Friday, September 4, 2009

QURAN, HADIS DAN LAIN


PERBUATAN KEJI

Dan (ingatlah peristiwa) Tatkala Nabi Luth telah berkata kepada kaumnya: Sesungguhnya kalian melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seseorang penghuni alam ini sebelum kalian.Patutkan kalian mendatangi lelaki (untuk memuaskan nafsu syahwat kalian?).Dan memotong jalan lalu lintas untuk tujuan jahat kalian? Dan kalian melakukan perbuatan yang mungkar di tempat – tempat perkumpulan kalian? Maka kaumnya tidak menjawab selain dari berkata (secara mencbar dan mengejek): Datanglah kepada kami azab dari Allah (yang anda janjikan itu) Jika betul anda dari orang – orang yang benar. – 28, 29.

HADIS

BERNIAGA DALAM MASJID

Kalian katakan kepada mereka yang menjual dan member (berniaga) di masjid, mudah – mudahan Allah tidak akan menurniakan keuntungan dalam perniagaan. Hadis Rasul Allah, Muhammad sallal lahu alaihi wa sallam.Perawi: Al Hatami.

PETUA

ANTARA ALLAH DENGAN SULTAN

Jika anda seorang Islam sejati, makan jika Allah telah nyatakan dalam Quran, sesuatu itu haram atau batil, tetapu Sultan atau ketua pemerintah kata halal dan baik, maka ikutlah Allah, kerana Sultan tidak akan melihat anda dimasukkan ke dalam liang lahad, tetapi Allah sentiasa melihat anda dan mayat anda, hatta perjalanan anda ke syurga atau neraka.

TAHUKAH?

TIDAK INDAHKAN MUFTI

Di Negara kita ini ada ruang boleh menentang atau tidak mengiku fatwa Mufti, dan lebih mendengar petua Perdana Menteri dan Menteri. Mufti Perak, Dato’ Harussani bin Zakarian mengharamkan satu pertunjukkan yang berlawanan dengan maruah orang Islam, tetapi sebuah steyen tv tidak mengindahkan dan Menteri Besar menyebelahi stesyen televisyen. Inilah membuktikan pentsdbiaran Islam lemah dan tidak menghormati Sultan sebagai ketua Majlis Agama Islam di negeri itu.

No comments: