampaikan itu (agama Islam) sebagai ejek – ejekkan sahaja, sambil bercakap sesama mereka: ”Inikah orangnya yang mencaci tuhan – tuhan kalian?”. (Mereka berkata demikian) sedangkan mereka sendiri kufur (ingkar kepada Quran) yang mengandungi peringatan (ajaran) Allah yang melimpah – limpah rahmatnya.

HADIS

PERKARA MEMBINASAKAN

Rasul Allah Muhammad s.a.w. bersabda: Tiga perkara yang membinassakan: Bakhil yang dipatuhi, hawa nafsu yang diikuti dan rasa kagum seseorang terhadap dirinya sendiri.

Perawi: Al Hathsami.

PETUA

DISUKAI

Lima perkara yang menajdikan seseorang disukai oleh orang laing

yang berpelajaran tinggi dan sederhana, iaitu: Tidak takbur, bercakap beralaskan ilmu, bercakap tidak celupar, Mendengar orang lain bercakap dan sedia memberi ulasan, sentiasa senum.

TAHUKAH?


MENUNTUT KEMERDEKAAN

Pada masa menuntut kemerdekaan (1930-an – 1957), paling ramai, ialah guru agama Islam dan berpendidikan Islam, guru sekololah Melayu, petani dan rakyat biasa. Manakala kalangan istana dan mereka yang berpendidikan London dan Inggeris menentang perjuangan itu dan taku merdeka.

No comments: