Wednesday, September 23, 2009

QURAN, HADIS DAN LAIN

LAU

Dan ketika kami belah laut untuk kalian (Nabi Musa dan kaumnya), lalu Kami lepaskan kalian dan Kami karamkan kaum Firaun, sedangkan kalian sendiri melihatnya.[1]

... dan kapal yang belayar di laut yang memberi manfaat kepada manusia...[2]

Di halalkan kepada kalian buruan dan makanan laut, kesenangan bagi kalian dan orang-orang yang dalam perjalanan. Dan dilarang kalian memburu binatang di daratan selama kalian mengerjakan Haji, dan patuh kepada Allah, kerana kepada-Nya nanti kalian akan dihimpunkan.[3]

Katakan: Siapakah yang dapat melepaskan kalian dari kegelapan di darat dan di laut? Kalian meminta pertolongan kepada-Nya, dengan merendahkan diri dan dengan sembunyi (mengatakan): Sesungguhnya, jika Allah melepaskan kami dari (bahaya) ini, nescaya kami termasuk orang-orang yang berterima kasih.[4]

Dan Dia (Allah) menjadikan bintang untuk kalian supaya dapat petunjuk jalan dalam kegelapan di darat dan di laut. Sesungguhnya kami telah jelaskan keterangan-keterangan untuk kaum yang mengerti.[5]

Dialah yang membuat kalian berjalan di darat dan di laut, sehingga apabila kalian ada dalam kapal dan belayar membawa mereka dengan angin yang baik...[6]

Dan kami seberangkan anak-anak Israel - melintas laut, maka diikut oleh Firaun dengan bala

tenteranya, dengan niat jahat dan aniaya....[7]

... Dan Dia (Allah) mengadakan kapal berguna untuk kalian, supaya dilayarkan di laut dengan perintah-Nya dan Dia mengadakan sungai berguna untuk kalian.[8]

Dan Dia (Allah) yang mengadakan laut (bagi kepentingan kalian) supaya kalian dapat memakan daging yang baru, dan kalian keluarkan dari dalamnya perhiasan yang akan kalian pakai. Dan juga kalian lihat kapal - belayar- membelahnya (laut), supaya kalian dapat mencari kurnia-Nya dan supaya kalian berterima kasih.[9]

Dan apabila kalian ditimpa bahaya di laut, hilanglah dari ingatan apa yang telah kamu seru (sembah) selain dari Allah itu, tetapi setelah kamu diselamatkan-Nya di daratan, lalu kamu berputar (berpaling tadah). Dan adalah manusia itu tidak tahu berterima kasih.[10]

Katakan: Sekiranya laut (menjadi) tinta untuk (menulis) perkataan Allah (ilmu, hikmat, rahmat dan kurniaan Allah tidak dapat dikira dengan apa cara jua pun) nescaya laut itu menjadi kering sebelum selesai perkataan-perkataan Allah (ditulis) biarpun Kami datangkan sebanyak itu pula tambahannya.[11]

Dan Dia (Allah) yang membatasi dua laut (laut yang masin airnya dan sungai yang tawar airnya): Ini manis dan tawar dan yang lain asin dan pahit. Allah mengadakan antara keduanya dinding dan batas yang tidak boleh dilalui.[12]

Maka kami wahyukan kepada Musa: Pukul laut itu dengan tongkatmu! Maka laut itu belah dua dan setiap bahagian laksana gunung yang besar.[13]

Dan di antara keterangan-keterangan Allah itu ialah kapal-kapal belayar di laut sebagai gunung.[14]

Dan tinggalkan laut itu di belakangmu dalam keadaan tenang (tidak berombak). Sesungguhnya mereka adalah lentera yang akan dikaramkan.[15]

Allah yang menjadikan laut untuk kalian, untuk kapal belayar di atasnya dengan perintah-Nya, dan supaya kalian dapat mencari kurnia Allah, mudah-mudahan kalian berterima kasih.[16]

Dan ketika lautan bergelombang besar.[17]

Dan ketika lautan melimpah-limpah.[18]

Allah Subhanahu wa Taala telah menjadikan laut dan lautan untuk kepentingan manusia dan haiwan serta tumbuh-tumbuhan. Dalam laut dan lautan mempunyai berbagai-bagai jenis haiwan, serangga, ikan, siput, perhiasan seperti mutiara dan bahan-bahan makanan.

Selain daripada garam, di dalam laut dan lautan terdapat pula galian-galian seperti minyak dan gas.

Manakala air laut pula mengandungi 3.5 peratus garam keseluruhan air, 2.96 peratus sodium klorida (garam biasa) dan 0.54 peratus dari keseluruhan air mengandungi zat kemikal.

Seperti kita maklum di dunia ini terdapat lima lautan, iaitu, lautan Atlantik (Atlantic Ocean) yang luas permukaannya lebih dari 106 juta km. Menurut kajian, bahawa lautan ini dalamnya (purata) ialah 3330 meter. Di Puerto Rico dalamnya 9200 meter.

Lautan Pasifik (Pacific Ocean) dalamnya 8047 meter, lautan Artik (Arctic Ocean) - kutub utara dalamnya 5440 meter dan lautan Antartik (Antarctic Ocean) kutub selatan dalamnya 8428 meter.

Manusia yang memburu nyawanya sendiri untuk hidup sangat-sangat memerlukan laut dan apa-apa yang terkandung dalam laut bagi tujuan kehidupan mereka.

Sains teknologi yang digerakkan oleh manusia telah melakukan penyelidikan, mengerak, menggali dan memproses sesuatu dari laut bagi dijadikan makanan manusia.

Dengan Sains teknologi berbagai jenis ikan, tumbuhan dan air laut diproses untuk dijadikan makanan manusia.

Mutiara misalnya yang dianugerahkan oleh Allah Taala di dalam laut - dari sejenis siput (siput mutiara) menjadi bahan utama bagi manusia yang mementingkan perhiasan.

Dengan menggunakan sains teknologi moden, manusia melakukan cari gali minyak dan gas dari dasar laut. Bahan­ bahan lain seperti kemikal dan sebagainya terdapat juga dari laut.

Kita yakin, bahawa dalam masa-masa yang akan datang untuk mengatasi kekurangan air tawar di beberapa buah negara di dunia, maka teknologi memproses air seperti yang sedang di usahakan oleh Arab Saudi terpaksa dilakukan juga oleh negara-negara tersebut.

Kita yang dapat berfikir dengan baik, dapat kita mengambil pelajaran dari air laut yang masin, iaitu Allah Taala menjadikan ikan dan haiwan yang hidup dalam air laut yang masin itu, tetapi daging mereka tidak masin.

Kita, manusia yang diberi akal dan fikiran oleh Allah Taala dapat mencontohi ikan dan haiwan dari laut, iaitu kita mengharungi kehidupan ini dengan berbagai-bagai anasir dan pengaruh. Kalau kita mempunyai ilmu pengetahuan dan keimanan yang kuat kepada Allah Taala maka kita tidak akan mengotorkan atau merosakkan diri dan jiwa kita dengan anasir dan pengaruh buruk itu.

Laut bagi manusia adalah garis jalur tempat perjalanan dari satu tempat ke satu tempat. Kapal-kapal belayar dari sebuah negara ke sebuah negara. Perahu-perahu para nelayan yang belayar siang malam mencari dan menangkap ikan. Pendeknya laut adalah sangat-sangat penting kepada kehidupan manusia dalam zaman dunia yang dimodenkan oleh sains teknologi ini.

Sesungguhnya, maka Adil Allah menjadikan laut dan lautan sebagai tajuk dalam wahyu-wahyu-Nya kepada Nabi Muhammad sallallahu alaihi wa sallam.

[1] Al Baqarah: 50

[2] Al Baqarah: 164

[3] Al Maidah: 96

[4] Al Ana`am: 63

[5] Al Ana`am: 97

[6] Yunus: 22

[7] Yunus: 90

[8] Ibrahim: 32

[9] An Nahl: 14

[10] Al Isra: 67

[11] Al Kahf: 109

[12] Al Furqan: 53

[13] Asy Syu`ra: 63

[14] Asy Syu`ra: 32

[15] Ad Dukhan: 24

[16] Al Jasyiyah: 12

[17] At Takwir: 6

[18] Al Infithar: 3

(Dari buku, Rahsia Dari Al Quran, oleh: Mokhtar Petah)

HADIS

GULAI BANYAK KUAH

Rasulullah Muhammad Sallallahu alaihi wasallam menasihati umat Islam: Apabila kalian memasak gulai (kari), hendaklah kalian banyakkan kuahnya, agar kalian dapat memberi kepada jira – jiran kalian.

- Pertawi: Abu Zar Al Ghifari.

PETUA

HARAKAH BUKAN ISLAM

Jika anda bercita – cita dan berjuang menegakkan Islam di negara anda, tidak menjdi salah anda menyertai mana – mana harakah yang tidak berideogikan Islam tetapi ia menyertai harakah Islam, tetapi anda mestilah ingat, bahawa dalam dada anda ada iman kepada Allah, sedangkan harakah tidak berideologikan Islam tiada demikian.

Nabi Muhammad s.a.w., setelah melakukan perjanjian Piagam Madinah, telah bekerjasama dengan golongan – golongan Yahudi, hingga dalam perang Uhud. Walau bagaimana pun Nabi Muhammad s.a.w. telah memberi amaran, yang bermaksud: Sesiapa yang menyeru manusia kepada asobiah – kebangsaan (menolak Quran sebagai dasar perlembagaan dan undang – undang negara), dia bukan dari golongan saya dan siapa mati kerana asobiah tidak masuk syurga.

TAHUKAH?

WANG NEGARA

Di antara 6 Perdana Menteri negara kita yang paling banyak membelanjakan negara untuk kepentingan negara – sama ada berfaedah mahupun mubazir - , adalah Tun Dr. Mahathir Mohammad. Beliau telah memaksa Patronas membina Putrajaya. Patronas terpaksa melabur di situ. Kini Patronas akan mengambil alih seluruh Putra jaya termasuk kompelks Perdana Menteri dari Perbadanan Putrajaya.











No comments: