Thursday, September 3, 2009

MENGENANG MASA SILAM








Mokhtar Petah

MAZNAH HAMI DIKELILINGI SENJATA KESELAMATAN


Kira - kira empat tahun lalu, saya telah diminta oleh wanita 'iron lady' , Dato Maznah Hamid untuk mengubah suai sebuah buku motivasi yang ditulis dan telah diedar di pasaran buku seluruh negara.
Di pejabat beliau, dalam Bandaraya Kuala Lumpur, pertam kali saya bertemu dengan beliau. Kemudian bertemu dengan kekluarga beliau di kediamannya, di atas bukit, Ampang Jaya.
Maznah seorang perempuan Melayu yang serius dalam perniagaan - mengndalikan syarikat keselamatan miliknya sendiri - , yang berkembang di seluruh negara.






Maznah Hamid

Sayua pernah bertanya Maznah Hamid, kerana beliau terlalu sibuk dengan perniagaan keselamatan, bagaimana dengan cinta. Beliau kalah menjawab. Hanya senyum. Senyuman seorang jutawan.

Pada hari saya mengikuti Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Badawi melawat rasmi ke Alor Setar, saya telah menemui Maznah Hamid di sebuah hotel di bandar terwebut. Beliau bergiat dlaam bidang politik, iaitu dalam Pergerakan UMNO Malaysia.

Pada setiap kali saya bercakap dengannya, saya merakan sebgai bercakap dengan Ketua Polis Negara, kerana beliau sentiasa bercakap mengenai senjata - senapang patah dan pistol - dan keselamatan orang ramai dan kerajaan.

Maznah Hamid dilahirkan di Air Hitam, Kedah Darul Aman. Bersesuaian dengan jolokan sebagai Wanita Waja (Iron Lady), beliau merupakan wanita pertama yang mengusahakan perkhidmatan kawalan yang sebelum ini menjadi dominan golongan kaum lelaki.

Kerjaya:

  • Pengerusi Danau Lumayan

  • Pengerusi Securiforce Hi-Tech Cargo

  • Lembaga Pengarah Golden Hope Plantations Berhad

  • Lembaga Pengarah Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)

  • Lembaga Pengarah Universiti Utara Malaysia

  • Lembaga Pengarah Maznah Motivational Centre

  • Lembaga Penasihat Excellerated Business School. Inc, USA

  • Lembaga Amanah Yayasan Sultanah Bahiyah, Kedah

  • Ahli Majlis Pembangunan, Usahawan, KPU

  • Ahli Majlis Pelan Tindakan Pembangunan Ummah, JPM

  • Presiden Usahawan Wanita Wilayah Utara (USAHAWATI)

Penglibatan Politik :

  • Exco Pergerakan Wanita UMNO, Malaysia

  • Pengerusi Biro Pembangunan Sumber Manusia

Bagi menghargai sumbangan dan jasa baktinya, beliau telah dianugerahkan anugerah Usahawan Cermerlang 1989, Anugerah Kehormat Wanita Cermerlang Tan Sri Fatimah dan Anugerah Graduan Daya Kepimpinan Negeri. Beliau juga telah dianugerahkan Dato' Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K) oleh KDYMM Sultan Kedah, P.J.N., K.M.N.,dan A.M.K. (dari blog anak Kedah).


No comments: