Monday, September 28, 2009

QURAN, HADIS DAN LAIN

Dan kalau Kami kehendaki, nescaya Kami mengangkat (tinggikan) dengan (keterangan) Kami itu. Tetapi dia tetap hendak tetap di bumi,dan menurut akan kemahuan hawa nafsunya. Perumpamaannya sebagai anjing: kalau engkau halau, dihulur(dijelirkan) lidahnya, dan kalau engkau biarkan sahaja, dihulurkan juga lidahnya. Itulah perumpamaannya orang-orang yang mendusta keterangan Kami. Oleh yang demikian ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka fikirkan.[1]

Dan engkau kita mereka masih jaga. Mereka sedang tidur nyenyak dan kami balikkan (tubuh) mereka ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri. Dan anjing mereka mendepangkan kedua-dua lengannya di hadapan gua, dan kalau kamu melihat tentu kamu lari (cabut) dari mereka, dan hati kamu penuh ketakutan terhadap mereka itu.[2]

Dalam firman Allah di atas; Al A`raf: 176 Allah membuat perumpamaan itu bagi manusia yang tidak mahu atau menolak keterangan – peraturan atau undang undang-Nya. Ini menunjukkan orang- orang yang tidak mengikut peraturan atau undang- undang Allah keadaan diri mereka itu hina seperti anjing.

Manakala dalam ayat Al Khafi: 18 di atas, Allah mengisahkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. akan tujuh orang pemuda Islam(Kristian) di Ephesus dalam sebuah bandar purba di Greek di Tanjung Ionian, Asia kecil. Kawasan ini dalam tahun 550 BC. Berlaku peperangan dan penaklukan antara kerajaan Parsi(Iran) dengan kerajaan Rom.

Di sana wujud sebuah rumah berhala bernama ARTEMIS terbaik dan indah di antara rumah berhala di dunia. Rumah berhala itu telah dibina dalam tahun 356 BC.

Tujuh orang pemuda Islam (Kristian) itu bersama anjing mereka yang diberi nama 'Qithmeer' telah diburu oleh pihak ke­rajaan yang menyembah berhala dan mereka adalah orang-orang yang paling dikehendaki.

Mereka yang penuh iman kepada Allah Taala lari ke kawasan negara Arab dan bersembunyi di dalam sebuah gua ( pekataan Arab), kira-kira 18 kilometer dari bandar Jordan. Mereka terlena dalam gua itu dan anjing 'Qithmeer' tidur menelentang dengan men­depangkan kedua-dua lengannya. Ia tidur di hadapan pintu gua tersebut. Mereka tidur nyenyak kira-kira 300 tahun.

Allah S.W.T menerangkan tentang mereka:

Nanti ada orang yang mengatakan jumlah mereka (pemuda-pemuda dan anjing): Bertiga dan anjing mereka yang keempat. Dan yang lain (lagi) berkata: (Mereka) berlima dan anjing mereka yang keenam - mereka mene­ka barang yang ghaib dan ada lagi (yang lain) berkata: Bahawa (mereka) bertujuh dan anjing mereka yang ke lapan. Katakan: Allah lebih mengetahui akan jumlah mereka; yang mengetahui- nya hanya sebilangan kecil sahaja dan janganlah engkau bertengkar dalam perkara itu, hanya pertengkaran pada lahir sahaja dan janganlah engkau menanyakan perkara itu kepada seorang pun daripada mereka.

Dan mereka diam (lena) dalam gua mereka tiga ratus

tahun dan mereka menambah (lagi) sembilan (tahun).[3]

Penjelasan: Menurut Tahun Syamsiah 300 tahun dan tahun Qamariah 309 tahun.

Ada satu lagi firman Allah dalam Quran yang di­maksudkan anjing iaitu anjing yang digunakan untuk memburu.

Dalam ayat ini Allah tidak menyebut kalbun (anjing), hanya maksudnya sahaja anjing, iaitu:

Mereka menanyakan kepada engkau; Apakah (maka­nan) yang dihalalkan kepada mereka? Katakan: Dihalal­kan (makanan) kepada kamu yang baik-baik, apa yang ditangkap oleh binatang (anjing) atau burung (mungkin burung helang yang diajar seperti terdapat di Rom dan Masir tua) yang telah kamu ajar untuk memburu, (iaitu) telah kamu ajar akan apa yang diajarkan oleh Allah untuk kamu dan sebutlah nama Allah padanya, dan taat­lah kepada Allah, sesungguhnya Allah itu pantas mem­buat perhitungan.[4]

Penjelasan: Binatang dan burung yang ditangkap oleh anjing yang kita ajar untuk berburu, halal dimakan, tetapi waktu melepaskan binatang atau burung itu dari mulut anjing lafazkan nama Allah iaitu Bismillah.

Anjing adalah dari kumpulan haiwan yang menyusukan anak - mamalia (mammal). Dalam ilmu kehaiwanan, bahawa anjing dari keluarga haiwan 'Ganidae'. Keluarga ini mempunyai, bunyi (salakan) yang kuat, gigi-gigi kuat dan tajam serta kuat tulang rahang. Selain daripada pantas berlari cekap pula menghidu sesuatu.

Anjing-anjing liar dan serigala telah dapat dijinakkan oleh manusia untuk menjadikan anjing menjaga rumah, memburu, menarik kereta sorong atas salji, teman tidur bagi wanita dan

untuk sukan semenjak lebih 10,000 tahun yang silam.

Kini ada lebih 400 jenis anjing kacukan kira-kira 100 jenis daripadanya adalah yang baik.

Lebih tiga puluh jenis anjing yang diberi nama dalam bahasa Inggeris, di antaranya, ialah Toy poodle, chow chow, German shepherd, boston, dalmatian, corgi, rhodesian, rough-costed collie dachshund dan pug.

Anjing adalah haiwan yang setia kepada tuannya. Walaupun ia garang terhadap orang lain, tetapi kepada tuannya tetap setia. Haiwan ini ada yang liar dan ada yang jinak.

Yang liar dapat mengecap nikmat kebebasan di mana-mana. Tetapi yang jinak tidak dapat menikmati kebebasan. Hidupnya terkongkong dan terbelenggu. Sepanjang hidupnya menyerahkan dirinya sebagai hamba abdi kepada tuannya.

Dalam hal jinak dan liar ini, anjing ada persamaannya dengan manusia. Manusia yang mempunyai jiwa yang mahu bebas tidak mahu menerima apa jua dari orang lain sekiranya pemberian itu akan mengakibatkan dirinya terkongkong atau diperhambakan.

Manusia yang mempunyai peribadi seperti anjing jinak sentiasa menunggu dan bahkan mengejar pemberian dari orang lain, walaupun pemberian itu mengakibatkan dirinya menjadi hamba atau hilang maruah diri.

Salakan anjing liar menggambarkan keberanian dan ke­tangkasan dalam hidupnya, tetapi salakan anjing jinak menggambarkan dirinya terbelenggu dan menjadi hamba orang.

Manusia yang mempunyai sikap atau perangai seperti anjing jinak adalah manusia yang tidak mempunyai harga diri dan tidak mempunyai maruah.

Haiwan jenis anjing banyak dikaitkan dengan perangai manusia. Perangainya yang jahat, sikapnya yang tamak, nafsu jantinanya yang tidak pernah puas dan sebagainya.

Manusia yang tamak disamakan dengan anjing. Kerana tamaknya anjing cemburu kepada bayang-bayang, kerana disangka bayangnya di dalam air di bawah titi tempat ia meniti sambil menggonggong tulang sedang menggonggong tulang habuannya.

Maka dalam peribahasa orang Melayu menyebut 'orang tamak selalu rugi seperti anjing dengan bayang-bayangnya. '

Dalam hal nafsu jantina anjing dan manusia dan manusia dengan anjing tidak jauh bezanya. Hanya yang ada kepada manusia yang berfikiran baik ialah malu dan silu.

Anjing-anjing jantan berkumpul pada waktu malam mengekori anjing-anjing betina dengan tujuan untuk memuaskan nafsu jantina mereka. Mereka yang telah diselubungi nafsu berahi itu tidak malu kepada sesiapa. Demikian juga manusia yang dikudai oleh nafsu berahinya, dia tidak akan menghiraukan orang lain atau tidak mempunyai perasaan malu.

Anjing mempunyai perangai gelojoh ketika bertemu dengan anjing betina. Kadang-kadang melakukan perbuatan merogol terhadap anjing betina yang masih muda. Demikian juga manusia ada yang gelojoh melakukan perbuatan rogol terhadap wanita yang dia sukai.

Dalam masyarakat orang Melayu, kalau ada anggota masyarakat itu melakukan kejahatan seperti berzina, maka orang itu disifatkan seperti anjing dengan bangkai.

Di kalangan a1im ulama Arab sering menjadikan kata-kata berpuisi tentang anjing dengan bangkai, iaitu apabila mereka mengajar manusia tentang dunia yang sementara ini. Dunia atau segala kejahatan dan kemewahan hidup yang tidak mengikut ajaran Allah atau tidak mendapat keredaan Allah dianggap bangkai iaitu:

Dunia(segala kemewahan yang tidak diredai Allah) adalah bangkai, siapa yang menuntutnya adalah anjing- anjing.

Di kalangan orang-orang Melayu semenjak zaman berzaman banyak menggunakan anjing sebagai kiasan kepada orang-orang yang melakukan kejahatan.

Orang-orang yang melakukan protes atau bantahan terhadap golongan yang kuat atau

kerajaan, disifatkan seperti anjing menyalak bukit.

Orang-orang perempuan yang menjadi pelacur kalau mereka berhenti dari perbuatan itu kemudian melakukan semula maka mereka itu disifatkan seperti anjing dengan tahi, kalau tidak dimakan dihidu juga.

Banyak lagi segala perbuatan jahat dikiaskan dengan anjing. Bagi orang-orang Melayu, walau bagaimana baiknya anjing itu, tetapi ia dianggap tidak baik dan tidak suci.

Maha Besar Allah mengemukakan anjing yang baik dan tinggi darjatnya dalam surah Al Kahfi.

----------------------

[1] Al A’araf: 176

[2] Al Kahf: 18.

[3] Al Kahf: 25.

[4] Al Maidah: 4



HADIS

KEMATIAN ANAK


Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda: Wanita mana sekalipun yang kematian tiga orang anaknya (masih kecil), maka anak – anak itu menjadi dinding api neraka baginya.

Perawi: Abi Said dan Iman Buykhari.

PETUA

TIPIS IMAN


Orang yang tidak percayakan diri sendiri dan tipis iman kepada Allah, apabila datang dugaan Allah kepadanya, misalnya sukar mendapat pekerjaan atau rezeki, dia menjadi resah, hampir putus esa dan menyalahkan dirinya sendiri. Orang begini akan menjadi pewaris kemiskinan dan tidak ada ketentuan hidup.

TAHUKAH?

ANAK DERHAKA


Anak – anak yang menderhakakan ibu bapa disebabkan tidak mendapat didikan agama Islam dan budi pekerti, dan muktamadnya ibu atau bapa mereka juga telah menderhakakan ibu bapa masing – masing.




No comments: